Saturday, August 28, 2010

Pauh Dilayang

Kuih pauh dilayang merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula. Ia dibentuk menjadi kepingan rata tiga atau empat persegi, sebelum dibentuk seperti kelopak bunga, menurut cita rasa pembuatnya.
Kuih pauh dilayang agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan. Baki putih telur yang digunakan biasanya digunakan bagi membuat kuih tahi itik.

Bahan-Bahan:
15 biji telur
600 gm gula
4 camca tepung gandum 3 helai daun pandan
4 cawan air



Cara:
Putar telur hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung ke dalam telur dan gaul rata-rata. Setelah itu, kukus adunan dalam loyang empat persegi hingga masak.Masak gula, air dan daun pandan hingga mendidih dan pekat. Angkat dan sejukkan. Pauh yang telah masak tadi sejukkan. Kemudian dipotong nipis-nipis dan direndam di dalam air gula. Biarkan sampai kembang, barulah diangkat dan toskan sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya