Thursday, December 22, 2011

Mee Bandung Cuti Sekolah

BAHAN-BAHANNYA
Rebus Keledek
Rebus Daging
Udang
Udang Kering
Bawang Merah + putih + halia tumbuk
air Rebusan daging
bancuhan tepung jagung
Sayur
Telur
Mee Kuning

CARA2NYA

Kisar Udang Kering
Kisar keledek
jangan lupe tambah air sikit
Tumis bawang dan cili kering kemudian masukkan daging
Masukkan udang
Masuk air rebusan daging
Masuk keledek yang telah hancur
Masuk bancuhan tepung jagung
masukkan sayur
garam dan gula
telur
hrmmm.. hampir siap..didihkan dan rase sikit supaya menepati citarasa
Celur Mee dulu dengan air panas


Dah siap... Sedapnya
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, December 14, 2011

Resipi Bebola Ubi Kayu Ceria

Resipi Bebola Ubi Kayu Ceria merupakan ubi kayu yang dicelup tepung dan digoreng. Ianya makanan penduduk pantai timur semenanjung Malaysia. Sempena musim banjir, jom kita cuba

Bahan-Bahannya
2 batang Ubi kayu
2 sudu makan Kelapa parut putih (kelapa muda)
1 sudu makan gula halus
3 sudu tepung gandum
air dan garam secukupnya

Kaedah membuatnya
1. Setelah merebus ubi kayu, tumbuk ubi kayu dengan lesung batu

2. Campurkan ubi kayu dengan kelapa muda parut dan gula. Gaulkan sampai sebati

3. Bancuh tepung dengan air

4. Gentelkan ubi kayu tadi. Tips gentel bulat ialah basahkan tangan sentiasa dengan air.
Setelah gentel, celup tepung

6. Goreng sehingga keemasan

6. Siap dihidangkan, boleh makan begitu sahaja atau dicicah dengan sambak kicap.
SELAMAT MENCUBA

Monday, December 12, 2011

Puding trifle


Bahan-bahan ( 5-7 )

1 tin susu cair
1 sd besar gula
4 sd besar tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
½ biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal Nona
1 mangkuk air panas

Cara-cara

Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

spaghetti pasta carbonara cheesy creamy

Tak semestinye memasak kene ade semua bahan nak sedap kan. kadang-kadang boleh gune bahan lain untuk sedapkan masakan.. resepi yang ade tak semestinye perlu complete.kene pandai tengok mane yang perlu mane yang tak.. mostly yang extra accesories tu susah nak dapat macam daun rosemarie, oregano..jarang ade kat kedai runcit biasa..so, aku buat resepi yang mudah je ni tapi rase ni sangat marvellous la.. tengok presentation agak kurang sikit la.. tapi rase sangat sedap hokeh!

Ni Pasta Vegeroni spirals

Ni pulak spagetti angel hair

Ni bahan-bahan yang aku gunekan.. sesuai untuk orang-orang bujang je la..dan untuk save budget jugak Cost under RM40
Bahan-bahan:
Spaghetti/pasta [Ape ape jenis pun boleh]
1 biji Bawang besar bombay [warne soft yellow tu..ape ntah name die]
2 Ulas bawang putih
Meatball
Black Pepper powder
Cheese[tak kesah ape2 jenis pun boleh]
Susu [creamy]
Cheese &Herbs prego sauce
carbonara sauce prego
minyak zaitun[minyak masak pun boleh]
garam

cara-cara:
Rebus spaghetti/pasta.Setelah masak toskan dan letak dalam bekas.
potong halus bawang putih
potong dadu bawang besar
Masukkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak
Tumiskan bawang putih yang dipotong halus sampai naik bau
Masukkan cheese and herbs sauce dan juga carbonara sauce prego
Masukkan meatball
Setelah meatball hampir masak,masukkan susu mengikut citarasa sebab ade yang suke creamy ade yang suke light creamy kan..
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu tadi.
Masukkan  beberapa keping cheese..jangan abeskan semua
last sekali masukkan black pepper dan garam.Rase dulu sebelum letak garam sebab tak letak garam pun takpe dah ade rase tapi ade orang suke masak macam rase masin sikit kan..

Sebelum tuangkan sauce dalam bekas spaghetti/pasta tadi..letak beberapa keping cheese dulu.Tuangkan sauce di atas cheese tu..tutup bekas dan biarkan seketika.Kemudian boleh lah bersantap ramai-ramai.btw,boleh tambah sosej,daging ayam dan lainlain kalau nak.bawang besar tu tumis sekali dengan bawang putih pun takpe kalau tak suke bawang.Tapi nak bawang tu macam rangup sikit fiza letak kemudian..ermm..semua main campak campak je dah siap..simple je kan?
"Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera"

Resepi Ayam Masak Kicap Style Sabah


Menaip resepi mengikut kefahaman sendiri bukan senang. Yalah, ni bukan resepi yang aku ambil dari internet tapi ni resepi dari bonda tersayang. Aww~ Ok lah, aku malas lah cerita panjang-panjang, penat, meh tengok resepi!

Bahan : [2 orang]

1. 5 ketul kepak ayam (di potong kepada 2 bahagian)
2. Bawang putih 4 biji (ditumbuk)
3. Bawang merah kecik 3 biji (ditumbuk)
4. Halia 2 hiris (di tumbuk sedikit)
5. Bunga lawang 2 biji
6. Kayu Manis 1 batang
7.Cili kering keriting (di botong kecil - jangan kecik sangat, sedang2 ja)
8. 1 sudu serbuk kari
9. Kicap Masin (aku guna kicap Jalen)
10. 1 mangkuk air
11. Sos cili
12. 1 sudu teh garam

Cara :

1. Cuci kepak ayam hingga bersih. Gaulkan dengan serbuk kari dan biarkan selama beberapa minit.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang-bawang, halia, bunga lawang, kayu manis dan cili kering.
3. Tunggu sampai naik bau. Then masukkan ayam yang sudah di peram dengan serbuk kari, gaul hingga rata.
4. Letak kan kicap dalam 3 sudu dan masukkan semangkuk air.
5. Biarkan, tunggu sehingga warna sebati. Letak 1 sudu kecil garam.
6. Selepas 10 minit, campur 2 sudu sos cili dan gaul hingga rata.
7. Kacau selang 5 minit dan tunggu hingga masak dan kuah kicap meresap ke dalam ayam.

Kalau sudah nampk warna macam coklat kehitaman macam gambar di atas, kira jadi lah tu and rasa berempah sikit. Pastikan masak hingga ayam tu masak k? Ada pula kang makan ayam mentah! haha

Anyway, pandailah rasa sendiri cukup ka tidak bahan tu. Kalau ada kurang, adjust2 la ya.

Selamat Mencuba ;)

spaghetti mudah

Bahan untuk kuah spagheti ;

Of course la TOMATO PUREE.
Daging lembu / ayam yang dicincang. 500gram cukup la .
Carrot yang dipotong dadu . Ikot suke nak banyak mana.
Tomato yang juga dipotong dadu. Pun ikut suka. Tapi kalau masa nak beli tomato, ambik tomato yang keras bile kite picit. Bile masak tak la hancur .
3 sudu Cili kering yang dah di blender.
Bawang besar. Kalau rajin potong dadu . Tapi saya cincang je.
Kalau nak masuk capsicum pun boleh . Saya suka bau dia . Harumm . :)

Bahan untuk rebus pasta :

Air rebusan secukupnya .
1 atau 2 sudu garam.
3 , 4 sudu minyak masak atau minyak zaitun

Memasak Kuah Spagheti :
Tumis bawang besar dan daging cincang sehingga bawang garing.
Masukkan tomato puree dan tambah air 1 setengah tin.
Masukkan semua bahan yang dipotong dadu.
Tumis cili sehingga garing dan campurkan dengan 2 sudu sos tiram. Campurkan dalam kuah .
Tambah garam secukup rasa.

Merebus pasta :
Air rebusan secukupnya bermaksud mampu menutupi keseluruhan pasta.
Didihkan air rebusan yang sudah bercampur garam dan minyak dahulu .
Masukkan pasta setelah mendidih dan tutup periuk rebusan.
Tunggu selama sepuluh minit.
Toskan dan hidangkan
Selalunya saya rebus pasta dalam rice cooker . Tutupkan .

Cara lainnya :
Didihkan air rebusan bercampur garam.
Masukkan pasta dan tutup periuk rebusan.
Tunggu sehingga sepuluh minit.
Toskan .
Gaulkan dengan minyak masak atau minyak zaitun.

Sunday, December 11, 2011

Resipi Roti Jala Ceria

Bahan-Bahannya :
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1 cawan susu cair
sesudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Membuatnya :

1. Campur semua bahan dan kisar dengan blender

2. Kirai roti jala di atas kuali sederhana panas. Kemudian apabila telah masak, lipatkan ia.

3. Lebih unik kalau buat begini kan?

4. Roti jala siap dihidangkan bersama kari atau sambal ikan bilis.
SELAMAT MENCUBA

Resipi Lopes Ceria

Resipi Kuih Pulut Lopes Ceria, terdapat cara pantas untuk membuatnya iaitu dengan kitar semula pulut yang telah kita masak, caranya:
1. Bentukkan bulat leper. Caranya, basahkan tangan dengan air

2. Masukkan dalam loyang bersama kelapa parut muda. Kukus sekejap sahaja dalam 10 minit dan biarkan sejuk

3. Masak gula melaka, untuk buat sosnya. Guna dua kerek gula melaka dan 1 cawan air. Simpulkan daun pandan dan campak je ke dalam

4. Tuangkan gula melaka ke atas lopes.
SELAMAT MENCUBA
Kalau nak buat yang betul punya:
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan
sesudu kecil pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
Air gula melaka

Kaedahnya:
Cuci beras pulut dan rendam beras pulut dengan air dan masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Rendam selama 3 jam.
Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
Kemudian, masukkan santan dan air pandan, kukus lagi selama 30 minit.
Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang.  Ambil pulut dan tekan padat dengan plastik / daun pisang.
Biarkan sejuk
Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.

Wednesday, December 7, 2011

Satay Lilit Ayam

Bahan-bahan
200 gram isi ayam
100 gram isi udang
2 tangkai kucai, dipotong 1/2 cm
1 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
2 sudu besar minyak untuk menumis
11 batang serai untuk tusukan

Bahan Kisar / tumbuk halus
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm kunyit, di bakar dahulu
1 biji buah keras, disangai
1/4 sudu teh teh ketumbar
1/2 sudu teh belacan, di bakar dahulu




Cara-cara :
1. Kisar isi ayam dan udang bersama santan pekat dengan food processor hingga lumat.  Ketepikan.
2. Bahan-bahan kisar di tumbuk halus kemudian tumis hingga naik bau.  Angkat dan biarkan sejuk.
3. Masukkan kisaran ayam, daun kucai, garam dan gula.  Gaul hingga rata dengan bahan-bahan kisar tadi.
4. Ambil sedikit aduan. Tempekkan di batang serai.
5. Bakar dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak hingga masak.
*** K1 membakarnya dalam oven dengan melapiknya dengan aluminium foil pada suhu 180C selama 20 minit.
*** Balut dahulu batang serai dengan aluminium foil untuk mengelakkannya hangus.

Chicken Chop Panggang (Grilled Chicken Chop)

Bahan-bahan
1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk) / 1 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
1 sudu besar minyak bijan K1 tambah

Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan dan gaul dengan ayam hingga rata. Kemudian perap di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je  lebih mudah!

Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air, K1 guna 800ml
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya :
1. Panaskan mentega dalam periuk, tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.

** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!

Kek Pelangi (Rainbow Cake)


Bahan-bahan
430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu
serbuk koko secukupnya (K1 tambah)

400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)

Loyang 8" di alas dan di gris


Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu krim secukupnya, ayak serbuk koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.

8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman. Simpan krim selebihnya di dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.

Saturday, December 3, 2011

Resepi MARSHMALLOW halal

jom kita buat HOMEMADE MARSHMALLOW

Bahan:

1/4 cawan tepung jagung**
1/3 cawan confectioner sugar **
21 gm gelatin (gelatin Halalgel)

1/3 cawan air
2/3 cawan gula (boleh kurang kalau nak kurang manis)
1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna strawberry essence)
pewarna (hijau, merah, kuning, biru, ikut suka)
 bentuk bunga dan bentuk twist

Cara-cara
Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.

Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.

Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.

Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung dan confectioner sugar tadi. taburkan pada dasar dan bahagian teping loyang.

Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.

Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
Salutkan dengan lebihan tepung jagung dan gula tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.

Resipi masakan singgah di sini selalu ya