Thursday, December 22, 2011

Mee Bandung Cuti Sekolah

BAHAN-BAHANNYA
Rebus Keledek
Rebus Daging
Udang
Udang Kering
Bawang Merah + putih + halia tumbuk
air Rebusan daging
bancuhan tepung jagung
Sayur
Telur
Mee Kuning

CARA2NYA

Kisar Udang Kering
Kisar keledek
jangan lupe tambah air sikit
Tumis bawang dan cili kering kemudian masukkan daging
Masukkan udang
Masuk air rebusan daging
Masuk keledek yang telah hancur
Masuk bancuhan tepung jagung
masukkan sayur
garam dan gula
telur
hrmmm.. hampir siap..didihkan dan rase sikit supaya menepati citarasa
Celur Mee dulu dengan air panas


Dah siap... Sedapnya
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, December 14, 2011

Resipi Bebola Ubi Kayu Ceria

Resipi Bebola Ubi Kayu Ceria merupakan ubi kayu yang dicelup tepung dan digoreng. Ianya makanan penduduk pantai timur semenanjung Malaysia. Sempena musim banjir, jom kita cuba

Bahan-Bahannya
2 batang Ubi kayu
2 sudu makan Kelapa parut putih (kelapa muda)
1 sudu makan gula halus
3 sudu tepung gandum
air dan garam secukupnya

Kaedah membuatnya
1. Setelah merebus ubi kayu, tumbuk ubi kayu dengan lesung batu

2. Campurkan ubi kayu dengan kelapa muda parut dan gula. Gaulkan sampai sebati

3. Bancuh tepung dengan air

4. Gentelkan ubi kayu tadi. Tips gentel bulat ialah basahkan tangan sentiasa dengan air.
Setelah gentel, celup tepung

6. Goreng sehingga keemasan

6. Siap dihidangkan, boleh makan begitu sahaja atau dicicah dengan sambak kicap.
SELAMAT MENCUBA

Monday, December 12, 2011

Puding trifle


Bahan-bahan ( 5-7 )

1 tin susu cair
1 sd besar gula
4 sd besar tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
½ biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal Nona
1 mangkuk air panas

Cara-cara

Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

spaghetti pasta carbonara cheesy creamy

Tak semestinye memasak kene ade semua bahan nak sedap kan. kadang-kadang boleh gune bahan lain untuk sedapkan masakan.. resepi yang ade tak semestinye perlu complete.kene pandai tengok mane yang perlu mane yang tak.. mostly yang extra accesories tu susah nak dapat macam daun rosemarie, oregano..jarang ade kat kedai runcit biasa..so, aku buat resepi yang mudah je ni tapi rase ni sangat marvellous la.. tengok presentation agak kurang sikit la.. tapi rase sangat sedap hokeh!

Ni Pasta Vegeroni spirals

Ni pulak spagetti angel hair

Ni bahan-bahan yang aku gunekan.. sesuai untuk orang-orang bujang je la..dan untuk save budget jugak Cost under RM40
Bahan-bahan:
Spaghetti/pasta [Ape ape jenis pun boleh]
1 biji Bawang besar bombay [warne soft yellow tu..ape ntah name die]
2 Ulas bawang putih
Meatball
Black Pepper powder
Cheese[tak kesah ape2 jenis pun boleh]
Susu [creamy]
Cheese &Herbs prego sauce
carbonara sauce prego
minyak zaitun[minyak masak pun boleh]
garam

cara-cara:
Rebus spaghetti/pasta.Setelah masak toskan dan letak dalam bekas.
potong halus bawang putih
potong dadu bawang besar
Masukkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak
Tumiskan bawang putih yang dipotong halus sampai naik bau
Masukkan cheese and herbs sauce dan juga carbonara sauce prego
Masukkan meatball
Setelah meatball hampir masak,masukkan susu mengikut citarasa sebab ade yang suke creamy ade yang suke light creamy kan..
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu tadi.
Masukkan  beberapa keping cheese..jangan abeskan semua
last sekali masukkan black pepper dan garam.Rase dulu sebelum letak garam sebab tak letak garam pun takpe dah ade rase tapi ade orang suke masak macam rase masin sikit kan..

Sebelum tuangkan sauce dalam bekas spaghetti/pasta tadi..letak beberapa keping cheese dulu.Tuangkan sauce di atas cheese tu..tutup bekas dan biarkan seketika.Kemudian boleh lah bersantap ramai-ramai.btw,boleh tambah sosej,daging ayam dan lainlain kalau nak.bawang besar tu tumis sekali dengan bawang putih pun takpe kalau tak suke bawang.Tapi nak bawang tu macam rangup sikit fiza letak kemudian..ermm..semua main campak campak je dah siap..simple je kan?
"Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera"

Resepi Ayam Masak Kicap Style Sabah


Menaip resepi mengikut kefahaman sendiri bukan senang. Yalah, ni bukan resepi yang aku ambil dari internet tapi ni resepi dari bonda tersayang. Aww~ Ok lah, aku malas lah cerita panjang-panjang, penat, meh tengok resepi!

Bahan : [2 orang]

1. 5 ketul kepak ayam (di potong kepada 2 bahagian)
2. Bawang putih 4 biji (ditumbuk)
3. Bawang merah kecik 3 biji (ditumbuk)
4. Halia 2 hiris (di tumbuk sedikit)
5. Bunga lawang 2 biji
6. Kayu Manis 1 batang
7.Cili kering keriting (di botong kecil - jangan kecik sangat, sedang2 ja)
8. 1 sudu serbuk kari
9. Kicap Masin (aku guna kicap Jalen)
10. 1 mangkuk air
11. Sos cili
12. 1 sudu teh garam

Cara :

1. Cuci kepak ayam hingga bersih. Gaulkan dengan serbuk kari dan biarkan selama beberapa minit.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang-bawang, halia, bunga lawang, kayu manis dan cili kering.
3. Tunggu sampai naik bau. Then masukkan ayam yang sudah di peram dengan serbuk kari, gaul hingga rata.
4. Letak kan kicap dalam 3 sudu dan masukkan semangkuk air.
5. Biarkan, tunggu sehingga warna sebati. Letak 1 sudu kecil garam.
6. Selepas 10 minit, campur 2 sudu sos cili dan gaul hingga rata.
7. Kacau selang 5 minit dan tunggu hingga masak dan kuah kicap meresap ke dalam ayam.

Kalau sudah nampk warna macam coklat kehitaman macam gambar di atas, kira jadi lah tu and rasa berempah sikit. Pastikan masak hingga ayam tu masak k? Ada pula kang makan ayam mentah! haha

Anyway, pandailah rasa sendiri cukup ka tidak bahan tu. Kalau ada kurang, adjust2 la ya.

Selamat Mencuba ;)

spaghetti mudah

Bahan untuk kuah spagheti ;

Of course la TOMATO PUREE.
Daging lembu / ayam yang dicincang. 500gram cukup la .
Carrot yang dipotong dadu . Ikot suke nak banyak mana.
Tomato yang juga dipotong dadu. Pun ikut suka. Tapi kalau masa nak beli tomato, ambik tomato yang keras bile kite picit. Bile masak tak la hancur .
3 sudu Cili kering yang dah di blender.
Bawang besar. Kalau rajin potong dadu . Tapi saya cincang je.
Kalau nak masuk capsicum pun boleh . Saya suka bau dia . Harumm . :)

Bahan untuk rebus pasta :

Air rebusan secukupnya .
1 atau 2 sudu garam.
3 , 4 sudu minyak masak atau minyak zaitun

Memasak Kuah Spagheti :
Tumis bawang besar dan daging cincang sehingga bawang garing.
Masukkan tomato puree dan tambah air 1 setengah tin.
Masukkan semua bahan yang dipotong dadu.
Tumis cili sehingga garing dan campurkan dengan 2 sudu sos tiram. Campurkan dalam kuah .
Tambah garam secukup rasa.

Merebus pasta :
Air rebusan secukupnya bermaksud mampu menutupi keseluruhan pasta.
Didihkan air rebusan yang sudah bercampur garam dan minyak dahulu .
Masukkan pasta setelah mendidih dan tutup periuk rebusan.
Tunggu selama sepuluh minit.
Toskan dan hidangkan
Selalunya saya rebus pasta dalam rice cooker . Tutupkan .

Cara lainnya :
Didihkan air rebusan bercampur garam.
Masukkan pasta dan tutup periuk rebusan.
Tunggu sehingga sepuluh minit.
Toskan .
Gaulkan dengan minyak masak atau minyak zaitun.

Sunday, December 11, 2011

Resipi Roti Jala Ceria

Bahan-Bahannya :
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1 cawan susu cair
sesudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Membuatnya :

1. Campur semua bahan dan kisar dengan blender

2. Kirai roti jala di atas kuali sederhana panas. Kemudian apabila telah masak, lipatkan ia.

3. Lebih unik kalau buat begini kan?

4. Roti jala siap dihidangkan bersama kari atau sambal ikan bilis.
SELAMAT MENCUBA

Resipi Lopes Ceria

Resipi Kuih Pulut Lopes Ceria, terdapat cara pantas untuk membuatnya iaitu dengan kitar semula pulut yang telah kita masak, caranya:
1. Bentukkan bulat leper. Caranya, basahkan tangan dengan air

2. Masukkan dalam loyang bersama kelapa parut muda. Kukus sekejap sahaja dalam 10 minit dan biarkan sejuk

3. Masak gula melaka, untuk buat sosnya. Guna dua kerek gula melaka dan 1 cawan air. Simpulkan daun pandan dan campak je ke dalam

4. Tuangkan gula melaka ke atas lopes.
SELAMAT MENCUBA
Kalau nak buat yang betul punya:
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan
sesudu kecil pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
Air gula melaka

Kaedahnya:
Cuci beras pulut dan rendam beras pulut dengan air dan masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Rendam selama 3 jam.
Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
Kemudian, masukkan santan dan air pandan, kukus lagi selama 30 minit.
Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang.  Ambil pulut dan tekan padat dengan plastik / daun pisang.
Biarkan sejuk
Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.

Wednesday, December 7, 2011

Satay Lilit Ayam

Bahan-bahan
200 gram isi ayam
100 gram isi udang
2 tangkai kucai, dipotong 1/2 cm
1 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
2 sudu besar minyak untuk menumis
11 batang serai untuk tusukan

Bahan Kisar / tumbuk halus
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm kunyit, di bakar dahulu
1 biji buah keras, disangai
1/4 sudu teh teh ketumbar
1/2 sudu teh belacan, di bakar dahulu




Cara-cara :
1. Kisar isi ayam dan udang bersama santan pekat dengan food processor hingga lumat.  Ketepikan.
2. Bahan-bahan kisar di tumbuk halus kemudian tumis hingga naik bau.  Angkat dan biarkan sejuk.
3. Masukkan kisaran ayam, daun kucai, garam dan gula.  Gaul hingga rata dengan bahan-bahan kisar tadi.
4. Ambil sedikit aduan. Tempekkan di batang serai.
5. Bakar dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak hingga masak.
*** K1 membakarnya dalam oven dengan melapiknya dengan aluminium foil pada suhu 180C selama 20 minit.
*** Balut dahulu batang serai dengan aluminium foil untuk mengelakkannya hangus.

Chicken Chop Panggang (Grilled Chicken Chop)

Bahan-bahan
1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk) / 1 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
1 sudu besar minyak bijan K1 tambah

Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan dan gaul dengan ayam hingga rata. Kemudian perap di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je  lebih mudah!

Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air, K1 guna 800ml
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya :
1. Panaskan mentega dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.

** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!

Kek Pelangi (Rainbow Cake)


Bahan-bahan
430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu
serbuk koko secukupnya (K1 tambah)

400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)

Loyang 8" di alas dan di gris


Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu krim secukupnya, ayak serbuk koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.

8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman. Simpan krim selebihnya di dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.

Saturday, December 3, 2011

Resepi MARSHMALLOW halal

jom kita buat HOMEMADE MARSHMALLOW

Bahan:

1/4 cawan tepung jagung**
1/3 cawan confectioner sugar **
21 gm gelatin (gelatin Halalgel)

1/3 cawan air
2/3 cawan gula (boleh kurang kalau nak kurang manis)
1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna strawberry essence)
pewarna (hijau, merah, kuning, biru, ikut suka)
 bentuk bunga dan bentuk twist

Cara-cara
Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.

Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.

Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.

Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung dan confectioner sugar tadi. taburkan pada dasar dan bahagian teping loyang.

Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.

Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
Salutkan dengan lebihan tepung jagung dan gula tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.

Thursday, November 24, 2011

IKAN TALAPIA SALAI MASAK CILI API


IKAN TALAPIA SALAI MASAK CILI API style skuad olimpik syria 2-0 sempena kekalahan Malaysia semalam.

Bahan
1 . seKILO ikan di salai dahulu
2 . RM2 santan pekat
3 . asam keping sikit
4 . ada belimbing buluh pun sedap!!
5. daun kunyit

Bahan tumbuk
1 . 10 biji cili api ( ikut la klu nk pedas ke tak)
2 . kunyit hidup
3. garam

Cara.
1. Ikan talapia dibersihkan dan direndamkan dengan garam dan asam limau atau buah belimbing yg ditumbuk pecah selam beberapa minit. Bilas lagi dan toskan. pastu salai ikan tu.

2. masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama dengan santan pastu masukkan asama keping. biarkan kuah sampai mendidih ( ni cara saya buat tau... org lain mungkin lain)

3 . Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak masuk

4. Bila kuah dah mendidih baru masukkan ikan salai dan belimbing besi.

5. Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minyak.. biarkan sanggan di atas api yg perlahan sampai kuah tu jadi pekat cam dalam gambar tu. agak2 nak angkat tu koyak2kan daun kunyit untuk bagi wangi masakan ikan tu.

6. pastu boleh hidang!!!

Wednesday, November 23, 2011

Black pepper steak bola sepak sea games 2011

Menu bola sepak sea games 2011 ala2 western. Dah lama tak pekena steak..cam mengidam pulak! Aku paling suka resepi  sos black pepper ni!

Bahan Daging

peram daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling kurang 30 minit.
masukkan dlm kuali dan tutup. masak hingga daging lembut. Ketepikan daging yang dah siap. lapkan kesan minyak dalam kuali.


Bahan-bohon sos pepper steak:

2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan freshmilk
Segenggam black pepper yg ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom
2 susu besar kicap
Garam secukup rasa
1/4 kiub pati ayam




Cara2:
Cairkan butter dalam saucepan. Bila butter cair masukkan tepung, kacau rata. Bila dah berbuih2 gitu masukkan freshmilk, black pepper, mushroom dan kiub pati ayam. Kacau sehingga agak pekat. Masukkan kicap dan perisakan dgn garam. Matikan api selepas menggelegak. Ikut suka la sos tu nak wat pekat mana.

Apapun tahniah buat skuad harimau muda kita yang berjaya mengalahkan Indonesia walaupun sepakan penalti. Pujian seharusnya pada Khairul Fahmi dan Asrarudin. Kepada Badrul Bakhtiar, gol awak bukan penyelamat sebab orang lain sepak masuk juga. Kepada Fakri, awat main macam serabai, yang herannya Ong Kim Swee boleh kekalkan dia main sampai 128 minit. Sakit je hati, sepak penalti pun macam kakak yang sepak hehe

AYAM MASAK KICAP


Bahan-bahannya:

- 7 ketul ayam (saiz kecik)
* 4 biji bawang merah
* 3 biji bawang putih
* 1/2 inci halia
* 2 sudu besar cili kering kisar/giling (kalau tak suka pedas..boleh kurangkan)
- 1/2 labu bawang besar
* 1 kuntum bunga kantan
* 2 helai daun limau purut
- sedikit kulit kayu manis
- 1/2 cawan kicap campur (terpulang kepada tahap kemasinan dan kemanisan kicap masing2. kita punya kicap masin manisnya dah cukup..tak payah tambah garam lagi)
- 1/2 cawan air

Cara :
- Kisar dan tumis bahan bertanda* sehingga naik bau/pecah minyak.
- Masukkan kulit kayu manis kemudian asukkan cili kering kisar.
- Masukkan pula kicap campur dan air.
- Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan ayam (kalau nak goreng dulu pun boleh jugak..tapi kita tak suka goreng..suka masuk terus supaya rasa kicap tu sebati dgn ayam).
- Didih sehingga kuah pekat. Kalau tak pekat boleh letak tepung jagung.
- Gunakan deria rasa untuk memastikan masakan anda menepati selera masing2. Masukkan bawang besar. Biarkan seketika.
- Ayam Masak Kicap dengan aroma bunga kantan dan daun limau purut sedia untuk dihidang...

kek karemel coklat moist


~kek karemel coklat moist~
bahan A:
1 cwn serbuk koko
... 1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn gula (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn minyak msk
*semua bhn di atasgaul sebati n msk atas api perlahan...
*rehatkan kejap bila bhn dh sebati...

bahanB:
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
*semua bhn ni diayak k...

bahanC:
4 bj telor (blender jer)

cara:
satukan bhn B dan C ke dlm bhn A...
secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...
dh sebati...ketepikan...


utk karamel:

bahan2:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):
1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)

cara:
tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td...
bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh)...agak2 15 minit camtu, utk pekatkan sket karamelnye tu...
kuarkan dr oven...tuang adunan kek atas karamel...
pastu bakar 1 jam @ sampai masak...suhu 160c...
dh masak, kuarkan dr oven...rehatkan dlm 15-20 minit baru terbalikkan...

**jgn terbalikkan masa panas2 nnti karamelnye pecah**

donut dengan coklat


500gm tepung berprotein tinggi(tepung roti)
1 peket yis segera (11gm)
50gm marjerin
1 sudu makan penuh shortening
1 sudu makan penuh gula pasir
2 sudu makan susu pekat.atau susu tepung(sya guna susu tepung)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
gula halus atau topping kegemaran
190ml-200ml air suam2 kuku (bergantung pd kualiti tepung)

dalam bekas besar..tuangkan air suam...masukkan yis segera,gula pasir,susu tepung,marjerin dan shortening....kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit...
setelah yis mula berbuih..ayakkan separuh dr tepung terus kedalm adunan...masukkan pulatelur yg dipukul sedikit dan juga garam...
kacau adunan hingga sebati dan melakat pada sudu..(dikacau satu arah saje dgn sudu..)
ayak lg tepung selebihnya...gaul menggunakan sudu seketika barula uli dgn tangan...
uli hingga sebati dan tidak melakat pada tangan..
doh xperlu direhatkan(klu nak rehatkan pun boleh 5-10 minit0) boleh terus canai setebal 1/2 inci...boleh tmbah sedikit tepung jika adunan sedikit lembik ketika ini...terap doh ikut adunan donut atau ikut suka...doh akan mula ringan dan mengembang sementara menunggu minyak panas....
goreng di dalam minyak yg byk..goreng hingga kekuningan dan toskan...salut dgn topping kesukaan...

sya guna choc ganache jer..hehe^,^

Kek Karamel Ceria


Ada orang cakap, ini kek tahi itik. Apa-apapun, jom tengok resepinya..

utk karamel:

bahan2:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):
1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)

cara:
tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td...
bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh)...agak2 15 minit camtu, utk pekatkan sket karamelnye tu...
kuarkan dr oven...tuang adunan kek atas karamel...
pastu bakar 1 jam @ sampai masak...suhu 160c...
dh masak, kuarkan dr oven...rehatkan dlm 15-20 minit baru terbalikkan...


Bahan:
5 Biji Telur
250gm butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (GUNA MILO)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.



Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree

Sunday, October 9, 2011

Durian Belanda Goreng

Kalau sesiapa ada tanam durian belanda, tentu banyak yang tak tahu tentang durian belanda juga boleh digoreng. Meh jenguk resipinya


Bahan-bahan ( hidangan sekeluarga )

1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
sedikit serbuk kunyit dan garam
air untuk membancuh
sebiji durian belanda muda sederhana besar (potong kiub)
minyak utk menggoreng

Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas mengikut turutan (kecuali durian belanda). Kacau sebati. Bancuhan tepung menggoreng janganlah terlalu cair.
Celupkan potongan durian belanda ke campuran tepung rata-rata.
Goreng dalam minyak sederhana panas, hingga kekuningan. Angkat dan hidang.
* Setelah digoreng, durian belanda akan lembut, lebih kurang rasa mcm pisang goreng. Boleh juga guna tepung goreng serbaguna yg ada di pasaran.


Tuesday, June 7, 2011

Resipi Roti Arab (Bakar)

Resipi Roti Arab (Bakar)

Bahan-bahan
1 biji telur
3 titik perasa pandan
2 kecil sudu minyak sawit (ganti marjerin)
secubit garam
2 sudu kecil susu pekat manis
tepung gandum 200 gram
1 sudu kecil serbuk penaik (Guna yis pun ok)

Cara menyediakannya
1. Pukul telur sampai kembang dan masukkan perasa pandan

2. Campurkan serbuk penaik ke dalam tepung dan kacau rata

3. Setelah itu masukkan tepung ke dalam telur. Gaul rata

4. Masukkan minyak dan gaul lagi

5. Masukkan susu pekat dan kacau

6. Uli tepung dalam 5 minit. Perap selama 20 minit paling sekejap. 

7. Bulat-bulatkan macam ini. Sepatutnya menjadi 6-7 adunan

8. canai tepung yang dah dibulatkan tadi sampai nipis. Dan perap 15 minit lagi. Tips: taburkan tepung bawah roti sebelum dibiarkan naik

-taburkan tepung bawah roti sebelum dibiarkan naik
-elok terus letak dalam dulang pembakar baru tabur tepung
-pukul telur + 1sudu kecil air = sapu atas roti
-bakar kejap dalam 10 minit ajee..

Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!
untuk roti arab cara goreng pula, refer di sini: http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/06/roti-arab-goreng.html

Tuesday, May 31, 2011

Coconut macaroon dan oat macaroon

Coconut macaroon

Bahan-bahan ( 20 biji )

120g flake coconut
1 biji telur putih
90g gula

Cara-cara

Masakkan telur putih dgn gula di atas api kecil sehingga gula hancur.

Kemudian masukkan flake coconut. Kacau biar sebati. Tutupkan api.

Jemput coconut tadi dan atur ke atas dulang oven toaster

Sebelum bakar letakkan 2 keping aluminium foil ke dalam oven toaster sebelum diletakkan dulang.

Bakar selama 10- 12 minit. Sekali sekala ubahkan kedudukan biar coconut tadi masak rata.


atau guna resipi ini yang lebih berkhasiat.

Bahan (18 biji)

1 1/3 cawan flake coconut
1/3 cawan gula
2 sudu tepung pelbagai guna
1/8 sudu garam
2 putih telur
1/2 sudu ekstrak vanila (atau anda boleh menggunakan perasa almond atau perasa oren.

Cara
Dalam mangkuk kecil, campurkan kelapa, gula, tepung dan garam. Kacau putih telur dan vanila dan aduk rata. Buat bentuk leper bulat dan letak di atas kertas tisu. Bakar pada suhu 325 darjah selama 18-20 minit atau hingga coklat keemasan.

Oat Macaroon

Bahan-Bahan:
180 gm oat
150 gm gula perang
120 gm mentega 1 biji telur
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen badam

Cara:
Dalam sebuah mangkuk mengadun satukan oat, gula dan mentega (jika suka boleh dicairkan dahulu).

Kacau rata, tutup dengan kertas timah dan simpan semalaman. Esoknya campurkan dengan telur, esen dan garam.

Sebaiknya pukul sedikit dengan garpu dalam bekas lain dan tuangkan ke dalam adunan oat. Gaul hingga sebati.

Leser dulang pembakar dengan mentega sudukan adunan dan bentuk bulat-bulat menggunakan dua sudu.

Bakar dalam ketuhar yang sederhana panasnya hingga masak.

Tuesday, May 24, 2011

Resipi Pancake

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

115g Tepung Gandum
1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
25g Butter
1 biji Telur
150ml Susu Segar
1 sudu besar Gula
Secubit Garam

Cara-cara

Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)

Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh.

Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.

Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.

Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.

Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.


atau cara kedua ni pun boleh


Bahan:

Bahan A
Tepung gandum 1 cawan
Baking powder 2 camca
Garam sikit
Gula 2 sudu

Bahan B
Susu 1 cawan (aku guna susu dutch lady dalam botol tu)
Telur 1 biji
Mentega 2 camca (dicairkan)

Cara-cara:
1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan
2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas
3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!
4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.
5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Aku suka kecil2, kiut! Agak-agakla masak macam mana. Nanti makan tepung mentah pulak. Jangan salahkan resipi ni!
5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh. Aku suka whipped cream. Yummmy!
6. Kalau nak letak siap2 kaya/coklat/jem/peanut butter dalam bancuhan tu pun boleh jugak. Time senduk masuk kat kuali tu, letak la bahan yang digemari. Ataupun ada juga resipi yang letak pisang yang dah dilenyekkan ke dalam bancuhan, gaul sekali. So namanya Pancake Pisang . Bila nak makan nanti, tak perlu cicah-cicah. Semua dah ada kat dalam tu.



Adunan yang baru di dalam kuali.


Tunggu sehingga berbuih macam ni.



Baru diterbalikkan.


Waalaa...dah siap.

Resipi masakan singgah di sini selalu ya