Saturday, August 28, 2010

Bahulu Berinti

Bahulu Berinti - Baulu Berinti

Bahan-bahan
5 biji telur
150gm gula kaster
1/4 sudu teh garam halus
160gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
100ml minyak jagung

Inti : Jem blueberry/strawberry/raspberry/kaya/peanut butter


Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali minyak jagung, putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat, perlahan kan mixer dan masukkan minyak jagung putar hingga bergaul rata.
2. Leser acuan baulu dengan minyak jagung dan panaskan dalam oven selama 5 minit. Tuang adunan separuh penuh dan bakar selama 4 minit. Keluarkan dari oven dan letak 1 sudu teh inti jem di tengahnya. Tuang baki adunan hingga menutupi inti dan hampir penuh.
3. Bakar dengan api atas dan bawah selama 8-10 minit pada suhu 160C atau sehingga kekuningan.

Jenis Tepung dan Kegunaannya

Ada pelbagai jenis tepung di pasaran dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza dalam penyediaan kuih muih, kek, pastri, biskut atau roti. Oleh itu perlu bagi anda memahami jenis-jenis tepung yang hendak di gunakan bagi memastikan anda mengunakan jenis tepung yang betul dan mendapat hasil yang memuaskan.

Tepung High Protein (Tepung Roti)
Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)
Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek

Tepung Red Rose (Cookies Flour)
Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies. Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup. Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut. Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut

Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

Tepung Hoen Kwee
Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan puding.

Lain-lain Jenis Tepung
Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Jagung, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Susu. Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Lompat Tikam (Lopak Tike)

Lapisan Bawah (Hijau)
150gm tepung beras
700ml santan cair
100ml air di kisar dgn 8 helai daun pandan) jadikan jus pandan
1 tsp air kapur cair
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pewarna hijau

Lapisan Atas (Putih)
60gm tepung beras
20gm tepung jagung
400ml santan pekat
100ml air
1 tsp garam halus

Sirap Gula Merah
200ml air
100gm gula merah/melaka
60gm gula pasir
sehelai daun pandan
(Masak dan jadikan sirap gula merah)

Bahan-bahan tambahan:
150gm beras pulut - di rendam 3 jam
1 sudu kecil pewarna merah
100ml santan cair
1/8 tsp garam halus



Cara-cara
1. Satukan bahan lapisan bawah, tapis dan masak di dalam kuali dengan api sederhana hingga hampir pekat. Tutup api dan kacau rata. Kemudian tuang ke dalam loyang 8" yang telah di leser dengan sedikit minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
2. Satukan bahan lapisan atas, tapis dan masak di dalam kuali dengan api sederhana hingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 15-20 minit.
3. Pulut di rendam bersama air dan pewarna merah selama 3 jam. Toskan dan masukkan santan cair. Kukus selama 20 minit.
4. Potong dan hidang bersama pulut dan sirap gula merah.

**** Boleh juga di masak terus di atas dapur tanpa mengukusnya. Kacau hingga pekat dan tuang ke dalam loyang atau acuan-acuan kecil dan tuang sos santan dan sirap gula.

Tahi Itik dan Telur Belangkas

Kuih Tahi Itik dan Telur Belangkas dibuat dengan lebihan putih telur apabila kita membuat kuih yang melibat penggunaan kuning telur, maka jangan dibuang begitu sahaj putih telur. Kita buat kuih tahi itik, makanan tradisional kelantan.

Tahi Itik

Bahan-bahan

10 biji putih telur itik
500ml santan kelapa
500gm gula pasir
100gm tepung pulut
200gm tepung beras



Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan diatas ke dalam kuali.
2. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi pekat dan berketul. Biarkan sejuk dan bolehlah dibentuk mengikut cita rasa sendiri.

Telur Belangkas

Bahan-bahan ( 5 orang )

15 biji telur ayam / itik – ambil putih telur sahaja
200g kelapa parut – tanpa kulit ari
10 helai daun pandan – dikisar bersama 1 cawan air
300g gula halus ( jika tak suka manis, kurangkan ke 200g @ mengikut rasa masing-masing)



Cara-cara

Ramas kelapa parut dengan putih telur dan daun pandan yang telah dikisar.
Perah dan tapis-tapis dgn menggunakan kain (hasil perahan itu. Campur gula dan masak di atas api kecil.
Jangan kacau selalu tetapi kikis tepi periuk @ kuali sekali-sekala supaya tidak hangus dan adunan dapat bergentil tetapi kacau sekali-sekala sehingga berminyak.

Jala Emas (Urat Emas)

Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.

Bahan-bahan ( 5 orang )

15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
2-3 helai daun pandan
4 cawan air
Daun pisang untuk dibuat corong



Cara-cara

Tapis kuning telur dan pukul sedikit
Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
Angkat dan ’tos’kan.
Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
Hidangkan

p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.

Pauh Dilayang

Kuih pauh dilayang merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula. Ia dibentuk menjadi kepingan rata tiga atau empat persegi, sebelum dibentuk seperti kelopak bunga, menurut cita rasa pembuatnya.
Kuih pauh dilayang agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan. Baki putih telur yang digunakan biasanya digunakan bagi membuat kuih tahi itik.

Bahan-Bahan:
15 biji telur
600 gm gula
4 camca tepung gandum 3 helai daun pandan
4 cawan air



Cara:
Putar telur hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung ke dalam telur dan gaul rata-rata. Setelah itu, kukus adunan dalam loyang empat persegi hingga masak.Masak gula, air dan daun pandan hingga mendidih dan pekat. Angkat dan sejukkan. Pauh yang telah masak tadi sejukkan. Kemudian dipotong nipis-nipis dan direndam di dalam air gula. Biarkan sampai kembang, barulah diangkat dan toskan sebelum dihidangkan.

KEROPOK LEKOR @ KEROPOK GOTEL

VERSI BM:
Bahan-bahan ( 10 org ):

1 kilo ikan kembung/ selayang
500 g tepung kanji/ubi @ seeloknya tepung sagu
sedikit garam
beberapa ketul kiub ais/air batu
Air secukupnya (agak2 le)

Cara-cara:

Asingkan isi ikan dari tulangnya, kemudian tumbuk @ cincang halus2.
Sambil tumbuk halus isi ikan tadi masukkan kiub ais/ air batu tadi sikit demi sikit.
Gaulkan tepung bersama dengan isi ikan tadi sambil masukkan sedikit garam dan air ( agak2 le).
Akhir sekali uli bahan2 tadi bentuk kan menjadi bulat memanjang dan rebus kedalam air mendidih. bila dah timbul angkat , sejukkan dan bolehlah goreng dan makan..

* ada orang modified guna 300gm tepung ubi + tepung gandum. katanya menjadi.



VERSI AMY BI:

Ingredients:
1 kg fish (ikan parang or ikan kembung)
500g sago flour
Salt to taste
125ml water
Some ice-cubes
1 or 2 pandan leaves


Method:
Clean the fish thoroughly, remove its intestines and chop off its head and tail, leaving the body intact.

Make slits along both sides of the fish, then scrape off the meat; discard the bones. Pound, chop or mince the meat finely, adding salt to taste.

Add some ice cubes and continue mincing the fish meat. Add sago flour and water. Stir the mixture until it becomes a soft dough.

Dip your hand in the sago flour and roll the dough into a cylindrical shape.

Boil a potful of water. Add in one or two knotted pandan leaves. Drop the keropok lekor into the boiling water.

Wait for it to float and remove with a slotted spoon. Set aside to cool.

Cut the pieces diagonally into thin slices. Dry in the sun thoroughly, then deep-fry in hot oil.

Pajeri Nenas

Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa



Cara membuat
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
Masukkan kerisik dan nenas.
Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

**Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

Tepung Bungkus

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
2 s/b air
daun pandan

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

4 sudu besar tepung pulut [bancuh dgn 1 s/b air)



Cara:
1. Masakkan bahan inti sehingga kering. Bulat-bulatkan. Ketepikan dahulu.
2. Ambil tepung pulut yg telah di bancuh sedikit dan leperkan dan masukan inti kelapa yg telah dibulatkan. Bulatkan dan ketepikan.
3. Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau hingga separuh masak.
4. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan dan bersihkan.
5. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
6. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

Friday, August 27, 2010

Tom Yam Ayam

Tom Yam Ayam

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil
6 cawan air
1 sudu teh garam
3 akar ketumbar - ditumbuk
2 batang serai - dititik dan dipotong
10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas
6 helai daun limau purut - dicarik-carik
2 camca besar pes cili
3 camca besar sos ikan
3 camca besar jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
3 helai daun pudina - dihiris serong


Cara Penyediaan :
Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

Masukkan semua bahan yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit. Tutup api.

Tabur daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidang.

Spaghetti Lala Bercili dan Resepi Spaghetti Daging Tomato

Resepi Spaghetti Daging Tomato

Bahan-Bahan:

½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato
250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa


Cara:

Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya.

Panaskan periuk dan cairkan mentega.
Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk.
Kemudian masukkan bawang besar dan kacau.
Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati.
Masukkan tomato puri dan kacau rata.
Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air.
Biar hingga mendidih.
Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan.
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.

Tambahan:
Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti.

Spaghetti Lala Bercili

Bahan-bahan:

250 gram Spaghetti lidi, rebus ikut arahan pada bungkusan
1 kg lala
10 tangkai cili api – hiris nipis
180 gram susu sejat
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 cawan daun selasih Thai
4 sudu makan minyak zaitun
Garam dan serbuk lada secukup rasa


Cara Penyediaan:

Masukkan lala ke dalam kuali dan tutup. Panaskan hingga masak.
Setelah masak, alihkan lala ke dalam mangkuk, asing dan simpan patinya.
Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali dan panaskan. Masukkan bawang putih dan cili api. Tumis hingga naik bau.
Masukkan pati lala dan susu sejat. Kacau dan didihkan perlahan-lahan.
Masukkan lala, daun selasih, garam dan serbuk lada secukup rasa. Kacau rata dan tutup api.
Masukkan spaghetti dan gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan.

Nasi Dagang

Bahan-bahan:

5 cawan beras nasi dagang ATAU
3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil - dihiris halus
6 ulas bawang putih - dihiris halus
1½ inci halia - dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaan:

Didihkan air didalam periuk kukusan Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak.

Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat dengan memasukannya sedikit demi sedikit, bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Hidang panas-panas bersama kuah gulai dan sambal kelapa.


Gulai ikan tongkol untuk nasi dagang

Bahan A
2 ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
1 sudu makan garam
1 sudu teh gula
Air untuk merebus - sekadar menutup ikan, lebihkan seinci

Bahan B

Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (pilihan jika suka pedas)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara penyediaan:

Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau.

Masukkan rempah kari dan cili (jika guna). Masak sehingga keluar minyak.

Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan seekor untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih.

Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Bila mendidih masukkan gula merah, garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor). Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.


Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), digoreng tanpa minyak sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
ikan tongkol rebus, ambil isinya sahaja

Cara penyediaan:

Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya.


Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

Nasi Kerabu

Bahan-bahan:
Nasi putih atau Nasi warna biru

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - panggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - jadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam


Cara penyediaan :
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat


Bahan untuk kuah :

4 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
Sedikit belacan - kisar
10 tangkai cili kering - kisar
2 cm halia - kisar
2 cawan santan cair
1 batang serai - hiris halus
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:

Masak santan dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.

Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam-ulaman :

1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
sedikit belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dihiris
5 batang kacang panjang - dipotong halus
sedikit taugeh
2 sudu makan budu
2 sudu teh lada sulah

Cara penyediaan:

Gaulkan semua ulam-ulaman. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.

Sedia untuk dihidangkan. Hidangan lebih lengkap dengan keropok ikan goreng, solok lada, ikan goreng atau telur asin atau apa-apa lauk goreng.

Laksam

Bahan-bahan:

Bahan Laksam:
3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam

Bahan kuah:
3 ekor ikan sardin
1 gelas santan
½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu kerisik
Sedikit lada sulah
2 asam keping
1 inci lengkuas
Gram dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tambahan (jika suka):
Telur rebus
Daun salad
Timun – potong halus
Taugeh
Sambal belacan
Cili tumbuk
Kacang panjang – potong kecil-kecil


Cara-cara penyediaan:
Penyediaan laksam:
Satukan kesemua bahan laksam dan gaul sehingga sebati. Ketepikan dan perap sema ½ jam. Sementara itu panaskan kukusan.
Sapu sedikit minyak pada loyang atau pinggan leper, masukkan ke dalam kukusan. Tuang 2 senduk adunan laksam pada loyang/pinggan dan sapu hingga rata dan nipis.
Kukus sehingga masak, agak keras tetapi tidak berair.
Keluarkan dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum digulung.
Gulung memanjang dan potong kecil.
Untuk lihat cara penyediaan tepung, boleh klik di http://ceria-resipi.blogspot.com/2010/08/tepung-laksam.html

Penyediaan kuah:
Rebus ikan sehingga masak.

Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai dan halia.

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar.

Masukkan asam keping, kerisik, lengkuas, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga naik bau.

Tapis ikan dari air rebusan, simpan air rebusan. Kisar ikan sehingga hancur dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kacau hingga rata.

Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.

Masukkan santan dan kacau lagi hingga mendidih.

Rasa garam dan gula, tambah jika perlu. Tutup api.


Sajikan potongan laksam bersama bahan-bahan tambahan dan kuah.

Pizza Daging Kambing

Bahan-bahan:

Doh:
½ bungkus (1 sudu teh) yis kering
1 sudu teh gula
2 sudu makan susu
5 cawan tepung gandum
4 sudu makan mentega pada suhu bilik
2 biji telur – pukul ringan
1 sudu teh garam

Topping:
2 sudu makan minyak zaitun
1 bawang besar, cincang
8 oz. daging kambing cincang/kisar
1 genggam daun parsley, cincang
1 biji kuning telur, yang putih tidak diperlukan
1 sudu makan mentega, cairkan

Cara penyediaan:

Kulit Pizza:

Satukan yis, gula dan susu did lam sebuah mangkuk kecil. Biarkan selama 10 minit untuk yis bertindakbalas.

Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar dan buat lubangdi tengah-tengahnya. Tuangkan yis tadi dan masukkan mentega dan telur. Gaul rata menjadi doh. Keluarkan doh dan letakan di atas permukaan meja rata yang telah ditaburi tepung. Gunakan tangan untuk menguli doh selam 10 minit atau sehinggan doh menjadi lembut. Masukkan semula ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap. Ketepikan selama sejam supaya doh kembang.

Bahagikan adunan doh kepada bebola sebesar bola golf. Letakkan bola doh di atas permukaan kertas lapik biskut yang telah ditaburi tepung. Gunakan tangan untuk meleperkan doh menjadi bulat setebal ½ inci.

Topping:
Panaskan minyak zaitun di dalam periuk leper atas api sederhana. Tumis bawang besar selama 5 minit. Masukkan daging dan masak selama 5 minit lagi, kacau sentiasa. Masukkan daun parsley.

Panaskan ketuhar pada suhu 450ºF.

Ratakan bahan topping setebal ½ inci pada bahagian tengah permukaan setiap lapisan doh. Lipat sedikit sekeliling doh anggaran ¼ inci ke tengah untuk membina tembok kulit pizza. Ketepikan selama ½ jam untuk kulit pizza naik lagi.

Gunakan berus pastry untuk menyapu kuning telur pada bahagian tepi kulit pizza.

Masukkan setiap keping pizza yang telah siap ke dalam ketuhar dan bakar sehingga masak dengan warna keemasan anggaran selama 5-10 minit.

Setelah masak, berus mentega cair dengan nipis.

Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
- Jika suka makan pizza dengan kulit lembut, masukkan pizza ke dalam periuk bertutup selam 5 minit sebelum dihidangkan.
- Jika suka makan kulit pizza yang garing, terus hidangkan setelah keluar dari ketuhar.

Wednesday, August 25, 2010

Sotong Sumbat Pulut

Resepi :

Bahan-bahan:

Sotong (ikut suka bape ekor korang nak) - dibasuh bersih2
1 cawan beras pulut (ditanak mcm biasa)
2 cawan santan
2 keping gula melaka/merah
3 sudu besar gula
Daun pandan



Cara Masak :

1. Beras pulut ditanak cam biasa.
2. Bila pulut dah sejuk.....sumbatkan pulut ke dalam sotong.
3. Tutup dgn kepala sotong dan cucuk dgn lidi.
4. Panaskan santan. Masukkan gula melaka, gula dan daun pandan.
5. Masukkan sotong sumbat tadi dan masak hingga kuah santan jadi pekat.
6. Bila dah masak bolehlah makannnnnnn....yummm..yummmm....

Sotong Sumbat Telur

Bahan-bahan:

600 gm sotong
500 ml air
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 tangkai cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 tangkai cili merah, buang biji dan cincang halus
1 bawang besar, dihiris bulat-bulat
4 sudu makan rempah kari ikan2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi pencucuk secukupnya
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:

1. Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
2. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
3. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
4. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga naik bau.
5. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan
kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.

Gulai Kawah

NIE ADA RESEPI GULAI KAWAH KELANTAN ATAU DIPANGGIL GULAI DARAT UNTUK DIKONGSI MACAM BIASA SELAMAT MEMCUBA......

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

1kg daging hancur dibersihkan dan tos

Bahan A

5 ulas bawang merah,

4 ulas bawang putih,

1 inci lengkuas, 1 inci kunyit,

5 tangkai cili kering,

2 sudu besar ketumbar di goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus,

2 sudu kerisik,

1 sudu budu** (terpulang pada anda nak guna tak),

2 sudu besar gula merah

Bahan B

1/2 kg santan atau 3 kotak kecil santan

garam

gula

air asam jawa



Cara-cara

1.Bahan A dikisar dan ditumis hingga wangi
2.Gaulkan bahan A bersama daging yang telah ditos.

3.Masukkan 1/3 daripada kesemua santan.

4.Masak sehingga daging empuk.

5.Tambah air jika perlu.

6.Masa yang diambil utk daging empuk bergantung pada jenis periuk yg anda gunakan.

7.Petuanya.. jangan masukkan garam selagi daging belum empuk.

8.Apabila daging empuk, masukkan kerisik, garam dan gula, baki santan dan air asam jawa.

9.Jika santan kotak digunakan, ianya perlu dicairkan dengan air.

10.Masak sehingga mendidih.

SPEGHETI BOLOGNESE

BAHAN-BAHANNYA

(untuk hidangan 10 orang)
2 paket spageti
1 botol napoletana atau sos bolognese
1 tin cendawan butang dipotong dua
½ kilogram daging dipotong kiub kecil (boleh guna daging kisar sedia ada)
½ kilogram isi ayam dipotong kiub kecil
1 senduk cili kisar
4 susu besar minyak masak
Sedikit air
Garam dan sedikit perasa



CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1.Rebus spageti bersama sedikit minyak masak (lebih baik guna minyak zaitun) mengikut jangka masa disyurkan pada paket spageti. Kemudian toskan spageti.
2.Cuci semua bahan mentah seperti daging, ayam dan cendawan kemudian tos bahan itu.
3.Panaskan minyak masak (minyak zaitun), masukkan cili dan tumis sehingga cili garing. Kemudian masukkan semua bahan mentah yang sudah ditos ke dalam kuali.
4.Tumis semua bahan itu bersama cili yang sudah dimasak berserta sedikit air sehingga bahan tadi masak. Kemudian masukkan sos napoletana atau sos bolognese ke dalam kuali, kacau hingga sebati selama 10 minit dengan api perlahan.
5.Tambahkan sedikit garam serta perasa mengikut kesesuaian.
NOTA:CADANGAN UNTUK HIASAN
Letakkan spageti yang sudah direbus ke dalam pinggan. Curahkan sos yang dimasak tadi ke atas spageti. Hias dengan daun pudina.Sos juga boleh diletakkan secara berasingan jika waktu makan tidak teratur. Begitu juga dengan daging serta isi ayam, letak mengikut kehendak masing-masing.

Nasi Goreng Patayya

BAHAN-BAHANNYA
2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dipotong kecil dan direbus)
1 ulas bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
Sedikit lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu kacang peas
Sedikit kicap
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji telur (dipukul)
1 senduk minyak masak
garam dan serbuk perasa



CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1.Panaskan minyak di dalam kuali, selepas itu tumis bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia. Biarkan sehingga naik baunya barulah dimasukkan cili boh dan dikacau selama 2 minit.
2.Selepas itu masukkan lobak merah, kacang peas, daging, kicap, cili merah dan akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau hingga benar-benar sebati selama 3 minit barulah di angkat dan letakkan ke dalam mangkuk.
3.Bersihkan kuali dan panaskan minyak sekali lagi. Masukkan telur dan dadarkan (seperti kuih ketayap)
4.Biarkan permukaan telur itu garing sedikit, selepas itu masukkan nasi di tengah-tengah telur itu. Kemudian bungkus dengan telur itu.
5.Biarkan sebentar di atas dapur, barulah ianya diangkat dan masukkan ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, potongan mentimun dan letakkan sedikit tomato sos.

Sotong Goreng Bermadu

BAHAN-BAHANNYA
2 ekor sotong bersaiz sederhana besar(dipotong kecil)
sedikit tepung jagung
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 sudu madu lebah
1 sudu cukup rase maggi
1 batang cili besar(dipotong halus)
3 batang cili kecil(dipotong halus)
sedikit daun bawang dan daun sup(untuk keceriaan)



CARA-CARA MNEYEDIAKANNYA

1.gaul sotong yang telah dipotong dengan tepung jagung
2.goreng sotong dan ketepikan
3.tumis baewang puting dan bawang besar
4.setelah naik bau masukkan sos cili,sos tomato dan madu lebah
5.masukkan sotong dan kacau hingga sebati
6.masukkan cukup rasa maggi mengikut citarasa anda
7.masukkan cili kecil dan cili besar dan biarkan seketika
8.matikan api dan masukkan daun bawang dan daun sup
9.sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MEMCUBA

Kerabu Jantung Pisang

BAHAN-BAHAN:

1. 1 biji jantung pisang
2. 5 tangkai ulam raja
3. 1 biji mangga muda
4. 100 gm tauge
5. 5 tangkai cili merah
6. 1 ulas bawang merah
7. 1 sudu besar ikan bilis tumbuk
8. Garam secukup rasa



CARA MENYEDIAKAN:

1. Belah dua jantung pisang dan celur di dalam air panas selama beberapa minit sehingga
lembut. Hiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Hiris halus ulam raja dan mangga muda. Gaulkan bersama jantung pisang tadi.

3. Tumbuk cili merah dan campurkan dengan bahan-bahan di dalam mangkuk tadi.

4. Masukkan juga ikan bilis tumbuk dan garam secukup rasa. Gaul rata.

5. Masukkan tauge dan bawang merah yang telah dimayang halus. Gaul sebati dan hidangkan.

Soo Hoon Goreng Seafood

Bahan-bahannya

1. 300gm soohoon
2. 4 biji bawang putih(ditumbuk)
3. 4 biji bawang merah(ditumbuk)
4. 4 biji lada kecil(dipotong kecil)
5. 1/2 inci halia(ditumbuk)
6. 1 batang lobak (dipotong halus)
7. sedikit sayur sawi
8. 1 sudu makan cili kisar
9. 1 sudu makan sos tiram
10. 1 sudu makan sos cili
11. 1 sudu makan kicap manis
12. Garam dan gula secukup rasa
13. Sedikit isi ayam(dipotong kecil)
14. Sedikit sotong(dipotong kecil)
15. Beberapa ekor udang besar(digoreng sedikit lebih kurang separuh masak)
16. Sedikit daun bawang dan daun sup(dipotong kecil)
17. Sedikit air

Cara-cara menyediakannya

1. Rendam soohoon sehingga lembut.
2. Tumis bawang putih,bawang merah dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar,sos cili,kicap,sos tiram.
4. Kemudian masukkan isi ayam,sotong dan udang.
5. Masukkan pula sawi dan lobak.
6. Masukkan gula dan garam dan tambahkan sedikit air.
7. Apabila lobak sedikit lembut masukkan pula soohoon dan gaul hingga rata.
8. Tambahkan cili kecil dan gaul seketika lagi.
9. Matikan api dan taburkan daun bawang dan daun sup.
10. Sedia untuk dihidangkan.

Nasi Ayam Hainan

PENYEDIAAN AYAM:
- 1 ekor Ayam segar yang telah dibersihkan berat 1.8 - 2.0kg. Bersihkan bahagian dalaman ayam mengikut dari arah belakang ayam. Singkirkan bahagian leher yang dipenuhi lemak. (asingkan semua lemak ayam dan simpan untuk kegunaan masak nasi kelak). Toskan air basuhan, masukkan mengikut rongga belakang ayam:
- 1 sudu besar hirisan halia.
- 1 btg daun bawang putih (scallions/ leek) dihiris 1".
- 1 btg celery dihiris.
- 1/2 btg karot yg telah dihiris.
- 1+2 sudu garam, lumurkan keseluruhan badan ayam.
- 10 cawan air stok ayam, jika tiada stok ayam masukkan pati ayam knorr/maggie 2 kiub.
- 1 sudu kecil serbuk lada putih dimasukan pada air stok.

CARA-CARA:
1. Didihkan air.
2. Masukan ayam dengan bahagian dada ke arah bawah. Air rebusan ini perlu lebih tinggi 1 inci dari paras ayam yang sedang direbus. Tambahkan air jika perlu. Rendahkan api dapur untuk air tidak lagi mendidih tapi dalam keadaan renehan supaya kulit daging ayam tidak terkopek semasa rebusan ini. Rebusan perlu dilakukan secara perlahan sehingga kesemua bahagian daging ayam itu masak secukup. Jangan terlalu lama memasak. Masa yang diambil untuk rebusan lebih kurang 45 minit.
3. Sediakan air ais dalam sebuah besin. Apabila ayam telah masak, segera keluarkan ayam dan masukkan segera ke dalam besin air ais atau air biasa yang telah disediakan. Rendam ayam dalam 10-15 minit untuk mematikan haba terpendam tidak masak lagi isi ayam.
4. Keluarkan ayam dari rendaman ais dan keluarkan semua bahan-bahan seperti hirisan halia dan daun bawang dari rongga ayam. Gantung ayam-ayam itu supaya air berlebihan dapat ditoskan. Biarkan ayam-ayam itu sejuk. Anda boleh lihat minyak ayam akan keluar dari rongga kulit ayam, dengan menggunakan brus spread sapukan minyak lapisan kulit ayam supaya kelihatan permukaan ayam itu kilat dan menarik. Biarkan ayam-ayam itu untuk dipotong.
5. Air rebusan ayam (Jangan Dibuang) perlu ditapis dan simpan untuk digunakan penyediaan Nasi, Sup dan juga sos.

CARA-CARA MASAK NASI AYAM.
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras. Kalau boleh dapatkan beras yang panjang sedikit (beras Siam).
- 1 sudu besar halia dihiris halus.
- 3 ulas bawang putih dihiris halus.
- 3 cawan air rebusan ayam tadi.
- 1 sudu besar lemak ayam yg berlebihan semasa pembersihan.
- 5 sudu besar minyak masak.
- 1 sudu besar minyak bijan/seasame oil.
- 1 sudu kecil garamgGaram secukup rasa.
- 4 helai daun pandan disimpul.

CARA-CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh beras sehingga air basuhan jernih. Toskan beras dengan penapis (plastik).
2. Panaskan kuali, masukkan lemak ayam dari pembersihan ayam awal tadi.
3. Masukkan hirisan halia dan bawang putih, goreng sehingga bau naik (jangan sampai hangit). Masukkan beras yang telah tos dan goreng sehingga beras seperti keputihan sedikit. Tujuannya ialah untuk matikan kanji beras dan nasi menjadi peroi sebiji-sebiji. Masa gorengan 10 minit sudah memadai. Awas jangan beras hangit, perlu sentiasa terbalik-balikan menggunakan sudip.
4. Pindahkan beras yang telah digoreng kedalam periok nasi. Masukkan nisbah air telah diukur. Masukkan daun pandan dan 1 kiub stok ayam. Tutup tudung dan biarkan nasi masak. Jangan buka tudung nasi sehingga airnya mula kering. Bila nasi mula kering, buka tudung nasi dan gemburkan nasi dengan garpu kayu. Tutup kembali tudung periok. Tutup api dapur. Nasi anda telah sedia.



SOS SEBAGAI PENCICAH:
Sos Kicap:
- 2 sudu besar kicap pekat.
- 1 cawan air rebusan ayam/stok ayam.
- 1 sudu besar minyak bijan.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 4 ulas bawang putih dikopek dan diketuk.
Panaskan adunan ini dlm 5 minit, Tambahkan gula dan garam ikut rasa anda. Sos anda sedia.

Sos Cili:
- 100gm cili merah hidup.
- 5 tangkai cili padi.
- 1 sudu besar halia.
- 2 ulas bawang putih.
- 1 sudu besar gula.
- 1/4 cawan air limau kasturi.
- 1/4 cawan air rebusan ayam tadi.

Dikisar semua bahan-bahan ini.

Untuk Hidangan:
Timun dihiris, Tomato dihiris dan daun salad bunga.

Ayam Percik Kelantan

BAHAN-BAHANNYA:

1 EKOR AYAM DIPOTONG 12 BAHAGIAN
SANTAN PEKAT DARI 1 BIJI KELAPA
I BATANG SERAI DIKETUK
SEDIKIT AIR ASAM JAWA
SEDIKIT JINTAN MANIS

BAHAN A:

3 ULAS BAWANG PUTIH
1 INCI HALIA
SEDIKIT GARAM

BAHAN B:

4 ULAS BAWANG MERAH
1 INCI HALIA
2 BIJI BUAH KERAS
GULA DAN GARAM



CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:

1.tumbuk bahan A dan gaulkan bersama potongan ayam dan perap seketika
2.tumbuk bahan B dan masukkan kedalam santan yang telah dipanaskan
3.masukkan serai,air asam jawa dan jintan manis ke dalam santan dan kacau
4.masak sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa
5.bakar ayam kira-kira 1/2 masak
6.setelah 1/2 masak lumurkan ayam dengan kuah percik
7.bakar semula ayam sehingga benar-benar masak
8.setelah ayam masak lumurkan sekali lagi dengan lebihan kuah percik
9.sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MENCUBA

Sema Tarik Kelantan

Peralatan:

2 batang buluh (sederhana panjang dan leper)
1 biji biji periuk tembaga
1 periuk biasa(kecil)
1 biji pengayak
1 biji besen sederhana diisi air
1 helai kertas minyak
1 biji kuali
1 senduk kayu



bahan-bahan:

2 keping gula kelapa/gula gerek
1 kg tepung gandum
1 mangkuk sedang air
1 botol kecil minyak jagung
Cara:
Goreng tepung gandum sehingga naik bau harum kekuningan, angkat dan ayak ke dalam bekas.Masukkan air dlam periuk biasa(kecil) dan masak dgn gula kelapa sehingga gula cair dan berbuih.Ambil 1 batang buluh dan celup ke gula yang mendidih, angkat dan lihat sama ada gula agak bersarang apabila terkena udara, maka ia sedia diangkt. Kecilkan api, masukkan 1-2 titik minyak jagung ke dalam periuk tembaga, sapu sehingga rata, kemudian tuang adunan didih td.Biar dan lenggang sehingga agak kelihatan beku, sapu minyak pada 2 batang buluh td, dan angkat dengan menggunakan 2 batang buluh, kemudian tarik gula sehingga kelihatan keemasan. Panaskan tepung yang telah digoreng jangan sampai hangit, kemudian ayak atas kertas minyak, gula yang ditari-tarik td, diletak di atas tepung yang diayak atak kertas minyak td. Kemudian tarik- tarik gula td di atas tepung, dan selang seli ditabur tepung gandum panas seperti cara membuat mi wantan. Tarik gula sehingga kelihatan teksturnya halus dan kelihatan seperti bihun, sedia dihidangkan.

Cadangan Hidangan:
Bolehlah disimpun, sebesar ibu jari atau dipotong-potong sederhana panjang.

Tambahan:
Cara membuat memerlukan masa yang tepat,tangan yang tahan panas dan pantas supaya gula tidak cepat sejuk dan berketul.

Tuesday, August 24, 2010

Sira Labu (Pengat Labu)

Bahan2 :

1500 gm labu manis
2 cawan gula
1 1/4 cawan air
1/2 camca teh garam


Cara2 memasak:
1. rendam labu dlm air kapur (kapur makan yg org tua-tua mkn dengan sirih zaman dulu-dulu tu). Rendam lebih kurang 1/2 jam. Toskan air.

2. susun daun pandan di dalam periuk. kemudian susun pula labu taburkan gula selapis demi selapis sampai habis (kalau boleh guna periuk yg tebal)

3. masukan air

4. masak dg menggunakan api sedang . setelah nampak gula hancur cair dr kepingan labu terbalikkan secara perlahan untuk mengelak dripada hancur. masak lagi hingga air gula jadi pekat, baru padam api setelah sejuk hidangkan. atau pun simpan dlm peti sejuk dulu. lagi sedap.

Lada Jeruk

bahan-bahan :

10 biji lada besar warna hijau muda atau hijau gelap
garam (ikut citarasa)
dua sudu gula (ikut citarasa)
setengah cawan cuka (ikut citarasa)


cara2nya :

lada besar warna hijau dipotong bulat dan bersihkan.
rendam dalam air garam dalam 10 minit dan toskan.
masukkan dlm bekas dan bubuh cuka, garam dan gula.
biarkan sehingga 3 hari dan boleh dimakan bersama mee celup, mee goreng dan sebagainya.
lada jeruk ni mesti ader rasa masin, manis dan masam, ikut citarasa masing2.
selamat mencuba

Murtabak Daging

BAHAN2:

1) Bahan untuk kulit murtabak:

600 gm tepung gandum
1 camt garam
1 camt gula halus
2 biji telur - dipukul
125 ml susu segar
125-130 ml air
3-4 camb minyak
3-4 camb minyak sapi
minyak sapi untuk menggoreng

2) Bahan untuk inti murtabak:

2 sb minyak
2 biji bawang besar - dicincang halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
400 gm daging/ayam - dicincang halus
1-2 sb rempah kari
1-2 sb sos tomato
1-2 tangkai cili hijau - dipotong kecil (ikut citarasa)
air secukupnya
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
5-6 biji telur - dipukul


CARA2:

1) Cara membuat kulit murtabak:

Gaulkan tiga bahan pertama.
Masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
Uli selama 10 min hingga licin dan lembut.
Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan air kemudian uli lagi.
Bahagikan 7 atau 8 bebola.
Letak dalam mangkuk.
Lumur dengan minyak dan minyak sapi.
Tutup dengan tuala lembab.
Biar 6-8 jam (semalaman)

2) Cara membuat inti murtabak:

Panaskan minyak.
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging dan rempah, kacau hingga separuh masak.
Bubuh sos tomato, cili hijau dan sedikit air.
Masak dan kacau hingga daging empuk.
Tambah serbuk lada hitam dan garam.
Angkat dan biar sejuk.
Ambil sedikit lauk, gaulkan dengan sedikit telur anggaran lembab.
Seelok-eloknya, campur untuk sukatan satu murtabak saja pada satu masa.

3) Cara membuat murtabak daging/ayam:

Ambil satu doh yang telah diuli tadi.
Nipiskan doh tersebut dan letakkan di atas kuali leper (pastikan tidak terkoyak).
Sudukan inti dan lipat 4 untuk membungkus inti tadi.
Bila bahagian bawahnya keperangan, baru direnjiskan minyak sapi kemudian terbalikkan.
Pastikan api perlahan agar ia masak elok.

Tips: Kalau nak makan cepat, guna saja kulit popia pun boleh sebagai kulit murtabak.

Serawa Durian

Bahan Pulut:-
1 kg pulut, rendam 30 minit
1 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul
Air secukupnya

Bahan Kuah Serawa:-
1 biji durian
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir (manis ikut tekak masing2)
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1300 ml santan
1/2 camca teh garam
1 camca besar tepung gandum + 1/2 cawan air (digaul sebati)


Cara membuatnya:-

UNTUK PULUT:-
Panaskan kukusan. Toskan pulut yang direndam tadi, masukkan dalam loyang atau bekas yang muat untuk dimasukkan dalam kukusan. Tuang santan cair, masukkan garam, daun pandan dan tuang air sehingga sama paras dengan pulut. Kukus 20 minit, kemudian, gaul pulut tadi dan kukus lagi 15 minit hingga pulut masak.

UNTUK KUAH SERAWA:-
Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 1/2 cawan air hingga mendidih dan gula larut, tapis air gula ke dalam periuk. Masukkan durian, daun pandan, garam dan santan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana. Rasa kuahnya jika kurang manis tambah gula mengikut kesesuaian. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan gaul rata. Masak hingga kuah pekat. Boleh dihidangkan bersama pulut tadi.

Kuih Cara

Bahan2:
120g tepung gandum
1 biji telur
200ml air pandan (Daun pandan kita blend dgn air. Tapis dan ambil airnya)
50ml santan pekat
2 tbsp gula
Minyak masak

Inti:
Gula secukupnya


Cara2:
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama gula.
2. Masukkan telur dan santan dan gaul rata.
3. Masukkan air pandan dan gaul sebati. Adunan mestilah sedikit cair.
4. Untuk dapat adunan yang betul-betul sesuai, tapis adunan agar tidak berbintil-bintil.
5. Panaskan acuan yang disaput dengan sedikit minyak masak.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan masukkan suku sudu teh gula sebagai inti.
7. Tutup dengan tudung periuk. Masak menggunakan api kecil untuk 10 minit. Angkat tunggu sejuk dulu. Kalau tak sabar, gigit2 je boleh terbakar lidah sebab inti gula yg panas.

Tepung Laksam

Bahan2:

3 cawan tepung beras
6 sudu besar tepung jagung
6 cawan air
sedikit garam


Cara2:

1. Campur semua bahan dan gaul sebati
2. Perap dlm setengah jam
4. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api
5. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)

6. Letak pinggan tu dalam periuk kukusan
7. Tuang 2 senduk
8. Kukus sampai keras
9. keluarkan dan tunggu suam terus gulung

Kuih Kosu

Bahan2:

2 setengah cawan air
1 cawan gula
2 helai daun pandan disimpul
1 1/4 cawan tepung beras
setengah cawan tepung ubi
beberapa titik perisa ros
pewarna merah, kuning dan hijau
kelapa parut dibubuh sedikit garam


Cara2:

1. Panaskan air dalam kukusan.
2. Gula + air + daun pandan dimasak hingga gula larut. Tutup api dan sejukkan.
3. Campurkan kesemua bahan *nak senang masukkan kesemua bahan yang dibancuh dalam balang blender jus dan putar sekejap bagi sebati*
4. Bahagikan kepada 4 bahagian (* satu bahagian ditinggalkan untuk warna ori putih*), lain2 boh la pewarna.
5. Sedia untuk dikukus.

**sedap dimakan dengan kelapa parut.

Siro Pise (Pengat Pisang)

Baham-bahan:

1 ulas pisang tanduk
6 sudu gula
secubit garam
2 helai daun pandan
1 cawna air
sedikit pewarna kuning


cara2:

- pisang dihiris
- Campur semua bahan tadi dalam periuk
- jerang/didihkan atas dapur dan kacau supaya gula dan pewarna kuning bercampur rata
- biarkan hingga gelegak.
- boleh hidang dan makan..

Sambal Putik Pauh Ikan Selayang

Bahan-bahan:
2 biji putik pauh atau mangga muda
2 ekor ikan selayang rebus atau kukus atau bakar
5 butir cili api
garam secukup rasa



cara2:
cincang putik pauh
tumbuk cili api dan campurkan garam, tumbuk sampai hancur.
Maukkan buah pauh dengan ikan
tumbuk sampai hancur dan sebati.

Hidangan bersama nasi panas dan budu

Monday, August 23, 2010

Jeruk Bawang Putih

Bahan-bahannya

1. 20 labu bawang putih, jangan ceraikan/kupaskan. Buang kulit yang sudah
terkupas. Bersih dan toskan.Kalau rajin, kukuskan bawang putih sehingga agak
lembut (boleh dicucuk dengan garpu)
2. 1 cawan cuka
3. 2 cawan air
4. setengah cawan gula pasir
5. 5 sudu makan garam



Cara:
1. Masak air, cuka, gula dan garam hingga mendidih
2. Masukkan bawang putih dan masak hingga didih sekali lagi + another 5-10
minutes. Kalau sudah dikukus, masak hingga didih sahaja.
3. Sejukkan (betul betul sejuk)
4. Masukkan dalam telap yang tidak kedap udara (
5. Boleh simpan dalam fridge (tahan 2 bulan) atau kalau bukan dalam fridge,
tahan 2-3 minggu. Ambil gunakan sudu.

Resipi masakan singgah di sini selalu ya