Friday, August 27, 2010

Spaghetti Lala Bercili dan Resepi Spaghetti Daging Tomato

Resepi Spaghetti Daging Tomato

Bahan-Bahan:

½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato
250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa


Cara:

Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya.

Panaskan periuk dan cairkan mentega.
Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk.
Kemudian masukkan bawang besar dan kacau.
Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati.
Masukkan tomato puri dan kacau rata.
Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air.
Biar hingga mendidih.
Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan.
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.

Tambahan:
Minyak zaitun juga boleh digunakan bagi mengelakkan spaghetti daripada melekat. Caranya apabila spaghetti sudah ditoskan airnya, ambil sedikit minyak zaitun dan masukkan ke dalam spaghetti dan ratakan hingga kena pada semua spaghetti.

Spaghetti Lala Bercili

Bahan-bahan:

250 gram Spaghetti lidi, rebus ikut arahan pada bungkusan
1 kg lala
10 tangkai cili api – hiris nipis
180 gram susu sejat
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 cawan daun selasih Thai
4 sudu makan minyak zaitun
Garam dan serbuk lada secukup rasa


Cara Penyediaan:

Masukkan lala ke dalam kuali dan tutup. Panaskan hingga masak.
Setelah masak, alihkan lala ke dalam mangkuk, asing dan simpan patinya.
Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali dan panaskan. Masukkan bawang putih dan cili api. Tumis hingga naik bau.
Masukkan pati lala dan susu sejat. Kacau dan didihkan perlahan-lahan.
Masukkan lala, daun selasih, garam dan serbuk lada secukup rasa. Kacau rata dan tutup api.
Masukkan spaghetti dan gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya