Monday, September 6, 2010

Resipi Mee Rubus Haji Wahid Ceria

RESIPI MEE REBUS HAJI WAHID TERBONGKAR

Bahan-bahannya
3 paket mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
2 ketul kiub pati lembu
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. 

2. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing.

3. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
1. Rebus ubi keledek, kemudian buang kulitnya. Rebuskan juga daging bersama kiub pati lembu dalam periuk berasingan dengan dua cawan air.

2. Kisar keledek, rebusan daging bersama air rebusan dan taucu yang telah dicuci. Asingkan dalam mangkuk pertama.
Kisar pula bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, halia dan udang kering.

3. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai yang telah dititik. Kemudian tumis lengkuas, bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. 

4. Masukkan rempah kari kacau rata

5. kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. Masak sampai mendidih. Tambahkan hanya 2 cawan air. Kita tambahkan air rebusan ketam. Kalau nak bajet, air rebusan daging tu pun boleh

Cara untuk menghidang
1. Goreng tauhu, kemudian kerat empat atau 6 atau 8.

2. Inilah rupanya sebelum dihidangkan. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

3. Mee rebus yang sedap dan lazat
SELAMAT MENCUBA

***atas permintaan, gambar cara memasak telah diletakkan di sini pada 10 Disember 2013.

18 comments:

  1. Salam, kak. Boleh terangkan detail tak macam mana nak goreng Tepung Udang Kering tu? nak kena buat mcam jemput2 ke?

    ReplyDelete
  2. Sya dh pernah cuba resepi, mmg sedap & superb!! Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. resepi yang mana satu yg wardina dah cuba? sebab saya tengah mencari resepi mee rebus yang sedap untuk dimasak. http://aziejaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. terbaik lah resepi ni...sy dh cb mmg sedap..

    ReplyDelete
  5. Dah cuba! Resepi Mee Rebus Hj Wahid memang ada class. Digabungkan lagi dengan air rebusan ketam...5 Star jadinya. Tak percaya ..anda cuba sendiri!

    ReplyDelete
  6. salah ni ni bukan MEE REBUS HAJI WAHID mee haji wahid lagi kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia lebihkan kunyit

      Delete
  7. Replies
    1. jangan risau, tak ada hak cipta, nak makan pun tak kan ada hak cipta kan? hehe

      Delete
  8. Salam. Kalau saya pakai tauchu dalam balang tu boleh ke?

    ReplyDelete
  9. Akhirnya dpt gak resepi mee rebus Hj wahid ni, Tak pyh pergi JB.

    ReplyDelete
  10. Best in the world. Grew up with mee rebus.

    ReplyDelete
  11. Apa itu tauchu..mkin klau d sabah lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang soya yang diperam

      Delete
  12. At last dapat jugak resepi ni. Everytime teringin terpaksa kirim orog balik JB. Dah try sendiri seme tak menjadi. Rasa macam mee kari. Will try this one. Sapa tak cuba rugi. Ini mee terfamous di JB. Dulu di panggil Mee Baidali. Kecik2 dulu depan mata tak heran. Dah jauh mengidam2 pulak.
    Tepung udang kering tu org johor panggil pendaram. Boleh juga di goreng leper dan besar after that cut into small pieces. Teknik frying tu yg penting. Tabur daun kucai and lada hijau, renjis kicap manis and perah limau baru original.

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya