Thursday, December 9, 2010

Nasi Minyak Hujan Panas

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

atau resipi alternatif boleh juga dengan menggunakan bahan berikut:

BAHAN-BAHAN
6 cawan beras Bhasmati
8 Cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK
1. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak & minyak sapi hingga kekuningan. (tumis dalam rice cooker aje)
3. Masukkan air dan biarkan menggelegak. Masukkan kiub ayam dan kacau rata.
4. Masukkan pula beras bhasmati dan daun pandan. Jika suka tambah sedikit garam secukup rasa.
5. Apabila nasi telah kering, buat beberapa lubang dan titis kan pewarna. Tutup periuk dan biarkan ia masak sempurna.
6. Gaul rata dan taburkan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya