Wednesday, August 25, 2010

Soo Hoon Goreng Seafood

Bahan-bahannya

1. 300gm soohoon
2. 4 biji bawang putih(ditumbuk)
3. 4 biji bawang merah(ditumbuk)
4. 4 biji lada kecil(dipotong kecil)
5. 1/2 inci halia(ditumbuk)
6. 1 batang lobak (dipotong halus)
7. sedikit sayur sawi
8. 1 sudu makan cili kisar
9. 1 sudu makan sos tiram
10. 1 sudu makan sos cili
11. 1 sudu makan kicap manis
12. Garam dan gula secukup rasa
13. Sedikit isi ayam(dipotong kecil)
14. Sedikit sotong(dipotong kecil)
15. Beberapa ekor udang besar(digoreng sedikit lebih kurang separuh masak)
16. Sedikit daun bawang dan daun sup(dipotong kecil)
17. Sedikit air

Cara-cara menyediakannya

1. Rendam soohoon sehingga lembut.
2. Tumis bawang putih,bawang merah dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar,sos cili,kicap,sos tiram.
4. Kemudian masukkan isi ayam,sotong dan udang.
5. Masukkan pula sawi dan lobak.
6. Masukkan gula dan garam dan tambahkan sedikit air.
7. Apabila lobak sedikit lembut masukkan pula soohoon dan gaul hingga rata.
8. Tambahkan cili kecil dan gaul seketika lagi.
9. Matikan api dan taburkan daun bawang dan daun sup.
10. Sedia untuk dihidangkan.

1 comment:

  1. Hi, nampak sedap. Tadi I cuba masak, soo hoon I menjadi lekat bila masuk kuali selepas beberapa saat. I cuba asing kan pon tak jadi. You ada tak problem soo hoon melekat menjadi macam ketulan besar ?

    Terima kasih

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya