Tuesday, June 26, 2012

Kek Kacang Keju Ceria (Pecan Mascarpone)

KEK PECAN MASCARPONE CERIA
4 biji telur
100gm gula halus
15gm ovalette
35ml air
95gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
60ml mentega (cairkan)
50gm kacang pecan(panggang dan kisar halus)
campur semua bahan kecuali mentega cair...pukul hingga gebu dan ringan,masukkan mentega cair, kaup balik dgn sempurna...tuang dalam loyang 8" bakar suhu 170' selama 30 mint....terbalikkan kek sebaik keluar dari oven selepas 5 minit terbalikkan semula,sejukkan potong kpd 3 bahagian...

cream mascarpone
bahan A
3 biji kuning telur
100 gm dark choc
8gm gelatin
30ml air
250 cream putar bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh nescafe segera (campur sedikit air)

bahan B
230gm mascarpone (Italian cheese cream)
100gm gula aising

cairkan dark choc...panaskan kuning telur dgn cara double boil,kacau hingg berkrim..masukkan gelatin cair,kacau rata..tuang adunan telur dlm choc tadi...,gaul sebati ..ketepikan..putar fresh cream hingga kental,kaup balik dlm adunan kuning telur dan choc td ketepikan.putar mascarpone dan gula icing hingga lembut kemudian satukan adunan fresh cream dgn mascarpone ...

COKLAT GANACHE
bahan A
125ml krim tenusu(whipping cream)
20gm sirap glukos
bahan B
200gm choc masakan hitam
15gm mentega
1 sdt pes kacang hazel
panaskan A hingga berbuih,tuangkan ke dlm B gaul rata..

cara menyediakan kek
1 letakkan sekeping kek atas lapik kek
2 sapukan air nescafe utk melembapkan kek
3 ratakan coklat ganache nipis
4 sapu krim mascarpone diatasnya ..ratakan
5 letak selapis kek lg,ulang proses yg sama
6 ratakan atas kek dgn krim

Tuesday, June 12, 2012

Resepi Nasi Baryani Kelantan

Kali ini, saya ingin kongsikan ilmu masakan. Baiklah, dengan ini saya ingin berkongsi masakan Nasi Baryani Kelantan. Mohon ibu halalkan ilmu ini, anak ibu menyantuni untuk share bersama kawan-kawan. Jadi tanpa melenggahkan masa, jom kita langsung ke dapur sekarang.

Bahan-bahan utama:
1) Seekor ayam (mengikut kapasiti berapa orang makan dan dibersihkan)
2) Rempah Kari Daging (@ dibolehkan rempah Kari Ayam)
3) Beras Basmathi 7 pot (@ mengikut kapasiti)
4) 3 sudu Rempah Baryani
5) Air Bersih (disukat mengikut berapa pot beras basmathi digunakan)
6) Susu Cair
7) Serbuk Kunyit

Bahan Tumisan I:
1) Kulit Kayu Manis
2) Buah Pelaga
3) Bunga Cengkih

Bahan Tumisan II:
1) Bawang Merah yang dimayang halus (dalam 5 ulas @ mengikut kadar nasi)
2) Halia yang ditumbuk
3) Bawang Putih (3 Ulas @ mengikut kadar nasi) dimayang halus
4) Sehelai Daun Pandan (@ boleh digantikan dengan serai)


Cara membuat:

1) Pertama kita nak gorengkan ayam yang telah dibersihkan tadi. Terlebih dahulu perap ayam bersama serbuk kunyit, garam (sekadarnya), daun kari dan rempah kari daging. Rempah kari daging saya gunakan ialah Rempah Kari Daging Che Jah yang saya bawa dari Malaysia, rempah ini sangat masyhur di Bandar Bachok. Selepas diperap dalam 20-30 minit, bolehlah digorengkan di dalam kuali yang telah dipanaskan minyak. Pastikan ayam tadi digoreng separa masak sebab akan digaulkan bersama Nasi Baryani. Ayam yang siap digoreng disejat dan dibiarkan di tepi.

2) Langkah kedua pula kita siapkan Nasi Baryani pula. Panaskan kuali atau periuk (bersaiz besar) dengan minyak, kemudian masukkan bahan tumisan I (seperti di atas). Masukkan pula bahan tumisan II (seperti di atas). Bahan-bahan tadi ditumis hingga naik baunya yang asli, jangan lupa kacau. Kemudian, selepas naik bau tadi masukkan pula 3 sudu rempah baryani dan kacau sampai sebati/rata (dalam 15-20 minit)

3) Apabila dah kelihatan hampir kering bahan dimasak tadi (langkah 2), masukkan air yang telah disukat. Panduan: cara sukatan air semestinya mengikut sukatan beras. Contohnya jika anda masak beras 5 pot. Air juga mestilah 5 pot (2 pot susu cair + 3 pot air). Di sini saya memasak 7 pot beras. Oleh itu saya menggunakan 3 pot susu cair + 4 pot air. Boleh?

4) Setelah itu masukkan susu cair pula yang telah disukat seperti di atas. Kacau hingga sekata. Selepas kuah kelihatan mendidih dan aromanya mula menusuk hidung masukkan ayam yang digoreng separa di awal tadi. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau seperti biasa. Dan rasakan tahap kemasinan yang diinginkan.

5) Kemudian bolehlah masukkan Beras Basmathi yang telah dicuci dan ditos. Kemudian kacau sehingga sekata (seperti nak buat nasi goreng). Semasa memasak boleh dibesarkan api. Tetapi apabila air nasi semakin kering, sila kecilkan api. Periuk tadi boleh ditudung dan biarkan seketika (dalam 3 minit), kemudian kacau dan ditudung pula sehingga diyakini sudah betul-betul masak.

6) Selepas itu, taraaa.. ! Siap untuk dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing. Lihatlah hasil air tangan sahabat sekalian. Jika yang memasak itu jejaka, maka Nasi Baryani masakannya itu mesti kelihatan Macho. Jika memasak itu seorang gadis, mesti cun Nasi Baryaninya.

Selamat Mencuba ! (^_^)

Nota: Lelaki yang hebat apabila bergelar seorang suami, dia mampu mengukirkan senyuman di bibir isterinya. Memasak selain merupakan satu hobi dan keperluan semasa, namun merupakan kaedah berkesan untuk merantai hati si isteri mahupun si suami dengan Kesaktian Cinta. Wah, kalian memang macho dan cun belaka.

Resipi masakan singgah di sini selalu ya