Friday, August 27, 2010

Pizza Daging Kambing

Bahan-bahan:

Doh:
½ bungkus (1 sudu teh) yis kering
1 sudu teh gula
2 sudu makan susu
5 cawan tepung gandum
4 sudu makan mentega pada suhu bilik
2 biji telur – pukul ringan
1 sudu teh garam

Topping:
2 sudu makan minyak zaitun
1 bawang besar, cincang
8 oz. daging kambing cincang/kisar
1 genggam daun parsley, cincang
1 biji kuning telur, yang putih tidak diperlukan
1 sudu makan mentega, cairkan

Cara penyediaan:

Kulit Pizza:

Satukan yis, gula dan susu did lam sebuah mangkuk kecil. Biarkan selama 10 minit untuk yis bertindakbalas.

Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar dan buat lubangdi tengah-tengahnya. Tuangkan yis tadi dan masukkan mentega dan telur. Gaul rata menjadi doh. Keluarkan doh dan letakan di atas permukaan meja rata yang telah ditaburi tepung. Gunakan tangan untuk menguli doh selam 10 minit atau sehinggan doh menjadi lembut. Masukkan semula ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap. Ketepikan selama sejam supaya doh kembang.

Bahagikan adunan doh kepada bebola sebesar bola golf. Letakkan bola doh di atas permukaan kertas lapik biskut yang telah ditaburi tepung. Gunakan tangan untuk meleperkan doh menjadi bulat setebal ½ inci.

Topping:
Panaskan minyak zaitun di dalam periuk leper atas api sederhana. Tumis bawang besar selama 5 minit. Masukkan daging dan masak selama 5 minit lagi, kacau sentiasa. Masukkan daun parsley.

Panaskan ketuhar pada suhu 450ºF.

Ratakan bahan topping setebal ½ inci pada bahagian tengah permukaan setiap lapisan doh. Lipat sedikit sekeliling doh anggaran ¼ inci ke tengah untuk membina tembok kulit pizza. Ketepikan selama ½ jam untuk kulit pizza naik lagi.

Gunakan berus pastry untuk menyapu kuning telur pada bahagian tepi kulit pizza.

Masukkan setiap keping pizza yang telah siap ke dalam ketuhar dan bakar sehingga masak dengan warna keemasan anggaran selama 5-10 minit.

Setelah masak, berus mentega cair dengan nipis.

Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
- Jika suka makan pizza dengan kulit lembut, masukkan pizza ke dalam periuk bertutup selam 5 minit sebelum dihidangkan.
- Jika suka makan kulit pizza yang garing, terus hidangkan setelah keluar dari ketuhar.

1 comment:

  1. Kalau masak guna microwave yg takde function grill bleh jadi ke ni?..

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya