Monday, December 13, 2010

Resipi yogurt

Bahan-bahan:
1) 1 kotak susu segar dutchlady. marigold (marigold lebih sedap dan pekat)
2)2 bekas yogurt apa-apa perisa pun takpe janji yogurt yang harganya seringgit lebih tu, takde ni tak jadi yogurt.

Cara membuatnya:
1)Masak susu segar di dalam periuk sehingga pekat sedikit dan ada lapisan atas.
2)Masukkan kedalam bekas sederhana tinggi (jangan tinggi sangat macam jug air tu.
3)Sejukkan susu sehingga suam-suam kuku.
4)Masukkan dua bekas yogurt tersebut semasa susu masih suam-suam kuku dan kacau sehingga sebati.
5)Tutup bekas tersebut dengan kain tuala seperti tuala good morning.
6)Ikat dengan getah penutup tuala tersebut. Jangan sesekali tutup dengan penutup tupperware.
7)Peram susu tersebut dengan suhu bilik selama 8 jam.
8)Setelah 8 jam, buka tuala dan tutup tupperware dengan penutup hakikinya.
9)Masukkan di dalam peti di tempat biasa..Bukan frozen.
10)Setelah sejuk.....Nah....sedia untuk di makan....sedap dimakan begitu sahaja atau dicampur perisa mengikut hawa nafsu anda.

Cara buat yogurt kedua

Bahan-bahan :
1 quartz susu
1/4 cawan yogurt perisa asli (starter)
3/4 cawan susu tepung tanpa lemak

Cara Membuatnya :
1. Satukan susu dan susu tepung dalam periuk. Panaskan ke suhu 100 - 150 darjah F.
2. Apabila ia hampir mendidih, angkat dari api dan sejukkan dalam bekas berisi air sejuk atau air batu.
3. Satukan air susu tadi dan yogurt perisa asli. Yogurt starter ini boleh beli yang readymade di pasaraya. Ia berperanan sebagai ibu yogurt kerana telah ada bakteria didalamnya. Ia akan membiak dalam susu yang baru itu.
4. Tuang campuran itu dalam bekas tupperware atau periuk yang bersih dan simpan di tempat yang hangat bersuhu 115 darjah F selama 6 jam atau lebih. Anda juga boleh menyimpannya dalam oven.Caranya ialah panaskan oven ke suhu 275 darjah F dan padamkan apinya.Masukkan periuk kedalamnya dan biarkan ia disitu beberapa jam.
5. Setelah yogurt menjadi pekat, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

Friday, December 10, 2010

RESIPI MEE REBUS TULANG

Bahan-bahan ( 4-5 org )

600 gm mee kuning (SPEGHETTI PUN BLH)
taugeh
3-4 biji kentang direbus
3-4 biji telur direbus
3-4 keping tauhu di goreng
lada merah dan bawang merah
limau kasturi

*UNTUK KUAH*
5 sudu besar cili giling
*3-4 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2-3 batang serai
*1 inci lengkuas
*2 sudu besar udang kering
2 sudu besar campuran ketumbar jintan disangai
400 gm tulang rusuk (takde tulang daging pun boleh)
1 1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar taucho
1 1/2 sb gula merah
garam dan perasa jika suka


Cara-cara

Rebus tulang hingga empuk.... Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh.... Kemudian masukkan santan pekat...
Sementara itu dikuali lain... tumis lada boh hingga garing.... Kisar bahan bertanda *... masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak....
Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis... biar garing dan naik bau... masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi.....
Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka..... Biar hingga kuah pekat... (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)
Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis.....
Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner..
letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi... tuanglah kuah kat atasnyer..... siap....

Thursday, December 9, 2010

Resipi Nasi Laham Mandi Ceria (Cheer Lamb Mandy)

Bahan-bahan Laham Mandi ( 7 orang ). Bahan utama; Laham kambing 3 kg untuk 10 cawan beras basmati.

Rempah laham mandi bukan apa pun, cuma kena ada:
1 inci halia,
1 sudu serbuk buah pelaga,
1 sudu serbuk cengkih,
1 sudu kecil serbuk buah pala,
1 helai daun salam (Bay Leave).

kalau tak ada benda lain, cuma ada rempah di atas pun, dah boleh jadi nasi mandi. Ok kita teruskan dengan resipi.

***PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI***
10 cawan beras basmati (atau 3kg)
3 kg daging kambing & lemak-lemak
3 liter air (anggaran) lebih tak apa. Biasanya nisbah beras dan air ialah 1:1.5
4 cm kulit kayu manis*
5 helai daun salam (bay leave)*
1 cm buah pelaga *
1 cm lada hitam*
1/2 cm cengkih*
1 1/2 sudu teh jintan putih*
1 sudu teh jintan manis*
1/4 sudu teh serbuk limau kering*
2 labu bawang besar - potong baji*
Garam secukup rasa
1/2 cawan air mawar (kalau ada yg tak suka bau boleh kurang kan 1/4cwn)
1 sudu teh serbuk pewarna kuning telur (arab biasa guna za'afaran)
Semangkuk kecil lemak daging- utk aroma
Beberapa ketul arang
Aluminium foil secukupnya
1 labu bawang besar - dimayang
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
Beras dibasuh bersih dan direndam untuk seketika
Masukkan air ke dalam periuk tunggu sehingga mendidih,
kemudian masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (*) dan daging kambing bersama lemaknya, kemudian masukkan garam secukup rasa.
Masak hingga daging kambing itu empuk, (kalau nak cepat empuk guna periuk tekanan, jika guna periuk biasa masukkan garfu bersama rebusan daging tadi)

Bila daging sudah empuk, toskan beras yang direndam tadi

Kemudian keluarkan sebahagian air rebusan tadi sebelum memasukkan beras. Agak2 laa air rebusan dgn beras tadi dan rasa masinnya, jika kurang garam boleh laa ditambah mengikut citarasa masing-masing. Tanak laham mandi ni seperti tanak nasi biasa.
 
Sementara air rebusan kering, bakar arang hingga berbara. Dan Sediakan aluminium foil & jadikannya seperti mangkuk kecil, saiz agak2 boleh letak lemak daging-utk penyedap bau & arang berbara

Bila air rebusan agak nak kering perlahan api dapur dan tutup periuk dengan penutup.

Sediakan campuran air mawar bersama pewarna kuning telur, setelah pewarna larut, tuang pewarna ke atas nasi tadi pada satu tempat sahajapada bhgn tepi periuk dan tak perlu di kacau.

Letakkan juga Mangkuk Foil yang berisi lemak daging di tengah nasi dan tutup seketika periuk nasi dengan penutupnya.
 
Lebih kurang 4-5 minit, masukkan arang yang berbara ke dalam foil yg berisi lemak tadi untuk membangkitkan lagi aroma laham mandi dan tutup periuk dgn penutupnya

Sediakan aluminium foil yg agak besar saiznya boleh menutupi permukaan periuk. Kemudian buka penutup periuk dan tutup permukaannya dengan foil  tadi dan tutup kembali periuk nasi. Pastikan tiada sebarang wap yang boleh menembusi periuk itu. Untuk memastikan aroma nasi sama seperti yg di masak menggunakan dapur arang bawah tanah tuu :)

Biarkan seketika sehingga aroma laham menusuk rerongga deria bau anda hihihihihi….

Sediakan kuali, masukkan sedikit minyak, dan bawang yg dimayang tadi. Tak perlu panaskan tak apa. Goreng sehingga kekuning-kuningan.

Tadaaaaa….. Laham mandi dah siap sebeluma gaul nasi dan pewarna tadi pastikan mangkuk foil yg berisi arang dan lemak tadi dikeluarkan baik-baik supaya tidak tumpah ke atas laham mandi. Masukkan bawang goreng tadi.

Boleh laa sediakan dulang atau safrah utk menghidangkan laham mandi ini. Gaul nasi sehingga menjadi sperti nasi hujan panas kat Malaysia tuuu :D


***Bahan-bahan Sos Tohinah***
1 cm tahina
1 cm cuka
2 cm air masak sejuk
1/2 sudu teh Garam/secukup rasa
5/6 biji Cili api (optional) ditumbuk lumat


*** PENYEDIAAN SALATA HARA***
1 batang Lobak merah - diracik btg
Timun  - potong bulat22bj
Tomato-potong dadu
Seikat Parsley - diracik
Daun Salad -1st garam
1/2 biji perahan limau nipis

Cara-caranya
Sayur-sayuran yang telah dipotong disatukan ke dalam mangkuk, masukkan garam dan limau. Gaul sebati atau kisar
Siap utk dimakan bersama sos tohinah dan laham mandi atau dimakan begitu sahaja.
Salata Hara yang dikisar

salad yang tidak dikisar

Nasi Maqlubah Kambing

Resipi asli nasi maqlubah atau nasi terlangkup atau nasi terbalik, diperbaharui dari negara Arab dan bukan resipi selera rakyat Malaysia (tak ada asam jawa).

Bahan-Bahan:
7 cawan air
2 biji bawang
1 sudu teh hirisan bawang putih
1 sudu teh kayu manis
1 sudu teh kunyit
2 sudu teh garam masala (rempah masala)
1 sudu teh  garam dan serbuk lada hitam
1 cawan minyak sapi
2 cawan daging kambing
2 batang terung
1 cawan brokoli
1 biji terung
1 cawan kubis bunga
1 1/2 cawan beras panjang
3 sudu makan yogurt dan daun ketumbar sebagai hiasan


Cara Penyediaannya:-

1) daging

Didihkan air bersama bawang besar, bawang putih, kunyit, kayu manis, garam masala, garam dan lada hitam. Didihkan selama 15-20 minit atau sehingga daging empuk.

Angkat daging dan asingkan stok daging.

Sementara menunggu daging tersejat, panaskan mminyak. Goreng terung sehingga warna perang.
Gunakan teknik sama untuk terung, brokoli dan kubis bunga. Sejatkan minyak dengan tisu

2) Nasi

Susunkan daging di dalam periuk nasi, susunkan juga terung, timun, brokoli dan kubis bunga.
Tuangkan beras di atas daging kambing dan sayuran tadi, ratakan beras tadi. Kemudian tuangkan stok daging tadi. Tambahkan air jika tidak mencukupi.

Tanak nasi sehingga 30 minit atau lebih sehingga nasi masak.

Terlangkupkan periuk nasi ke atas dulang supaya semua daging berada di atasnya. Hiaskan dengan yogurt dan daun ketumbar.

Nasi Minyak Hujan Panas

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

atau resipi alternatif boleh juga dengan menggunakan bahan berikut:

BAHAN-BAHAN
6 cawan beras Bhasmati
8 Cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK
1. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak & minyak sapi hingga kekuningan. (tumis dalam rice cooker aje)
3. Masukkan air dan biarkan menggelegak. Masukkan kiub ayam dan kacau rata.
4. Masukkan pula beras bhasmati dan daun pandan. Jika suka tambah sedikit garam secukup rasa.
5. Apabila nasi telah kering, buat beberapa lubang dan titis kan pewarna. Tutup periuk dan biarkan ia masak sempurna.
6. Gaul rata dan taburkan bawang goreng.

Thursday, December 2, 2010

Resipi Ubi Kayu Sira Ceria

Resipi Ubi Kayu Sira Ceria atau pengat ubi kayu yang manis dari Kelantan, sempena musim banjir, jom cuba nak?

Bahan-bahannya:
3 batang ubi kayu
2 kerek gula melaka
1 cawan air tapis

Kaedah menyediakannya:
1. Rebus ubi kayu yang telah dipotong dadu

2. Buangkan air jika air masih banyak. Biar air sama paras dengan ubi kayu rebus. Masukkan gula melaka yang telah dipecahkan

3. Teruskan memasak dengan api kecil

4. Siap dihidangkan. Sedapnya
SELAMAT MENCUBA


Saturday, November 27, 2010

Ayam Tandoori

AYAM TANDOORI

Bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori MAGGI
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam

Cara
Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 atau 2 jam.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan suhu 220'C selama 1 jam.
Bila dan masak lumurkan butter supaya nampak berkilat.

Resipi Ayam Tandoori Goreng

bahan kisar 1:
1 biji bawang besar/3 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
2 biji limau nipis – ambil jus
1 sk garam
1 sk serbuk kunyit
2 sk serbuk cili
150g natural yogurt
1/2 sk pewarna merah-kite tak guna
sedikit gula
bahan kisar 2:
3 biji cili kering
11/2 sk biji sawi-kite tak guna
1 sk halba
3 sk biji ketumbar – goreng tanpa minyak utk kasi naik bau
11/2 sk jintan putih – goreng tanpa minyak utk kasi naik bau
bahan lain untuk goreng
5 sb tepung goreng ayam-kite guna tepung tempura ready made
2 sb tepung beras pulut
Gaul semua bahan kisar 1, 2 dan bahan lain untuk goreng dan perap selama1 jam.
Goreng dalam minyak panas sehingga garing.
Toskan minyak dan siap untuk dihidang.
p.s Jika guna paste ready made tandoori, boleh skip penyediaan bahan kisar 1 dan 2 dan terus perap dengan paste ready made tersebut dan bahan lain untuk goreng.

Nasi Arab

Bahan-bahan ( 3 orang )

6 ketul ayam
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

Cara lainnya:
Resipi Nasi Arab

1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan
tumis 5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara

Panaskan minyak sapi dan minyak.
Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air.
Kacau rata. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam.
Biarkan mendideh.
Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis.
Tutup sebentar.
Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori. Resipi ayam tandoori di sini http://ceria-resipi.blogspot.com/2010/11/ayam-tandoori.html

Wednesday, November 3, 2010

Ikan Masak Lemak Cili Api

Ikan Pari Masak Lemak Cili Api

Bahan- bahan yang diperlukan ialah
ikan pari,
santan,
garam,
perasa,
asam keping,
minyak untuk menumis,

bahan kisar : kunyit hidup, bawang putih ( jika suka), bawang merah, cili padi ( masukkan lebih jika mahu tekak anda terbakar dan telinga anda berasap ya).

Cara-caranya:
1. Ikan pari perlu dibersihkan dan direndamkan sebentar dengan asam limau dan garam untuk membuang bau hanyir. Kemudian taburkan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu gaulkan. Kemudian digoreng
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Boleh gunakan minyak lebihan goreng ikan pari tadi ya. Tidak berdosa pun. Malah dapat menjimatkan. Daripada terus dibuang , elok Mina manfaatkan. Lagipun minyak yang kerap di recycle sangat membahayakan kesihatan. Apabila minyak sudah panas, sila masukkan bahan kisar tadi. Kacau hingga garing.
3. Kemudian, masukkan santan dan kacau. Jika santan itu terlalu pekat, bolehlah ditambahkan sedikit air ya. Tetapi pembaca sekali, sekarang ini harga santan sudah melambung naik. Kualiti santan pun tidak seperti dahulu. Cair bair sebab mungkin sudah dicampur air. Oleh itu, jika santan yang anda beli sudah maklum kecairannya, maka tidak usahlan anda memandai-mandai hendak menambah air lagi ya. Kerana masakan ini adalah jenis pekat dan kering.
4. Apabila kuah sudah mendidih, sila masukkan ikan pari goreng, garam, perasa dan asam keping.
5. Keringkan kuahnya dan akhir sekali, sila rasa tahap kemasinan yang diingini oleh anda. Kemudian, boleh padam api dapur.

Tambahan:
- saya suka guna santan pekat sahaja tanpa perlu santan cair. nak senang, agak2lah camner pekatnya ikut citarasa anda. pada saya, lebih pekat kuah, lebih umpph..sebab kat situlah terasa lemaknya kuah tersebut.

- kunyit hidup tu pula, saiznya cukup2 untuk menguningkan kuah (biasanya kunyit agak tua sedikit yang digunakan) atau lihat banyak mana cili api tu digunakan. kalau terlebih kunyit, kuah akan terasa maung. Kalau anda dapati warna kuning kuah tu pucat aje, bolehlah tambah sedikit serbuk kunyit, itupun jika suka

-lada hijau boleh diganti dengan lada merah ( saya lebih suka guna lada hijau)

-besar atau kecil asam keping tu bergantung pada kuantiti ikan tenggiri tersebut dan kuantiti belahan tomato. Tetapi jika anda tak suka letak belahan tomato, terserah.

- kalau asam keping terlalu banyak atau besar sangat dan belahan tomato terlalu banyak, kuah akan terasa masam sedikit. Kiranya kena pandai agaklah ni

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

1 ekor ikan dipotong
2 ulas bawang putih-dikisar
1 biji bawang besar-saiz sederhana-dikisar
1 biji cili merah-dikisar
6 biji cili api-dikisar
2 batang serai diketuk
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 cwn santan pekat
2 cawan air
garam, gula

Cara-cara
Campur semua bahan dalam periuk kecuali ikan dan asam keping.
Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan dan asam keping. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sehingga ikan masak. Kacau sekali skala.
Perasakan dengan garam dan gula. Boleh tmbh pati ikan knorr jika suka.
Biarkan mendidih. Bila ikan hampir masak, masukkan timun dan cili yg dipotong jika suka. Siap.

Ubi Kayu Rebus di goreng

Selepas dikupas kulit ubi kayu masukkan ke dalam periuk. Masukkan air sekali kerana kita akan merebus ubi kayu tersebut hingga empuk. Semasa merebus, sila masukkan garam ya. Ikutlah tahap kesukaan anda pada rasa kemasinan itu.

Selepas rebus ubi, toskan ubi dan ubi itu perlulah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
Selepas itu, bolehlah dipanaskan minyak dan apabila minyak sudah panas, sila masukkan sedikit demi sedikit ubi kayu rebus yang telah dipotong tadi.

Goreng hingga garing dan warnya keemasan menyilau pandangan. Kemudian angkat dan toskan. Perlu digoreng dengan tahap api yang sederhana ya. Ingat tu!!

Beginilah keadaannya hasil gorengan ubi kayu atau sinkong bak kata orang Indonesia. Ubi kayu ni memang banyak khasiatnya,

Ubi Kayu Goreng Sedap ini rasanya sangat enak kerana ianya lembut di dalam dan garing di luar. Ditambah lagi dengan rasa ubinya yang lemak masin akan membuat anda ingin mengunyah tanpa henti

Daging Masak Asam Ketumbar

Bahan-bahan lazim yang diperlukan ialah
daging,
bahan kisar ---> halia, bawang putih, bawang merah, ketumbar, jintan halus, jintan kasar, lada hitam ( semuanya dalam kuantiti yang sedikit),
bahan hiris ---> bawang besar, lada merah, lada hijau , cili padi (jika mahu pedas tambah lebih),
air asam jawa,
serbuk perasa,
garam dan minyak untuk menumis.

Caranya
1. Daging yang telah dihiris itu perlu direbus dahulu untuk memudahkan kerja-kerja memasak nanti ya.

2. Kemudian, gaulkan daging yang sudah empuk itu dengan garam dan kunyit.

3. Panaskan sedikit minyak dan bolehlah dimasukkan daging itu ke dalam kuali dan goreng hingga sedikit garing tetapi jangan terlalu garing ya.

4. Daging sudah digoreng diperah air asam jawa

5. Dengan menggunakan baki minyak menggoreng daging tadi, sila masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga garing dan berbau harum. Bukan berbau hangit ya. Ingat tu!!

6. Kemudian masukkan pula bahan hiris tadi dan gaul.

7. Kemudian, masukkan pula air asam jawa. Kalau nak berkuah, masukkan air sedikit lagi. Tapi Mina lebih suka masakan ini kelihatan kering-kering sahaja.

8. Masukkan pula daging goreng tadi.

9. Masukkan serbuk perasa dan garam. Kemudian gaul rata hingga sebati. Selepas itu, rasalah tahap kemasinan yang anda inginkan. Jika ingin tahap kemasinan yang boleh mencapai kepada sakit darah tinggi, sila masukkan garam secara berlebihan ya.

Kari Ketam Berserai

Bahan-bahan:

Ketam 4 ekor dibelah dua (saiz besar)
Rempah kari ketam 1 bungkus
kunyit (sedikit) (dikisar)
Bawang putih 2 ulas (dikisar)
Bawang besar sebiji (dikisar)
Serai sebatang (dititik)
Santan RM1
Bahan-bahan yang dikisar mestilah digaul bersama rempah kari ketam.

Caranya:

Panaskan periuk. Masukkan minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan kisar yang sudah digaul dan serai yang sudah dititik hingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau. Masukkan ketam. Masukkan santan. kacau. Jika perlu masukkan air lagi. Kuahnya mestilah separas ketam sahaja. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Tunggu hingga kuah mendidih. Kacau. Hidangan sudah sedia untuk dimakan.

Masakan ini sesuai untuk dimakan dengan nasi putih bersama ulam dan sambal belacan. Emak mertua lalu, sudah pasti anda tidak sedar. selamat mencuba!!

Ketam Masak Kam Heong

Bahan A
100grm bawang merah
30grm serai
30grm lengkuas
1 sudu teh serbuk kunyit
10grm cili kering
10grm udang kering
(kesemua bahan A dikisar)

Bahan B
Bawang besar
Serai
Bunga Kantan
Cili padi
Daun Kari3 sudu sos tomato
1 sudu sos cili (seafood sos)
½ sudu sos plum
Santan
Garam
Air Masak (stok sup ayam)
Minyak masak

Cara-caranya
1. Tuangkan sedikit minyak masak untuk menumis. Setelah minyak panas,
tumiskan bahan A yang telah dikisar.(bawang merah, serai, lengkuas,
kunyit, cili kering & udang kering)
2. Setelah bahan-bahan yang ditumis berbau wangi, masukkan pula bahan B
(bawang besar, serai, bunga kantan, cili padi & daun kari)
3. Setelah bahan-bahan yang ditumis cukup masak dan garing, bolehlah
dituangkan sup air ayam(chicken stok)
4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili(sos seafood), sos plum, garam.
5. Akhir sekali masukkan santan untuk membangkitkan rasa yang lebih
lemak ke dalam masakan.
6. Setelah masakan masak, angkat & hidangkan.

Ketam Masak Petai

BAHAN-BAHAN

1. Ketam Bunga 3 ekor
2. Petai (separuh dikisar bersama bahan dibawah)
3. Tepung jagung
4. Garam, gula, perasa
5. Serai
6. Bawang merah
7. Bawang putih
8. Halia
9. Cili padi
10. Daun ketumbar

CARA-CARA
Bahan 6 hingga 10 Dikisar bersama
1. Perapkan ketam dgn tepung jagung dan goreng
2. Tumiskan bahan-bahan yg dikisar hingga naik bau
3. Masukkan gula, garam dan perasa, kicap pekat dan kicap cair.
4. Masukkan ketam ke dalam bahan yg ditumis td dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan lebihan petai dan tunggu hingga masak.

Monday, September 13, 2010

Sambal Udang

Bahan-Bahan

500 gm udang (pilih yg besar sedikit)-dibersihkan

4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit air (jika perlu)

2 biji bawang besar (dihiris gegelang/rings)
2 ulas bawang putih (dicincang)

4-5 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)
½ sudu teh rempah tumis ikan
2 sudu besar mentega
2 susu besar minyak masak
garam secukup rasa


Cara:

1) Panaskan mentega/minyak dalam kuali lalu tumiskan bawang putih bersama cili kering kisar sehingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Masukkan pula daun kari, rempah tumis ikan dan bawang besar lalu kacau sebentar.

3) Akhir sekali masukkan udang, garam dan sedikit air. Gaul rata dan biarkan sehingga udang masak.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Cara Kedua (Sambal Udang Petai)

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
4-5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
Minyak untuk menumis, gula, garam..
(Jika suka..tambah petai 1/2 mangkuk)
1 Labu Bawang Besar-Dihiris


Cara-cara

1- Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
2- Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
3-Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..
4- Jika suka masukkan petai..
5- Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)
Hidangkan..

Char Kuetiau (Kuew Teow)

Bahan-Bahan

1 kg Kuetiau
500 g Taugeh
200 g Sayur Kucai
1 kg Udang Basah (Sederhana atau Besar)
Isi kerang (jika ada)
100 g Cili kering
4 - 5 biji Bawang Putih
6 - 7 biji Bawang Merah
4 senduk Kicap Sotong (kicap ini boleh didapati dalam botol -diperbuat dari exctract sotong & ikan bilis)
4 senduk sos ikan
1/2 botol Sos Tiram
1 botol Kicap Cair
Telur
Minyak Masak
Garam

Cara-cara Menyediakan cili

1. Rendam atau rebus cili kering
2. Kisar bersama bawang putih & bawang merah
3. Rebus sehingga mendidih dan sedikit pekat

Cara Menyediakan Sos Kicap

1. Didihkan 1.5 liter air di dalam periuk.
2. Masukkan garam dalam air tadi
3. Masukkan sos tiram, kacau
4. Masukkan sos ikan dan kicap sotong.
5. Masukkan kicap cair
6. Tambahkan sedikit bahan perasa (jika suka)

Sos kicap yang lebih boleh di simpan dalam fridge untuk kegunaan beberapa kali gorengan lagi. Kalau nak gunakan untuk goreng mee goreng basah pun sedap jugak.

Penyedian Bahan-Bahan Char Kuetiau

1. Kuew Teow dileraikan suapaya tidak melekat sesama sendiri. Jika perlu, gaulkan sedikit minyak masak kepada kaoy teaw tersebut. Biarkan di dalam bekas.
2. Udang, dibuang sesungutnya dan dipotong ekornya sedikit. Basuh dan masukkan ke dalam bekas.
3. Basuh telur, dan taugeh.
4. Kucai di basuh dan di potong lebih kurang 1 inci panjangnya.
5. Jika ada kerang buang kulit dan dibersihkan.

Cara Menggoreng

1. Panaskan 3 - 4 sudu minyak masak dengan api yang besar.
2. Masukkan 4 - 5 ekor udang (ikut sukalah kalau nak lebih tu) dan goreng sehingga udang masak. Kecilkan api.
3. Kaut minyak yang berlebihan dari dalam kuali. hanya biarkan lebih kurang 1 sudu sahaja bersama udang yang digoreng tadi.
4. Masukkan 2 sudu cili (jika suka pedas lebihkan cili)
5. Masukkan sedikit kuah kicap yang telah dicampur tadi. Goreng sehingga cili agak masak.
6. Masukkan kerang jika ada.
7. Masukkan taugeh, sayur kucai.
8. Masukkan 3 senduk sos kicap, besarkan api. Kacau, dan masukkan koay teaw.
7. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam kuali, kacau dan tutup api


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Char Kuetiau (Resipi Versi Warung)

Bahan-bahan ( 2 org )

* UTK PASTA *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara

UTK PASTA- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge. **Paste ni selalu guna untuk berniaga, dia orang guna udang yg direbus. Tapi untuk makan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, jadi 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya, tak perlu letak lagi garam dan gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar boleh adjust ma..

UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

Kerutuk Daging

Bahan-bahannya:

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
500ml santan
4 sudu makan kerisik
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula melaka secukupnya
1 paket rempah kerutuk dibancuh dgn sedikit air dan sikit lada mesin. Kalau nak buat rempah kerutuk sendiri, bahannya:

Bahan Rempah (Dikisar lumat)
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
Lada hitam secukupnya
8 biji bunga cengkih
12 biji cili kering
3 kuntum bunga lawang
1cm kulit kayu manis
2.5cm kunyit
2.5cm halia merah
2.5cm lengkuas
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm belacan



BAHAN TUMIS:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1½cm halia putih
2 batang serai | diketuk
Minyak masak secukupnya



CARA MEMASAK:
1. Daging dipotong, dibersihkan dan ditoskan
2. Kesemua bahan rempah digoreng tanpa minyak dan digiling sehingga lumat.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang sehingga berbau harum dan kekuningan.
4. Selepas itu masukkan pula rempah yang telah digiling. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan daging dan masak hingga air daging kering dengan api yang sederhana.
6. Masukkan santan, garam, gula melaka, kerisik dan air asam jawa.
7. Biarkan di atas api sederhana dan masak hingga pekat.
8. Angkat dan hidangkan.

untuk resepi kerutup ayam kampung, sila ke sini: http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/06/resipi-kerutuk-ayam-kampung-dari.html

Tom Yam Udang

Tom Yam Udang

600 gram udang galah/udang lain
1 batang serai dititik
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan sos ikan
Pati Tomyam secukupnya
1 cawan air masak
Minyak masak untuk menumis


Cara Membuat:

Panaskan minyak. Tumiskan pati tomyam dengan serai.
Masukkan air masak diikuti cili padi, daun limau purut, jus lemon dan sos ikan.
Biarkan seketika.

Masukkan udang galah yang telah dibersihkan. Biarkan seketika hingga masak.
Hidangkan semasa panas.

Wednesday, September 8, 2010

Resipi Tapai Sira (Pengat Tapai)

TAPAI SIRA
tapai sira ni kalo guna tapai ubi kuning lagi best....atau tapai yg keras sikit..akk guna ni tapai yg lembik sikit..nmpk mcm hancur bila kuah tu meresap

Bahan - bahan

5 ketul tapai ubi
1 keping nisan atau 1/2 ketul gula melaka (kalo suka manis boleh tambah gula)
1 cawan santan sederhana pekat
sedikit garam
Daun pandan



Cara - cara
Didihkan santan bersama nisan/gula melaka sehingga hancur bersama daun pandan dan sedikit garam. Apabila nisan hancur masukkan tapai dan kecilkan api....masak sehingga kuah pekat ........siap.simple je membuatnya. selamat mencuba.

Cara Lain

Resipi Tapai Sira Bertelur (Tape Siro)
Tape siro ni makanan orang Kelantan dan sudah pupus ditelan zaman. Jom tengok resipinya:

Bahan - bahan

5 ketul tapai ubi kayu
2 biji telur dipukul
1 cawan gula (nak manis tambah lagi) -dididihkan
secubit garam - dicampur dengan air gula
Daun pandan - dicampur dengan air gula

Cara - cara
masak air gula dengan api yang kecil
celup tapai ubi kayu dalam telur
masuk ke dalam air gula tadi ketika air sedang didih
Tutup api, hidangkan semasa panas atau boleh hidang semasa sejuk.
Lagi sedap kalau baru keluar peti ais.
Selamat mencuba

Resipi Somtam (Kerabu Betik)

Bahan-bahan
1 biji betik mengkal atau putik - sagat panjang
2 biji mangga muda atau lobak merah - sagat panjang
1 biji tomato
Kangkung@daun ketumbar
1-2 sb udang kering - goreng tanpa minyak
5 sudu besar kacang tanah goreng tanpa minyak - tumbuk kasar
2 biji bawang besar - hiris
5 atau lebih cili merah dan cili padi
2 sudu besar gula melaka/gula nipah
1 sudu besar kicap Thai (Thipharos)
1 sudu besar sos ikan
5 biji limau kasturi - perah ambil jus

Cara-cara
1. Sagat panjang lobak merah dan betik putik

2. Tumbuk bawang putih kemudian cili

3. Tumbuk udang kering 

4. Tumbuk pula tomato

5. Kemudian masukkan gula, sos ikan dan perahan limau. Kacau sebati. 

6. Sediakan gula melaka atau gula nipah siam

7. Campurkan dengan bahan tadi. Cuba rasa, biar ngam masam manis nya

8. Kalau nak makan barulah masukkan betik, lobak merah atau mangga, dan sayur kangkung serta kacang.  Gaulkan dalam seminit, nanti air dia keluar, becak jugalah. So tak perlu bubuh air ya.
Kalau tak nak makan, nak simpan, jangan bubuh lagi sebab nanti air banyak pula. Lecah.

9. Keluarkan. Tumbuk pula kacang. Tumbuk kasar. Hidangkan di atas pinggan dan taburkan lagi dengan kacang. SELAMAT MENCUBA 

Monday, September 6, 2010

Laksa Johor

Ada dua resipi di sini iaitu Laksa Johor Ori dan Laksa Johor Jati. Rasa yang berbeza walaupun hampir sama.

Laksa Johor Ori

1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
udang basah 100gm
isi ikan kurau - 20 gram dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
**Bahan B (dimesin)**
bawang besar - 3 biji
cili kering - 15 tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang diketuk untuk tumis
asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
santan pekat 1 kotak / lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
bawang putih -3/4 ulas
**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus
Kicap kipas udang / kicap manis
** Sambal Belacan
-lada merah 5/6 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar
Bawang Merah 1 biji kecil
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara

rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
**Penyediaan kuah**
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
masukkan asam keping
tambah garam dan gula untuk rasa
masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
**Sambal belacan**
mesinkan semua bahan dan hidangkan



Laksa Johor Jati

Bahan-bahan:

1 paket speggetti .. direbus, toskan & gaul ngan margerin skit biar tak lekat..
6 ikan kembung.. rebus, amik isi,blend & jgn buang air rebusannya..
6 bwg merah..kisar
2 bwg putih..kisar
skit lengkuas..kisar
skit halia..kisar
2 serai..kisar
1 paket kari Adabi.. bancuh ngan air
skit asam jawa.. bancuh ngan air
skit udang kering.. tumbuk
12 cili kering.. kisar
1 sudu ketumbar.. kisar
Skit jintan.. kisar
1 biji kelapa..1/4 kerisik, 3/4 santan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 ikat daun kesom
2 bunga kantan

Bahan sampingan:

Daun kesom
Daun selasih.. rasanya kat KL susah nak cari..
Kacang panjang diracik
Timun dipotong membulat..
Bawang besar dipotong membulat
Taugeh
Tauhu digoreng, dipotong kecil2
Limau kasturi
Sambal belacan.. ummpphhh.

Caranya:

Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dikisar tadi.
Biar sampai naik wangi..
Masukkan udang kering,rempah kari dan rebusan ikan tadi.
Masukkan ikan yg dikisar tadi.
Masukkan gula melaka, air asam jawa,kerisik, garam dan santan.
Last sekali masukkan bunga kantan ngan daun kesom.
Dah siap..

Hidangkan speggeti bersama kuah dan bahan sampingan tadi

Resipi Mee Rubus Haji Wahid Ceria

RESIPI MEE REBUS HAJI WAHID CERIA TERBONGKAR
Ini bukan mee rebus haji wahid yang di Johor tu, tetapi haji wahid yang tidak dikenali ramai. Ramai nama Haji Wahid, jadi untuk menjadikan lebih gempak, haji wahid ceria telah mencipta resipi mee rebus haji wahid ceria.
Jangan expect ianya sama rasa 100% dengan mee rebus haji wahid di Johor itu tetapi inilah resepi mee rebus Haji Wahid Ceria yang paling ceria abad ini! Jom try!

Bahan-bahannya
3 paket mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
2 ketul kiub pati lembu
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. 

2. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing.

3. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
1. Rebus ubi keledek, kemudian buang kulitnya. Rebuskan juga daging bersama kiub pati lembu dalam periuk berasingan dengan dua cawan air.

2. Kisar keledek, rebusan daging bersama air rebusan dan taucu yang telah dicuci. Asingkan dalam mangkuk pertama.
Kisar pula bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, halia dan udang kering.

3. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai yang telah dititik. Kemudian tumis lengkuas, bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. 

4. Masukkan rempah kari kacau rata

5. kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. Masak sampai mendidih. Tambahkan hanya 2 cawan air. Kita tambahkan air rebusan ketam. Kalau nak bajet, air rebusan daging tu pun boleh

Cara untuk menghidang
1. Goreng tauhu, kemudian kerat empat atau 6 atau 8.

2. Inilah rupanya sebelum dihidangkan. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

3. Mee rebus yang sedap dan lazat
SELAMAT MENCUBA

***atas permintaan, gambar cara memasak telah diletakkan di sini pada 10 Disember 2013.

Resipi masakan singgah di sini selalu ya