Saturday, November 27, 2010

Ayam Tandoori

AYAM TANDOORI

Bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori MAGGI
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam

Cara
Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 atau 2 jam.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan suhu 220'C selama 1 jam.
Bila dan masak lumurkan butter supaya nampak berkilat.

Resipi Ayam Tandoori Goreng

bahan kisar 1:
1 biji bawang besar/3 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
2 biji limau nipis – ambil jus
1 sk garam
1 sk serbuk kunyit
2 sk serbuk cili
150g natural yogurt
1/2 sk pewarna merah-kite tak guna
sedikit gula
bahan kisar 2:
3 biji cili kering
11/2 sk biji sawi-kite tak guna
1 sk halba
3 sk biji ketumbar – goreng tanpa minyak utk kasi naik bau
11/2 sk jintan putih – goreng tanpa minyak utk kasi naik bau
bahan lain untuk goreng
5 sb tepung goreng ayam-kite guna tepung tempura ready made
2 sb tepung beras pulut
Gaul semua bahan kisar 1, 2 dan bahan lain untuk goreng dan perap selama1 jam.
Goreng dalam minyak panas sehingga garing.
Toskan minyak dan siap untuk dihidang.
p.s Jika guna paste ready made tandoori, boleh skip penyediaan bahan kisar 1 dan 2 dan terus perap dengan paste ready made tersebut dan bahan lain untuk goreng.

Nasi Arab

Bahan-bahan ( 3 orang )

6 ketul ayam
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar - di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.

Cara lainnya:
Resipi Nasi Arab

1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan
tumis 5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara

Panaskan minyak sapi dan minyak.
Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air.
Kacau rata. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam.
Biarkan mendideh.
Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis.
Tutup sebentar.
Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori. Resipi ayam tandoori di sini http://ceria-resipi.blogspot.com/2010/11/ayam-tandoori.html

Wednesday, November 3, 2010

Ikan Masak Lemak Cili Api

Ikan Pari Masak Lemak Cili Api

Bahan- bahan yang diperlukan ialah
ikan pari,
santan,
garam,
perasa,
asam keping,
minyak untuk menumis,

bahan kisar : kunyit hidup, bawang putih ( jika suka), bawang merah, cili padi ( masukkan lebih jika mahu tekak anda terbakar dan telinga anda berasap ya).

Cara-caranya:
1. Ikan pari perlu dibersihkan dan direndamkan sebentar dengan asam limau dan garam untuk membuang bau hanyir. Kemudian taburkan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu gaulkan. Kemudian digoreng
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Boleh gunakan minyak lebihan goreng ikan pari tadi ya. Tidak berdosa pun. Malah dapat menjimatkan. Daripada terus dibuang , elok Mina manfaatkan. Lagipun minyak yang kerap di recycle sangat membahayakan kesihatan. Apabila minyak sudah panas, sila masukkan bahan kisar tadi. Kacau hingga garing.
3. Kemudian, masukkan santan dan kacau. Jika santan itu terlalu pekat, bolehlah ditambahkan sedikit air ya. Tetapi pembaca sekali, sekarang ini harga santan sudah melambung naik. Kualiti santan pun tidak seperti dahulu. Cair bair sebab mungkin sudah dicampur air. Oleh itu, jika santan yang anda beli sudah maklum kecairannya, maka tidak usahlan anda memandai-mandai hendak menambah air lagi ya. Kerana masakan ini adalah jenis pekat dan kering.
4. Apabila kuah sudah mendidih, sila masukkan ikan pari goreng, garam, perasa dan asam keping.
5. Keringkan kuahnya dan akhir sekali, sila rasa tahap kemasinan yang diingini oleh anda. Kemudian, boleh padam api dapur.

Tambahan:
- saya suka guna santan pekat sahaja tanpa perlu santan cair. nak senang, agak2lah camner pekatnya ikut citarasa anda. pada saya, lebih pekat kuah, lebih umpph..sebab kat situlah terasa lemaknya kuah tersebut.

- kunyit hidup tu pula, saiznya cukup2 untuk menguningkan kuah (biasanya kunyit agak tua sedikit yang digunakan) atau lihat banyak mana cili api tu digunakan. kalau terlebih kunyit, kuah akan terasa maung. Kalau anda dapati warna kuning kuah tu pucat aje, bolehlah tambah sedikit serbuk kunyit, itupun jika suka

-lada hijau boleh diganti dengan lada merah ( saya lebih suka guna lada hijau)

-besar atau kecil asam keping tu bergantung pada kuantiti ikan tenggiri tersebut dan kuantiti belahan tomato. Tetapi jika anda tak suka letak belahan tomato, terserah.

- kalau asam keping terlalu banyak atau besar sangat dan belahan tomato terlalu banyak, kuah akan terasa masam sedikit. Kiranya kena pandai agaklah ni

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

1 ekor ikan dipotong
2 ulas bawang putih-dikisar
1 biji bawang besar-saiz sederhana-dikisar
1 biji cili merah-dikisar
6 biji cili api-dikisar
2 batang serai diketuk
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 cwn santan pekat
2 cawan air
garam, gula

Cara-cara
Campur semua bahan dalam periuk kecuali ikan dan asam keping.
Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan dan asam keping. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sehingga ikan masak. Kacau sekali skala.
Perasakan dengan garam dan gula. Boleh tmbh pati ikan knorr jika suka.
Biarkan mendidih. Bila ikan hampir masak, masukkan timun dan cili yg dipotong jika suka. Siap.

Ubi Kayu Rebus di goreng

Selepas dikupas kulit ubi kayu masukkan ke dalam periuk. Masukkan air sekali kerana kita akan merebus ubi kayu tersebut hingga empuk. Semasa merebus, sila masukkan garam ya. Ikutlah tahap kesukaan anda pada rasa kemasinan itu.

Selepas rebus ubi, toskan ubi dan ubi itu perlulah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
Selepas itu, bolehlah dipanaskan minyak dan apabila minyak sudah panas, sila masukkan sedikit demi sedikit ubi kayu rebus yang telah dipotong tadi.

Goreng hingga garing dan warnya keemasan menyilau pandangan. Kemudian angkat dan toskan. Perlu digoreng dengan tahap api yang sederhana ya. Ingat tu!!

Beginilah keadaannya hasil gorengan ubi kayu atau sinkong bak kata orang Indonesia. Ubi kayu ni memang banyak khasiatnya,

Ubi Kayu Goreng Sedap ini rasanya sangat enak kerana ianya lembut di dalam dan garing di luar. Ditambah lagi dengan rasa ubinya yang lemak masin akan membuat anda ingin mengunyah tanpa henti

Daging Masak Asam Ketumbar

Bahan-bahan lazim yang diperlukan ialah
daging,
bahan kisar ---> halia, bawang putih, bawang merah, ketumbar, jintan halus, jintan kasar, lada hitam ( semuanya dalam kuantiti yang sedikit),
bahan hiris ---> bawang besar, lada merah, lada hijau , cili padi (jika mahu pedas tambah lebih),
air asam jawa,
serbuk perasa,
garam dan minyak untuk menumis.

Caranya
1. Daging yang telah dihiris itu perlu direbus dahulu untuk memudahkan kerja-kerja memasak nanti ya.

2. Kemudian, gaulkan daging yang sudah empuk itu dengan garam dan kunyit.

3. Panaskan sedikit minyak dan bolehlah dimasukkan daging itu ke dalam kuali dan goreng hingga sedikit garing tetapi jangan terlalu garing ya.

4. Daging sudah digoreng diperah air asam jawa

5. Dengan menggunakan baki minyak menggoreng daging tadi, sila masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga garing dan berbau harum. Bukan berbau hangit ya. Ingat tu!!

6. Kemudian masukkan pula bahan hiris tadi dan gaul.

7. Kemudian, masukkan pula air asam jawa. Kalau nak berkuah, masukkan air sedikit lagi. Tapi Mina lebih suka masakan ini kelihatan kering-kering sahaja.

8. Masukkan pula daging goreng tadi.

9. Masukkan serbuk perasa dan garam. Kemudian gaul rata hingga sebati. Selepas itu, rasalah tahap kemasinan yang anda inginkan. Jika ingin tahap kemasinan yang boleh mencapai kepada sakit darah tinggi, sila masukkan garam secara berlebihan ya.

Kari Ketam Berserai

Bahan-bahan:

Ketam 4 ekor dibelah dua (saiz besar)
Rempah kari ketam 1 bungkus
kunyit (sedikit) (dikisar)
Bawang putih 2 ulas (dikisar)
Bawang besar sebiji (dikisar)
Serai sebatang (dititik)
Santan RM1
Bahan-bahan yang dikisar mestilah digaul bersama rempah kari ketam.

Caranya:

Panaskan periuk. Masukkan minyak untuk menumis. Tumis bahan-bahan kisar yang sudah digaul dan serai yang sudah dititik hingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau. Masukkan ketam. Masukkan santan. kacau. Jika perlu masukkan air lagi. Kuahnya mestilah separas ketam sahaja. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Tunggu hingga kuah mendidih. Kacau. Hidangan sudah sedia untuk dimakan.

Masakan ini sesuai untuk dimakan dengan nasi putih bersama ulam dan sambal belacan. Emak mertua lalu, sudah pasti anda tidak sedar. selamat mencuba!!

Ketam Masak Kam Heong

Bahan A
100grm bawang merah
30grm serai
30grm lengkuas
1 sudu teh serbuk kunyit
10grm cili kering
10grm udang kering
(kesemua bahan A dikisar)

Bahan B
Bawang besar
Serai
Bunga Kantan
Cili padi
Daun Kari3 sudu sos tomato
1 sudu sos cili (seafood sos)
½ sudu sos plum
Santan
Garam
Air Masak (stok sup ayam)
Minyak masak

Cara-caranya
1. Tuangkan sedikit minyak masak untuk menumis. Setelah minyak panas,
tumiskan bahan A yang telah dikisar.(bawang merah, serai, lengkuas,
kunyit, cili kering & udang kering)
2. Setelah bahan-bahan yang ditumis berbau wangi, masukkan pula bahan B
(bawang besar, serai, bunga kantan, cili padi & daun kari)
3. Setelah bahan-bahan yang ditumis cukup masak dan garing, bolehlah
dituangkan sup air ayam(chicken stok)
4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili(sos seafood), sos plum, garam.
5. Akhir sekali masukkan santan untuk membangkitkan rasa yang lebih
lemak ke dalam masakan.
6. Setelah masakan masak, angkat & hidangkan.

Ketam Masak Petai

BAHAN-BAHAN

1. Ketam Bunga 3 ekor
2. Petai (separuh dikisar bersama bahan dibawah)
3. Tepung jagung
4. Garam, gula, perasa
5. Serai
6. Bawang merah
7. Bawang putih
8. Halia
9. Cili padi
10. Daun ketumbar

CARA-CARA
Bahan 6 hingga 10 Dikisar bersama
1. Perapkan ketam dgn tepung jagung dan goreng
2. Tumiskan bahan-bahan yg dikisar hingga naik bau
3. Masukkan gula, garam dan perasa, kicap pekat dan kicap cair.
4. Masukkan ketam ke dalam bahan yg ditumis td dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan lebihan petai dan tunggu hingga masak.

Resipi masakan singgah di sini selalu ya