Saturday, December 3, 2011

Resepi MARSHMALLOW halal

jom kita buat HOMEMADE MARSHMALLOW

Bahan:

1/4 cawan tepung jagung**
1/3 cawan confectioner sugar **
21 gm gelatin (gelatin Halalgel)

1/3 cawan air
2/3 cawan gula (boleh kurang kalau nak kurang manis)
1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna strawberry essence)
pewarna (hijau, merah, kuning, biru, ikut suka)
 bentuk bunga dan bentuk twist

Cara-cara
Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.

Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.

Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.

Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung dan confectioner sugar tadi. taburkan pada dasar dan bahagian teping loyang.

Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.

Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
Salutkan dengan lebihan tepung jagung dan gula tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.

13 comments:

  1. OMG I never knew that we can make home made marshmallow! Cool!

    ReplyDelete
  2. wow!! tp tak pandai sgt nak mkn.. tp suka tgk.. sbb comel jer rupa dan kaler die.. hehe

    ReplyDelete
  3. Very nice and thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. Kenapa saya punya x kembang???

    ReplyDelete
  5. Slm.Akak,boleh tak klau nk gantikan gelatin dgn serbuk agar2 ?

    ReplyDelete
  6. Confectioner sugar tu apa ye?boleh ganti dgn gula aising x?

    ReplyDelete
  7. Mana nak dpt gelatin halagel ye ?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,kat mn nak dapatkan gelatin tu?

    ReplyDelete
  9. Nampak comel dan sedap....boleh la cuba ni.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..kak, kalau kita guna golden syrup untuk ganti corn syrup/glucose syrup boleh tak?

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya