Wednesday, November 3, 2010

Ikan Masak Lemak Cili Api

Ikan Pari Masak Lemak Cili Api

Bahan- bahan yang diperlukan ialah
ikan pari,
santan,
garam,
perasa,
asam keping,
minyak untuk menumis,

bahan kisar : kunyit hidup, bawang putih ( jika suka), bawang merah, cili padi ( masukkan lebih jika mahu tekak anda terbakar dan telinga anda berasap ya).

Cara-caranya:
1. Ikan pari perlu dibersihkan dan direndamkan sebentar dengan asam limau dan garam untuk membuang bau hanyir. Kemudian taburkan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu gaulkan. Kemudian digoreng
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Boleh gunakan minyak lebihan goreng ikan pari tadi ya. Tidak berdosa pun. Malah dapat menjimatkan. Daripada terus dibuang , elok Mina manfaatkan. Lagipun minyak yang kerap di recycle sangat membahayakan kesihatan. Apabila minyak sudah panas, sila masukkan bahan kisar tadi. Kacau hingga garing.
3. Kemudian, masukkan santan dan kacau. Jika santan itu terlalu pekat, bolehlah ditambahkan sedikit air ya. Tetapi pembaca sekali, sekarang ini harga santan sudah melambung naik. Kualiti santan pun tidak seperti dahulu. Cair bair sebab mungkin sudah dicampur air. Oleh itu, jika santan yang anda beli sudah maklum kecairannya, maka tidak usahlan anda memandai-mandai hendak menambah air lagi ya. Kerana masakan ini adalah jenis pekat dan kering.
4. Apabila kuah sudah mendidih, sila masukkan ikan pari goreng, garam, perasa dan asam keping.
5. Keringkan kuahnya dan akhir sekali, sila rasa tahap kemasinan yang diingini oleh anda. Kemudian, boleh padam api dapur.

Tambahan:
- saya suka guna santan pekat sahaja tanpa perlu santan cair. nak senang, agak2lah camner pekatnya ikut citarasa anda. pada saya, lebih pekat kuah, lebih umpph..sebab kat situlah terasa lemaknya kuah tersebut.

- kunyit hidup tu pula, saiznya cukup2 untuk menguningkan kuah (biasanya kunyit agak tua sedikit yang digunakan) atau lihat banyak mana cili api tu digunakan. kalau terlebih kunyit, kuah akan terasa maung. Kalau anda dapati warna kuning kuah tu pucat aje, bolehlah tambah sedikit serbuk kunyit, itupun jika suka

-lada hijau boleh diganti dengan lada merah ( saya lebih suka guna lada hijau)

-besar atau kecil asam keping tu bergantung pada kuantiti ikan tenggiri tersebut dan kuantiti belahan tomato. Tetapi jika anda tak suka letak belahan tomato, terserah.

- kalau asam keping terlalu banyak atau besar sangat dan belahan tomato terlalu banyak, kuah akan terasa masam sedikit. Kiranya kena pandai agaklah ni

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

1 ekor ikan dipotong
2 ulas bawang putih-dikisar
1 biji bawang besar-saiz sederhana-dikisar
1 biji cili merah-dikisar
6 biji cili api-dikisar
2 batang serai diketuk
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 cwn santan pekat
2 cawan air
garam, gula

Cara-cara
Campur semua bahan dalam periuk kecuali ikan dan asam keping.
Kacau sekali sekala dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan ikan dan asam keping. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sehingga ikan masak. Kacau sekali skala.
Perasakan dengan garam dan gula. Boleh tmbh pati ikan knorr jika suka.
Biarkan mendidih. Bila ikan hampir masak, masukkan timun dan cili yg dipotong jika suka. Siap.

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya