Monday, September 6, 2010

Resipi Kuzi Ayam atau Ayam Kuzi

Resipi Kuzi Ayam atau Ayam Kuzi, sangat menyelerakan. Nisbah susu cair dan tomato puri menjadi sandaran pada resipi ini. Boleh juga ditukarkan dari ayam kepada daging lembu kuzi atau kambing kuzi.

Bahan Sos
1 tin susu cair
5 biji tomato atau 1/2 tin tomato puri
1 sudu kacang tanah
1 sudu zafaran
3 biji buah keras

Bahan Tumis/Kisar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai
15 tangkai cili kering atau 5 sudu cili boh
2 biji buah keras

Bahan Peram Ayam
1 tangkai serai
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu garam
1/2 ekor ayam
sesudu zaafaran
*Jika buat kuzi lembu atau kuzi kambing, abaikan langkah ini

Bahan Rempah Kuzi:
1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
1 biji cabai
2 kelopak bunga lawang
1 hiris buah pala
1 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
(kalau susah sangat, guna rempah kuzi segera je)

Bahan hiasan
1/2 cawan kacang badam dihiris
1/2 cawan kismis
1 cawan bawang goreng
1 tangkai cili merah dihiris

Cara membuatnya:
1. Blender semua bahan rempah dan satukan dengan setengah cawan air

2. Peram ayam dengan serai, halia, zafaran, bawang putih dan garam. (Gaul rata ya)
*Jika buat kuzi lembu atau kuzi kambing, abaikan langkah ini

3. Bahan tumis ditumbuk atau dikisar terlebih dahulu dan asingkan

4. Kisar semua bahan sos dan susu cair 1/2 tin. 

6. Goreng ayam yang telah diperap. Dah siap angkat letak tepi dulu.
*Jika buat kuzi lembu atau kuzi kambing, abaikan langkah ini

7. Dengan minyak goreng ayam tadi, tumis bahan tumis sampai naik bau dan bawang layu

8. Kemudian baru masuk rempah kuzi. Tumis sampai naik bau.
*Jika buat kuzi lembu atau kuzi kambing, masukkan daging pada langkah ini.

9. Masukkan bahan sos 

10. Perasakan dengan garam dan ajinomoto

11. Tuang cuka sikit

12. Masukkan ayam, hirisan cili merah, badam, bawang goreng dan kismis. Masak sebentar sampai sebati.
Jika masak kuzi lembu atau kuzi kambing, masak sehingga daging empuk. Apabila daging sudah empuk, barulah masukkan badam, hirisan cili merah, bawang goreng dan kismis.

13. Dah pun siap. Perahkan dengan asam limau nipis jika suka.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya