Thursday, August 30, 2012

Kari Hijau Thai Ayam (Green Curry Thai)

Di sini saya hidangkan dua resipi dan cara memasak Kari Hijau Thai (Green Curry Thai) ala ala KFC tu.
Sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke 55, KFC telah hidangkan juadah hidangan Kari Hijau Thai (Green Curry Thai) walaupun tak sehebat rasa di KFC Thailand, tapi kira bolehlah. Kalau tak puas hati sebab karinya sedikit, di sini ada resipinya.

Bahan Untuk Dikisar (utk buat pes kari hijau)
1-3 batang serai, hiris halus
1 -10 biji cili hijau atau cili padi siam, hiris halus (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki.)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 ulas bawang putih, cincang
1 inci halia
1/2 cawan daun ketumbar (termasuk akar dicincang kasar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla) atau budu
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis/kasturi
2 camca teh gula perang/1 kerek nissan
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas (dihiris)
4 helai daun limau purut
500 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)
3 biji cili padi thai, diketuk (kurangkan pedas)

BAHAN KARI HIJAU THAI
1 ekor daging ayam
Pes kari hijau thai (resipi di atas)
Air stok ayam (atau 1 kiub ayam)

Bahan-Bahan Sayur (boleh ikut selera sendiri)
1 biji Terung (potong sederhana - jangan terlalu nipis
1 biji tomato, belah 6
Lada benggala hijau & merah (potong dadu)
Kacang panjang / Kacang buncis (hiris serong)
Tomato (dibelah 2 atau 4)
2 biji kentang
Sukatan dan ukuran semua bahan-bahan boleh diubah ikut selera dan kesesuaian masing-masing.

Kaedahnya
1. UNTUK PES KARI HIJAU THAI, sediakan bahan pes dan potong kecil. 


2. Kisar halus hingga semua lumat. 
Kalau nak buat simpanan dalam peti sejuk, jangan letak santan, air limau, nampla/budu, gula merah, hanya tinggalkan sayuran sahaja. 

3. Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak & tumis pes kari tadi sampai naik bau wangi. 
**Jika pes berasingan dengan santan, masukkan santan, air limau, nampla/budu, gula merah & kacau  sebati.

4. Masukkan ayam, stok ayam (kiub ayam pun boleh) dan kacau sebati. Kacau sebati. Tutup kuali dan biarkan mendidih dengan api sederhana selama 15 minit. Kacau sekali sekala.
Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan bahan-bahan sayur.Kacau dalam 5 minit.
Padam api dan kari sudah siap untuk dihidangkan. Hiaskan dengan daun ketumbar & hirisan limau nipis.

6. Dah siap. 
SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya