Sunday, January 22, 2012

Resepi Salatah Mesir


Tiba-tiba saya teringatkan kenangan Mesir, Syria dan Turki yang mengusik kotak ingatanku ini...

Makanan yang paling menjadi ingatan saya selain Yogurt yang kini zaujah sudah bisa membuatnya secara 'homemade' adalah SALATAH. Salatah adalah satu sajian salad Arab yang sangat mudah untuk disediakan..Baik untuk kesihatan tubuh badan seisi keluarga. Patutlah para masyayikh sihat-sihat belaka kerana pemakanan mereka yang sihat dan luar biasa.

Saya kongsikan dengan anda semua...:

BAHAN-BAHAN

1) 2 biji tomato yang benar-benar merah

2) 5 biji timun kecil; baby cucumber yang berwarna hijau pekat

3) 2 ulas bawang putih

4) 3/4 sudu garam bukit / garam biasa pun boleh la jugak.

5) 1 sudu minyak zaitun extra virgin olive oil

6) 1 1/2 sudu jus lemon

7) 1 batang salad panjang (nak batangnya sahaja, daun tak perlu)

8) sedikit daun ketumbar, 1 - 2 batang

9) Tambahan jika mahu: Serbuk daun parsley dan mint kering - kat pasaraya mesti ada jual.


DAN CARA PENYEDIAANYA

1) Bawang putih hendaklah ditumbuk dahulu dengan garam

2) Campurkan dengan olive oil dan lemon juice.

3) Potong dadu sekecil yang boleh; timun, tomato, batang salad panjang dan racikkan daun ketumbar.

4) Campurkan semua bahan yang dipotong dadu tadi dengan campuran sebelumnya.

5) Masukkan serbuk daun parsley atau daun mint ke dalam campuran tadi..

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya