Saturday, December 1, 2012

Udang Masak Lemak Cili Api

Udang Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:
500gm udang (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2sm kunyit hidup
2sm halia
15 biji cili padi
½ biji kelapa (ambil santan)
1 batang serai (dititik)
asam keping (1 keping)
daun kesum
garam
serbuk perasa

Cara:
1. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, cili padi dimesin.
2. Masukkan perahan santan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang dimesin.
3. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang sederhana.
4. Masukkan serai, asam keping dan udang.
5. Tambah serbuk perasa dan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan daun kesum dan biarkan sedikit layu dan bolehlah dihidangkan.

Resipi Masak Lemak Cili Api Tempoyak Udang

1 kg udang dibuang kulit (resipi asal menggunakan daging salai)
1 helai daun kunyit, di hiris
100 gm bawang merah (dikisar halus)
50 gm bawang putih (dikisar halus)
40 gm kunyit hidup (dikisar halus)- boleh juga guna serbuk kunyit
60 gm cili padi (dikisar halus)
3 batang serai (dititik)
500 gm tempoyak
1 kg santan
250 ml air
Garam secukup rasa
Sedikit gula jika perlu

Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama air ke dalam periuk dan dimasak sehingga kering dan pekat.
Kemudian masukkan santan, serai yang dititik dan daun kunyit. Kacau supaya santan tidak pcah.
Masukkan tempoyak dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan mendidih. Tambah sedikit gula jika perlu.
Akhir sekali, masukkan udang tadi. Biarkan mendidih seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sunday, November 11, 2012

Resipi Cakoi Ceria

Resepi Cakoi seperti berikut:
Bahan-bahan:
400g tepung gandum,
1 cawan air,
1 sudu besar marjerin (cairkan),
1 sudu kecil garam, 3 sudu besar gula,
1 sudu besar susu pekat manis (susu tepung pun boleh),
1 biji kuning telur,
2 sudu teh yis kering (mauripan),
 ½ sudu teh soda bikarbonat, minyak untuk mengoreng.

Cara menyediakannya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali tepung. Kacau sebati.
2. Masukkan tepung sikit demi sikit dan uli lagi. Kalau adunan macam lembik hingga susah nak uli tambahkan tepung sikit demi sikit.
3. Ulikan adunan sehingga ia tidak melekat.

4. Kemudian, canaikan 4-5cm memanjang. Potong memendek anggaran 1-1.5 inci
5. Panaskan minyak. Sebelum mengoreng cakoi tadi tarikkan sikit sebelum digoreng. Ini supaya agar cakoi tu nampak lebih panjang dari saiz asal. .
cadangan hiasan. Boleh sumbat dengan keju, sambal, mayonis, gula, salad dan apa sahaja
SELAMAT MENCUBA

Monday, October 29, 2012

Resepi Chap Chai Thailand (Sayur Campur)

Resepi Chap Chai Thailand (Sayur Campur) yang pasti menyelerakan. Resepi rahsia orang Thai tetapi perlu ingat bahawa kekuatan masakan Thailand ialah lidah orang Thai. Saya cuma beri resipi, lidah milik orang Thai. Lidah melayu, jawabnya jadi sayur gorenglah :)

Bahan untuk 1-2 orang makan:
3 Bawang Merah (dihiris)
3 Bawang Putih (diketuk)
Kobis bunga
Kobis brocolli
Sweetpea
Jagung muda
Lobak merah
Cendawan butang
Cendawan tiram
Sos Tiram
Sup ayam (guna kiub ayam pun boleh tapi tak power)
air tepung jagung (memekatkan kuah)
Minyak zaitun
Gula, garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara
Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan air sup ayam 2-3 senduk kemudian masukkan semua sayur di atas. Didihkan hingga sayur menjadi lembut dan masak. Kemudian campurkan sos tiram, gula, garam, ajinomoto secukup rasa lidah orang Thailand. Akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Siap dihidang panas bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

Thursday, August 30, 2012

Kari Hijau Thai Ayam (Green Curry Thai)

Di sini saya hidangkan dua resipi dan cara memasak Kari Hijau Thai (Green Curry Thai) ala ala KFC tu.
Sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke 55, KFC telah hidangkan juadah hidangan Kari Hijau Thai (Green Curry Thai) walaupun tak sehebat rasa di KFC Thailand, tapi kira bolehlah. Kalau tak puas hati sebab karinya sedikit, di sini ada resipinya.

Bahan Untuk Dikisar (utk buat pes kari hijau)
1-3 batang serai, hiris halus
1 -10 biji cili hijau atau cili padi siam, hiris halus (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki.)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 ulas bawang putih, cincang
1 inci halia
1/2 cawan daun ketumbar (termasuk akar dicincang kasar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla) atau budu
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis/kasturi
2 camca teh gula perang/1 kerek nissan
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas (dihiris)
4 helai daun limau purut
500 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)
3 biji cili padi thai, diketuk (kurangkan pedas)

BAHAN KARI HIJAU THAI
1 ekor daging ayam
Pes kari hijau thai (resipi di atas)
Air stok ayam (atau 1 kiub ayam)

Bahan-Bahan Sayur (boleh ikut selera sendiri)
1 biji Terung (potong sederhana - jangan terlalu nipis
1 biji tomato, belah 6
Lada benggala hijau & merah (potong dadu)
Kacang panjang / Kacang buncis (hiris serong)
Tomato (dibelah 2 atau 4)
2 biji kentang
Sukatan dan ukuran semua bahan-bahan boleh diubah ikut selera dan kesesuaian masing-masing.

Kaedahnya
1. UNTUK PES KARI HIJAU THAI, sediakan bahan pes dan potong kecil. 


2. Kisar halus hingga semua lumat. 
Kalau nak buat simpanan dalam peti sejuk, jangan letak santan, air limau, nampla/budu, gula merah, hanya tinggalkan sayuran sahaja. 

3. Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak & tumis pes kari tadi sampai naik bau wangi. 
**Jika pes berasingan dengan santan, masukkan santan, air limau, nampla/budu, gula merah & kacau  sebati.

4. Masukkan ayam, stok ayam (kiub ayam pun boleh) dan kacau sebati. Kacau sebati. Tutup kuali dan biarkan mendidih dengan api sederhana selama 15 minit. Kacau sekali sekala.
Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan bahan-bahan sayur.Kacau dalam 5 minit.
Padam api dan kari sudah siap untuk dihidangkan. Hiaskan dengan daun ketumbar & hirisan limau nipis.

6. Dah siap. 
SELAMAT MENCUBA!

Friday, August 24, 2012

Resepi Satar Ikan

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang) atau ikan selayang [ambil isi saja]
100 ml air asam jawa (dari 1 cm asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, di cincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, di cincang
150 g kelapa muda putih (diparut)
garam secukup rasa
1/2 camca gula
1 cm belacan
2-3 biji lada merah atau cili kering, di cincang
1-2 cm serbuk lada
1 helai daun salam, di mayang
1 helai daun kunyit, di mayang
Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur untuk dibentuk kun dan masukkan adunan ikan
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6) atau lidi


Cara-cara

-Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan.
-Ikan dan kelapa ditumbuk.
-Bawang, cili kering dan halia dikisar.
-Gaul kesemua bahan hingga sebati.
-Ikan dan kelapa ditumbuk.
-Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan ke dalam kelonsong kun tadi.
-Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
-Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar.
- Bakar di atas bara api hingga keemasan (seperti pulut udang). Masa membakarnya, api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.
 -Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan

Friday, August 3, 2012

Resepi Qatayef atau Qatawef (Apam Balik Arab)

Makanan popular tika Ramadan di Mesir : Qatayef

Makanan yang begitu popular di Tanah Arab di bulan Ramadan. Dikatakan berasal sejak dari zaman Abbasiyyah di Mesir.

Bentuk dan rasanya seakan Pan-cake dimakan dengan pelbagai cara dan pelbagai bentuk bersama krim, madu, jem, juga keju. Qatawef juga digoreng dengan berintikan kacang.

Dihidang ketika berbuka bersahur dan kadang-kadang sebagai "desrt" ringan selepas makanan berat.

Ada juga pelajar Malaysia yang makan bersama Lempok Durian hantaran buah tangan emak yang dikirim dari Malaysia.

Cara pembuatannya seakan Lempeng ; hanya menggunakan adunan campuran tepung, perisa vanila, dan air kemudian dituangkan ke dalam kuali permukaan rata dalam bentuk bulat kecil-kecil seperti dalam gambar.

Tempoh Penyediaan 15 minut
Tempoh Memasak 20 minute
Jumlah hidangan 10 unit

1 tin krim NESTLÉ® atau 170 g
2 cawan susu atau 500 ml
½ cawan tepung jagung atau 60 g
1 sudu air mawar
20 keping qatayef siap sedia. Jika hendak buat sendiri, rujuk bahan lempeng di bawah.
2 cawan minyak untuk menggoreng
3 cawan gula atau 750 ml
2 sudu kacang pistachio ditumbuk untuk hiasan. Boleh guna kacang tanah atau gajus ikut selera

Bahan Untuk Lempeng
* 3/4 cawan yis
* 1 1/2 cawan air suam
* 1 sudu gula
* 1 1/2 cawan tepung
* Garam
* Minyak untuk menggoreng


Cara membuat lempeng Qatayef
Campurkan yis dengan gula dan 1/4 cawan air. Kacau hingga larut.
Ayak tepung dan garam.
Campurkan 1 cawan air dan bahan yis yang dikacau tadi dan gaulkan dengan sudip kayu.
Jika ia mengembang, kacau adunan dengan lembut.
Tutup mangkuk dengan kain dan letak di suhu bilik selama sejam atau sehingga adunan naik.
Panaskan kuali dan sapukan minyak dengan nipis sekeliling kuali. Minyak jangan terlalu tebal.
Tuangkan adunan dengan sudu ke atas kuali panas dan jadikan ia bentuk leper dengan ketebalan sekitar 1-2 cm. Macam buat apam balik juga ni..
Goreng sehingga keemasan. Angkat dan sejukkan.

Penyediaan krim:
Campurkan krim NESTLÉ®, susu dan tepung jagung ke dalam periuk. Didihkan ia sehingga ia akan pekat, campurkan air mawar kemudian asingkan dari api untuk disejukkan.

Apabila sudah dingin, letakkan krim tersebut di atas kepingan qatayef.

Goreng sehingga warna keemasan. Apabila sudah masak, angkat dan taburkan gula. Jika hendak buatkan gula tersebut dalam bentuk sirap, maka kenalah didihkan gula menjadi air gula (sirap).

Hiaskan dengan kacang pistachios.

Selamat Menjamu Selera...


Thursday, August 2, 2012

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan
1/2 kilo siput sedut
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit halia
sebatang serai
1 biji kelapa diparut
garam secukup rasa
sedikit kunyit
sedikit gula

Cara-cara
Perah santan dan dapatkan santan pekat. Santan yang cair diasingkan.
Cuci siput sedut sehingga bersih, gaul dengan hampas kelapa tadi dan dibiarkan beberapa jam. Ini membuatkan bau lumpur hilang dan siput sedut akan lebih sedap. Pastikan bekas ditutup kerana siput boleh merayap.
Bawang-bawang, cili api dan halia dikisar atau ditumbuk untuk dijadikan bahan tumis.
Bersihkan siput dan potong belakang (hujung)
Tumiskan bawang, cili api dan halia, masukkan santan cair dan masukkan siput sedut. Masukkan juga garam,gula dan kunyit serta batang serai yang dititik.
Apabila masak, masukkan santan pekat dan didihkan sebentar dan kemudian matikan api.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Resipi Ketam Masak Lemak Cili Api

Ketam Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:
ketam 1kg
serai 3 batang, dititik
daun kunyit 2 helai
garam 2 sudu teh/secukup rasa
gula 1 sudu teh/secukup rasa
asam keping 2 keping
lengkuas 3 cm, ditumbuk sedikit
santan pekat 300ml
air satu gelas

Bahan-bahan untuk dikisar:
bawang merah 10 ulas
bawang putih 4 ulas
halia 2cm
kunyit hidup 4cm
cili padi 10 biji

Cara:
Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian.

Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih.

Masukkan ketam. Tutup api setelah ketam masak.
Tambahan:
Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.

Tuesday, June 26, 2012

Kek Kacang Keju Ceria (Pecan Mascarpone)

KEK PECAN MASCARPONE CERIA
4 biji telur
100gm gula halus
15gm ovalette
35ml air
95gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
60ml mentega (cairkan)
50gm kacang pecan(panggang dan kisar halus)
campur semua bahan kecuali mentega cair...pukul hingga gebu dan ringan,masukkan mentega cair, kaup balik dgn sempurna...tuang dalam loyang 8" bakar suhu 170' selama 30 mint....terbalikkan kek sebaik keluar dari oven selepas 5 minit terbalikkan semula,sejukkan potong kpd 3 bahagian...

cream mascarpone
bahan A
3 biji kuning telur
100 gm dark choc
8gm gelatin
30ml air
250 cream putar bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh nescafe segera (campur sedikit air)

bahan B
230gm mascarpone (Italian cheese cream)
100gm gula aising

cairkan dark choc...panaskan kuning telur dgn cara double boil,kacau hingg berkrim..masukkan gelatin cair,kacau rata..tuang adunan telur dlm choc tadi...,gaul sebati ..ketepikan..putar fresh cream hingga kental,kaup balik dlm adunan kuning telur dan choc td ketepikan.putar mascarpone dan gula icing hingga lembut kemudian satukan adunan fresh cream dgn mascarpone ...

COKLAT GANACHE
bahan A
125ml krim tenusu(whipping cream)
20gm sirap glukos
bahan B
200gm choc masakan hitam
15gm mentega
1 sdt pes kacang hazel
panaskan A hingga berbuih,tuangkan ke dlm B gaul rata..

cara menyediakan kek
1 letakkan sekeping kek atas lapik kek
2 sapukan air nescafe utk melembapkan kek
3 ratakan coklat ganache nipis
4 sapu krim mascarpone diatasnya ..ratakan
5 letak selapis kek lg,ulang proses yg sama
6 ratakan atas kek dgn krim

Tuesday, June 12, 2012

Resepi Nasi Baryani Kelantan

Kali ini, saya ingin kongsikan ilmu masakan. Baiklah, dengan ini saya ingin berkongsi masakan Nasi Baryani Kelantan. Mohon ibu halalkan ilmu ini, anak ibu menyantuni untuk share bersama kawan-kawan. Jadi tanpa melenggahkan masa, jom kita langsung ke dapur sekarang.

Bahan-bahan utama:
1) Seekor ayam (mengikut kapasiti berapa orang makan dan dibersihkan)
2) Rempah Kari Daging (@ dibolehkan rempah Kari Ayam)
3) Beras Basmathi 7 pot (@ mengikut kapasiti)
4) 3 sudu Rempah Baryani
5) Air Bersih (disukat mengikut berapa pot beras basmathi digunakan)
6) Susu Cair
7) Serbuk Kunyit

Bahan Tumisan I:
1) Kulit Kayu Manis
2) Buah Pelaga
3) Bunga Cengkih

Bahan Tumisan II:
1) Bawang Merah yang dimayang halus (dalam 5 ulas @ mengikut kadar nasi)
2) Halia yang ditumbuk
3) Bawang Putih (3 Ulas @ mengikut kadar nasi) dimayang halus
4) Sehelai Daun Pandan (@ boleh digantikan dengan serai)


Cara membuat:

1) Pertama kita nak gorengkan ayam yang telah dibersihkan tadi. Terlebih dahulu perap ayam bersama serbuk kunyit, garam (sekadarnya), daun kari dan rempah kari daging. Rempah kari daging saya gunakan ialah Rempah Kari Daging Che Jah yang saya bawa dari Malaysia, rempah ini sangat masyhur di Bandar Bachok. Selepas diperap dalam 20-30 minit, bolehlah digorengkan di dalam kuali yang telah dipanaskan minyak. Pastikan ayam tadi digoreng separa masak sebab akan digaulkan bersama Nasi Baryani. Ayam yang siap digoreng disejat dan dibiarkan di tepi.

2) Langkah kedua pula kita siapkan Nasi Baryani pula. Panaskan kuali atau periuk (bersaiz besar) dengan minyak, kemudian masukkan bahan tumisan I (seperti di atas). Masukkan pula bahan tumisan II (seperti di atas). Bahan-bahan tadi ditumis hingga naik baunya yang asli, jangan lupa kacau. Kemudian, selepas naik bau tadi masukkan pula 3 sudu rempah baryani dan kacau sampai sebati/rata (dalam 15-20 minit)

3) Apabila dah kelihatan hampir kering bahan dimasak tadi (langkah 2), masukkan air yang telah disukat. Panduan: cara sukatan air semestinya mengikut sukatan beras. Contohnya jika anda masak beras 5 pot. Air juga mestilah 5 pot (2 pot susu cair + 3 pot air). Di sini saya memasak 7 pot beras. Oleh itu saya menggunakan 3 pot susu cair + 4 pot air. Boleh?

4) Setelah itu masukkan susu cair pula yang telah disukat seperti di atas. Kacau hingga sekata. Selepas kuah kelihatan mendidih dan aromanya mula menusuk hidung masukkan ayam yang digoreng separa di awal tadi. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau seperti biasa. Dan rasakan tahap kemasinan yang diinginkan.

5) Kemudian bolehlah masukkan Beras Basmathi yang telah dicuci dan ditos. Kemudian kacau sehingga sekata (seperti nak buat nasi goreng). Semasa memasak boleh dibesarkan api. Tetapi apabila air nasi semakin kering, sila kecilkan api. Periuk tadi boleh ditudung dan biarkan seketika (dalam 3 minit), kemudian kacau dan ditudung pula sehingga diyakini sudah betul-betul masak.

6) Selepas itu, taraaa.. ! Siap untuk dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing. Lihatlah hasil air tangan sahabat sekalian. Jika yang memasak itu jejaka, maka Nasi Baryani masakannya itu mesti kelihatan Macho. Jika memasak itu seorang gadis, mesti cun Nasi Baryaninya.

Selamat Mencuba ! (^_^)

Nota: Lelaki yang hebat apabila bergelar seorang suami, dia mampu mengukirkan senyuman di bibir isterinya. Memasak selain merupakan satu hobi dan keperluan semasa, namun merupakan kaedah berkesan untuk merantai hati si isteri mahupun si suami dengan Kesaktian Cinta. Wah, kalian memang macho dan cun belaka.

Sunday, May 13, 2012

Resepi Roti Paung


Bahan-bahan (dapat 2 bekas)


300gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh yis
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan gula pasir
1 biji telur (jika suka)
Air secukupnya
(Tambahkan sedikit marjerin untuk disapukan pada roti)


Cara-cara
Cara memasak:
1. Yis direndam air suam. Kemudian gaulkan kesemuanya sekali. Campurkan kesemua bahan dan uli hingga menjadi doh yang sebati dan tidak melekat pada tangan.
2. Tutup doh dengan kain bersih dan rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda atau selama 1-2 jam.
3. Selepas satu jam, tumbukkan doh untuk mengeluarkan anginnya dan bahagikan adunan kepada bahagian-bahagian kecil.
4. Ambil sedikit adunan, masukkan marjerin ke dalamnya dan bulatkan. Bentukkan bulat dan susun di dalam loyang. Biarkan seketika.
5. Masukkan ke dalam tin pembakar- jarakkan sedikit. Tinggalkan sebentar lagi agar ianya naik sedikit.
Sapu atasnya dengan kuning telur atau marjerin.
6. Apabila permukaan menjadi licin dan adunan mula naik, kemudian bakar selama 20 minit dengan suhu sederhana (180 darjah celcius).
6. Angkat dan hidangkan.

Friday, May 11, 2012

Resepi Pavlola

Bahan-bahan 1-2 biji pavola.

4 biji putih telor ayam
Secawan gula
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:

asingkan dulu putih telur dengan kuning telur
putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telur tu gebu (soft peaks)
putaran diteruskan dengan memasukkan gula kastor sikit demi sedikit, Putar sampai kental.
masukkan 1 sudu besar tepung jagung tadi ke dalam adunan tersebut (kalau nak rasa coklat, masukkan serbuk koko 1 sudu kecil. putar lagi 3 minit atau hingga sebati.
dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila
sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.
panaskan oven dengan kadar kepanasan 140 darjah celsius.
bentukkan adunan seperti di bawah, jangan buat terlalu tebal atau terlalu nipis.

Turunkan suhu oven dalam 110 celcius.
Masukkan adunan tadi selama 1 jam 15 minit. Jangan sesekali buka tutup oven dalam tempoh itu.

Bahan untuk topping.
Secawan atau 250 ml whipping cream. Jenama yang disarankan ialah Rich sebab ia tidak kental walaupun diputar lama.
Buah-buahan (kiwi, strawberi, anggur, beri biru, kurma, kismis dan apa sahaja. Lagi banyak variasi, lagi sedap)

Cara
Putar whipping cream lebih kurang 10-15 minit.
Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri.
Kemudian sapukan cream ke atas roti pavlola tadi dan hiaskan dengan buah.
Selamat mencuba.
Dan ini gambar kalau nak buat double layer pavlola:

Pavlola Recipe

What I used,
For the Pavlova
180gm egg whites (6 egg whites from 6 large eggs)
300gm sugar (don't cut on this, if not the pavlova won't hold)
3 Tbsp cocoa powder, sifted
1 Tbsp corn starch
1 tsp rice vinegar
50gm dark chocolate, chopped


1. Preheat oven at 180C. Draw a 9 inch circle on a non stick baking paper. Put drawn side down on a large tray.

2. Beat egg whites until stiff, add in sugar slowly and gradually, and beat until meringue is stiff and shiny.
3. Put in sifted cocoa powder and cornstarch. Fold.
4. Put in vinegar and chopped chocolate and fold.
5. Mound meringue within drawn circle, smoothing sides and top.
6. Bake in preheated oven. After you've put the meringue in and oven door is closed, immediately turn down the temperature to 150C.
7. Bake for 1 hour 30 minutes.
8. When baking time is up. Leave oven door slightly ajar and let pavlova cool in the oven.
9. Remove from oven when it has fully cooled down.

Topping:
350ml dairy whipping cream
3 Tbsp sugar
1 cup strawberry, coarsely chopped
1/2 cup canned mandarin oranges or tangerines, torn smaller
3 kiwi fruits, coarsely chopped

Beat dairy cream until soft peaks, put in sugar and beat until stiff. Mound whipped cream onto pavlova and top with chopped mixed fruits.



Wednesday, April 11, 2012

Masak Lemak Putih Durian

Makanan ini eksotik sikit, masak lemak putih durian. Bukan guna durian putih, tetapi kuahnya warna putih. Rare punya lauk der. Best, mengancam nyawa! Makanan orang hulu Kelantan nih, biasanya makan panas-panas dengan nasi.

Bahan-bahan ( 4- 5 orang makan )

Sebiji Durian (ambil isinya sahaja, kulitnya tak mahu)
1 labu bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 batang serai - dititik
200 g udang hidup - dikupas kulit
secukup santan
garam secukup rasa
1 batang lada merah - hiris serong
1 batang lada hijau - dihiris serong
(kalau nak kurang pedas, guna Cili api)
(udang juga boleh ganti dengan isi ikan kembung)


Cara-cara
Asingkan ulas durian dalam mangkuk hayun berlainan :)
Disebabkan saya guna santan pekat, jadi saya masukkan 1 cawan air dan separuh santan dalam periuk. Masukkan bawang, udang dan cili. Masak sambil dikacau, sebelum mendidih baru bubuh durian dan kacau hingga mendidih.
Masukkan baki santan, garam dan cili. Kacau hingga mendidih sekali lagi dan tutup api.. Selamat mencuba...:)

p/s: Petua supaya santan tak pecah minyak: Didihkan dulu air santan dengan bahan2..bila dah hampir masak baru masukkan pati santan agar santan tak pecah minyak.

Durian Belanda Masak Lemak Putih

Sama macam di atas juga cuma gunakan durian belanda putik. Selamat mencuba!


Sunday, January 22, 2012

Resepi Salatah Mesir


Tiba-tiba saya teringatkan kenangan Mesir, Syria dan Turki yang mengusik kotak ingatanku ini...

Makanan yang paling menjadi ingatan saya selain Yogurt yang kini zaujah sudah bisa membuatnya secara 'homemade' adalah SALATAH. Salatah adalah satu sajian salad Arab yang sangat mudah untuk disediakan..Baik untuk kesihatan tubuh badan seisi keluarga. Patutlah para masyayikh sihat-sihat belaka kerana pemakanan mereka yang sihat dan luar biasa.

Saya kongsikan dengan anda semua...:

BAHAN-BAHAN

1) 2 biji tomato yang benar-benar merah

2) 5 biji timun kecil; baby cucumber yang berwarna hijau pekat

3) 2 ulas bawang putih

4) 3/4 sudu garam bukit / garam biasa pun boleh la jugak.

5) 1 sudu minyak zaitun extra virgin olive oil

6) 1 1/2 sudu jus lemon

7) 1 batang salad panjang (nak batangnya sahaja, daun tak perlu)

8) sedikit daun ketumbar, 1 - 2 batang

9) Tambahan jika mahu: Serbuk daun parsley dan mint kering - kat pasaraya mesti ada jual.


DAN CARA PENYEDIAANYA

1) Bawang putih hendaklah ditumbuk dahulu dengan garam

2) Campurkan dengan olive oil dan lemon juice.

3) Potong dadu sekecil yang boleh; timun, tomato, batang salad panjang dan racikkan daun ketumbar.

4) Campurkan semua bahan yang dipotong dadu tadi dengan campuran sebelumnya.

5) Masukkan serbuk daun parsley atau daun mint ke dalam campuran tadi..

Tuesday, January 17, 2012

Resepi puding Roti


BAHAN-BAHAN
4 keping roti
2 biji telur ayam
1 sudu besar butter - cairkan
1/4 cawan gula (equals to 50gram)
235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)



CARA-CARA
Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (saya bakar atas kuali je, takde toaster..huhuhu). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.
Angkat, hidang dan ngap..hehehe.. Sedap di makan begitu sahaja, nak lagi besh boleh makan dengan aiskrim vanilla ataupun vanilla sause.. Yang vanilla sauce ni lain entri..muahaha.. Selamat mencuba..

Sunday, January 15, 2012

Resepi Bihun Goreng Ceria

Resipi bee hoon goreng ceria, satu langkah revolusi yang menyelerakan.

Bahan-bahannya
1 paket bihun direndam selama 15 minit dengan air biasa dan ditoskan
6 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2 cm halia *
1 tangkai cili *
3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan taucu
3 sudu makan kicap lemak manis
segenggam Udang atau isi kerang secukupnya
Sayur kubis secukupnya
1 biji telur ayam gred A

CARA MEMBUATNYA

1. Bahan * dihiris dan ditumis dengan dua sudu makan minyak masak sehingga garing

2. Masukkan pula kerang, kacau hingga masak

3. Baru masukkan cili giling, sos tiram, sos cili, taucu, kicap pekat kacau hingga sebati

4. Masukkan bihun dan gaul sekejap. Kemudian masukkan kubis. Kacau hingga sebati

5. Alihkan bihun, pecahkan sebiji telur dan kacau laju telur sampai hampir masak. Kemudian barulah gaulkan dengan bihun.

6. Bihun siap dimasak. Selamat mencuba


Friday, January 13, 2012

Resepi Japanese Croquette (korokke)


Croquette adalah sejenis snek berbentuk bujur dan kelihatan seperti nuget. Orang jepun memanggil coroquette sebagai korokke . Isi Croquette ialah kentang dan beberapa bahan lain. Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang susah makan, Anda boleh cuba menghidangkan Croquette untuk anak-anak anda.Oleh itu, jom kita tengok bahan yang diperlukan untuk penyediaannya



Bahan-bahan :
3-4 biji kentang
seledri atau daun bawang yang dipotong halus
1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
150 gram ayam atau daging cincang
serbuk roti cheese
2 biji telur yang dipukul
garam
lada sulah
minyak untuk menggoreng

Cara masakan :
01.Rebuskan kentang yang sudah dibuang kulit hingga lembut/empuk

02.Lenyekkan isi kentang yang lembut tadi di dalam mangkuk.

03.Panaskan minyak. Setelah minyak panas,tumiskan bawang hingga  naik bau. Kemudian masukkan ayam cincang dan kacaukan sehingga masak.Setelah itu, masukkan pula daun bawang atau seledri, garam dan lada sulah secukup rasa

04.Masukkan bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk berisi isi kentang . Tambahkan cheese mengikut citarasa . Kemudian kacau hingga rata.

05.Buat adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur

07.Akhir sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.

08.Siap untuk dihidangkan! Sedap dihidangkan dengan sos.

Wednesday, January 4, 2012

10 jenama tersohor bakal hilang

Kajian yang dilakukan oleh 24/7 Wall Street. com menyenaraikan A&W merupakan antara 10 jenama yang bakal hilang pada tahun ini bersama-sama jenama-jenama tersohor lain yang turut disenaraikan di Bursa Saham New York.

Senarai 10 jenama yang di ramalkan bakal hilang ialah:

1. A & W


2. Sears


3. Sony Pictures


4. American Apparel


5. Nokia


6. Saab


7. Soap Opera Digest


8. Sony Ericsson


9. MySpace
 

10. Kellogg's Corn Pops.


Kriteria utama yang diambil bagi menentukan kehilangan jenama itu adalah kejatuhan mendadak di dalam jualan selain mengalami kerugian yang besar.

Kalau tengok senarai tu, mereka bukan calang calang syarikat pada masa dahulu.
Persaingan sengit sekarang memyebabkan ada yang tidak dapat bertahan dan akan menjadi sejarah.

Resipi masakan singgah di sini selalu ya