Sunday, October 9, 2011

Durian Belanda Goreng

Kalau sesiapa ada tanam durian belanda, tentu banyak yang tak tahu tentang durian belanda juga boleh digoreng. Meh jenguk resipinya


Bahan-bahan ( hidangan sekeluarga )

1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
sedikit serbuk kunyit dan garam
air untuk membancuh
sebiji durian belanda muda sederhana besar (potong kiub)
minyak utk menggoreng

Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas mengikut turutan (kecuali durian belanda). Kacau sebati. Bancuhan tepung menggoreng janganlah terlalu cair.
Celupkan potongan durian belanda ke campuran tepung rata-rata.
Goreng dalam minyak sederhana panas, hingga kekuningan. Angkat dan hidang.
* Setelah digoreng, durian belanda akan lembut, lebih kurang rasa mcm pisang goreng. Boleh juga guna tepung goreng serbaguna yg ada di pasaran.


2 comments:

  1. ni la kali pertama tau durian belanda nih boleh goreng

    ReplyDelete
  2. nk cuba nanti..durian belanda ada..apa rasa xth la kn..hehe

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya