Pages

Saturday, May 25, 2013

Resepi Nangka Goreng Ceria (Cheer Jack fruit Fried)

Nangka yang dibeli di supermarket mungkin sedap sebab manis-manis. Tapi masalahnya lepas 2-3 hari dalam peti ais, jadi masam sebab nanka tu terlampau masak. Selamatkan nangkamu itu....

Bahan-bahan:
~ Beberapa isi nangka tanpa biji
~ 5-7 sudu besar Air tapis
~ 5 sudu besar Tepung gandum
~ Secubit garam
~ Sesudu besar gula

Cara-cara
1. Bancuh tepung, gula, garam dengan air, jangan terlampau cair ya sayang..
Lepas tu golekkan nangka kita yang hampir nak masam tu. Tapi kalau tak ada nangka masam, nangka manis pun boleh

2. Goreng deep fry sampai keemasan

3. Nah selesai sudah. Tak lama, dalam 10 minit dah boleh melantak. Best kalau dihidang bila dah kurang panas, sebab nanti meletup lidah.
SELAMAT MENCUBA

Resepi Ikan Celup Tepung Roti (Breadcrumb Fried Fish)

Bahan-bahan:
~ 5 sudu breadcrumbs (atau boleh guna serbuk roti kering)
~ 5 sudu tepung gandum
~ Sebiji telur ayam
~ Ikan apa-apa je, ikan merah ke, ikan sepat ke, ikan keli ke, ikan selar ke, ikan tuna ke. Kalau guna ikan tuna, boleh jadi fish n chips la pula
~ Serbuk lada putih @ serbuk lada hitam
~ Serbuk jintan manis
~ Minyak untuk menggoreng
~ Beberapa cubit garam

Cara-cara:

1. pecahkan telur dan pukul telur kita

2. Dalam pinggan yang lain, masukkan tepung gandum dan renjis serbuk lada putih/hitam lebih kurang 1 sudu besar

3. Dalam pinggan berasingan, masukkan serbuk roti/breadcrumbs dan gaul bersama sesudu besar jintan putih
4. Inilah ikan kitanya

5. Langkah pertama golekkan ikan dalam tepung

6. Langkah kedua, golekkan ikan yang dah bertepung tu ke dalam telur

7. Langkah ketiga, golekkan ikan yang sudah bersalut tepung tadi ke dalam breadcrumbs/serbuk roti

8. Goreng deep fry

9. Renjis garam pada ikan kita.

10. Ini hasil ikan selar tadi.
SELAMAT MENCUBA.. bestnya makan begitu sahaja atau makan dengan nasi atau dengan chips

Resepi Nugget Ayam (Chicken Nugget)

Bahan-bahan:
~ 5 sudu breadcrumbs (atau boleh guna serbuk roti kering)
~ 5 sudu tepung gandum
~ Sebiji telur ayam
~ Hirisan Dada ayam ikut berapa banyak nak
~ Serbuk lada putih @ serbuk lada hitam
~ Serbuk jintan manis
~ Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. pecahkan telur dan pukul telur kita

2. Dalam pinggan yang lain, masukkan tepung gandum dan renjis serbuk lada putih/hitam lebih kurang 1 sudu besar

3. Dalam pinggan berasingan, masukkan serbuk roti/breadcrumbs dan gaul bersama sesudu besar jintan putih

4. Langkah pertama, golek ayam dalam tepung

5. Langkah kedua, golek ayam bertepung tadi dalam telur

6. Langkah ketiga, golek ayam dan bersalut telur tadi dengan breadcrumbs

7. Nah apa lagi, masuk dalam minyak panas, jangan terlalu besar api nanti hitam lengit jadi Nugget afrika pula :p

8. Inilah hasilnya..
SELAMAT MENCUBA.. yum yum


Resepi Sarapan Tradisi Inggeris (Traditional English Breakfast)

Bahan-bahan:
~ 5 Biji ubi kentang
~ 3-5 batang sosej
~ 2 biji telur
~ Lada sulah @ serbuk lada putih @ serbuk lada hitam
~ 1 camca kecil garam
~ Sos cili/sos lada hitam/tomato ketchup

Cara-cara:
1. Belah kentang dan peramkan dengan garam dan Lada sulah @ serbuk lada putih @ serbuk lada hitam dalam 10 minit. Tak siat kulit pun tak pe

2. Goreng dengan minyak yang minimum

3. Goreng sosej dengan minyak yang minimum juga

4. Goreng telur dengan minyak yang minimum. Nak buat telut hancur pun boleh, mata kerbau pun boleh

5. Cadangan hiasan 1

6. Cadangan hiasan 2
Kalau ada redbean ke, greenpeas ke, masukkan je. Tapi yang macam ini pun dah heavy metal :p

Selamat mencuba, tak lama.. kurang setengah jam dah boleh melantak..

Thursday, May 23, 2013

Resepi Steak Ceria ala-ala Burger Bakar

Bahan-bahan Stik Ceria ala-ala Burger Bakar (Home Made Burger's Cheer Steak)

1. Bahan Untuk Stik
- 400 gram Daging kisar jenama apa-apa sahaja, kisar sendiri pun boleh
- 250 serbuk roti/breadcrumbs
- 4 ulas bawang putih dikisar
- 3/4 biji bawang besar dipotong dadu
- semangkuk kecil susu penuh krim
- Serbuk Lada hitam secukup rasa (dalam 1-2 sudu besar)
- 3 sudu kecil cukup rasa (atau 2 camca kecil garam+secubit ajinomoto)
- sebiji telur
- Minyak zaitun (minyak kelapa sawit pun boleh)

2. Bahan Untuk Makanan Ruji
- 6 biji ubi kentang
- 2 gelas air tapis untuk rebus 'stim'

3. Bahan Untuk Sos
- 1/4 biji bawang besar dipotong dadu
- 2 ulas bawang putih dikisar
- 2 sudu besar kicap
- 1 sudu besar cuka
- 1 mangkuk kecil air tapis

4. Barang penyedap
- Mayonis
- Sos Lada Hitam
- Sos Cili

Cara-cara:
1. Masuk air dan kentang dalam kuali
2. Tutup dan stim dengan api besar selama 10 minit.

3. abaikan kentang tadi, kita goreng pula bawang besar

4. Dalam 5 minit masukkan pula bawang putih. Suruh anak ke, suami ke, tolong jaga bawang ni. Goreng sampai keemasan dalam 10 minit jugak la, kalau nak cepat kuning, besarkan api :p

5. Sementara tu, tuangkan susu segar ke dalam serbuk roti. Gaul sampai sebati

6. Tuangkan serbuk roti  (Breadcrumbs) yang dah digaul dengan susu ke dalam daging kisar. Gaul seminit.

 7. Masuk pula telur sebiji. Gaul dua minit

8. Masukkan bawang yang telah keemasan bila digoreng tadi. Dan gaul 2 minit.

9. Renjis serbuk lada sikit

10. Masukkan cukup rasa atau kalau tak ada, boleh masukkan garam dan ajinomoto. Gaul adunan 5 minit

11. Nah kentang dah siap di'stim'kan

12. Belah empat bahagian atau lapan bahagian atau enam bahagian, ikut suka. Tak ada protokol

13. Ambil satu bahagian tadi, bulat-bulatkan dan tepuk cenggini sampai rata

14. Mesti jadi macam ini. Kalau jadi bentuk lain, tak tau la :p

15. Goreng la apa lagi.. sebab nak goreng ni berjanggut juga la. 
Dalam 5 minit kalau api besar, tapi tak elok api besar, guna api sedang, 5 minit.. nanti rasa macam half cook.. best!

16. Sampai la jadi macam ni haaa
17. Dah setel goreng ke tu? Kalau dah setel, jom buat sos dia pula

18. Goreng la bawang

19. Masuk kicap

20. Masuk air tapis

21. Masuk cuka sebagai ganti arak. Kalau nak best, guna cuka kurma, cuka epal. Dah habis dah cuka buah, cuka buatan je ada.

22. Nah tuang atas stik kita tadi.

23. Nak best, buh mayonis

Cadangan hiasan. Nak masuk timun ke, brokoli ke, salad ke, ikut suka hati, tapi macam ni pun dah kenyang sebab kentang adalah makanan asasi di sesetengah negara Eropah

Selamat mencuba!!! Best tau.... rare!

Resipi masakan singgah di sini selalu ya