Friday, September 3, 2010

Biskut Makmur

Biskut Makmur

Bahan Doh/Kulit
500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]
Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus (maklang guna susu pekat sesedap rasa utk menggantikan gula)
Gula icing [untuk salut kuih]

Cara
1. Gaulkan semua bahan doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.


Cara / Teknik Kedua

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )

1 tin kecil Ghee ( cairkan )
5-6 sudu makan gula halus
5-6 sudu makan susu tepung
100 gram kacang tanah ( goreng & kisar )
tepung secukupnya ( goreng tepung tanpa minyak hingga sedikit kekuningan )
*Hiasan:
100 gram gula halus
100 gram susu tepung
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara

1.Campurkan ghee cair , gula , kacang kisar dan susu tepung.Gaul sebati.
2.Kemudian,masukkan tepung secukupnya sehingga tidak melekat pada tangan.
3.Bentukkan doh menjadi bola-bola kecil.
4.Susunkan di atas loyang dan bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 10 hingga 15 minit.
5.Setelah biskut masak,salutkan biskut dengan gula dan susu tepung.
Klik untuk isi cara-cara di sini

2 comments:

  1. haish.... biskut makmur nie memang enak dimakan begitu sajeee

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya