Wednesday, September 1, 2010

Kerabu Daging

Bahannya:

daging
1/2 btg timun batang
2 btg serai
1 btg bunga kantan
2 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
3 biji lada (nak pedas bubuh lebih)
gula
2 sudu besar kicap sotong
air limau nipis
ulam2 lain



cara penyediaan:

-daging dipotong besar-besar dan direbus sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.(airnya simpan lebih kurang 3 sudu laa, takleh banyak nanti tak sedap)
- pastu ambil daging dan potong kecil-kecil dan nipis.
- timun batang, serai, bunga kantan, bawang putih, bwg merah, lado dan segala ulam-ulaman lain dihiris halus.
- bubuh dlm mangkuk, ambik air rebusan daging yg tinggal sedikit td, campurkan dengan daging yg dihiris dan segala ulam2 td..
- bubuh kicap sotong, gula skit, dan perah air limau nipis. rasa la dulu. awas! kicap sotong tu masin dah, jgn buh garam..
- gaulkan semuanya skali sehingga sebati
-selamat mencuba..

petua : kalau daging keras, nk cepat empuk, bubuh sudu besi dlm periuk rebusan daging. pastikan sudu dibasuh bersih terlebih dahulu...

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya