Friday, August 3, 2012

Resepi Qatayef atau Qatawef (Apam Balik Arab)

Makanan popular tika Ramadan di Mesir : Qatayef

Makanan yang begitu popular di Tanah Arab di bulan Ramadan. Dikatakan berasal sejak dari zaman Abbasiyyah di Mesir.

Bentuk dan rasanya seakan Pan-cake dimakan dengan pelbagai cara dan pelbagai bentuk bersama krim, madu, jem, juga keju. Qatawef juga digoreng dengan berintikan kacang.

Dihidang ketika berbuka bersahur dan kadang-kadang sebagai "desrt" ringan selepas makanan berat.

Ada juga pelajar Malaysia yang makan bersama Lempok Durian hantaran buah tangan emak yang dikirim dari Malaysia.

Cara pembuatannya seakan Lempeng ; hanya menggunakan adunan campuran tepung, perisa vanila, dan air kemudian dituangkan ke dalam kuali permukaan rata dalam bentuk bulat kecil-kecil seperti dalam gambar.

Tempoh Penyediaan 15 minut
Tempoh Memasak 20 minute
Jumlah hidangan 10 unit

1 tin krim NESTLÉ® atau 170 g
2 cawan susu atau 500 ml
½ cawan tepung jagung atau 60 g
1 sudu air mawar
20 keping qatayef siap sedia. Jika hendak buat sendiri, rujuk bahan lempeng di bawah.
2 cawan minyak untuk menggoreng
3 cawan gula atau 750 ml
2 sudu kacang pistachio ditumbuk untuk hiasan. Boleh guna kacang tanah atau gajus ikut selera

Bahan Untuk Lempeng
* 3/4 cawan yis
* 1 1/2 cawan air suam
* 1 sudu gula
* 1 1/2 cawan tepung
* Garam
* Minyak untuk menggoreng


Cara membuat lempeng Qatayef
Campurkan yis dengan gula dan 1/4 cawan air. Kacau hingga larut.
Ayak tepung dan garam.
Campurkan 1 cawan air dan bahan yis yang dikacau tadi dan gaulkan dengan sudip kayu.
Jika ia mengembang, kacau adunan dengan lembut.
Tutup mangkuk dengan kain dan letak di suhu bilik selama sejam atau sehingga adunan naik.
Panaskan kuali dan sapukan minyak dengan nipis sekeliling kuali. Minyak jangan terlalu tebal.
Tuangkan adunan dengan sudu ke atas kuali panas dan jadikan ia bentuk leper dengan ketebalan sekitar 1-2 cm. Macam buat apam balik juga ni..
Goreng sehingga keemasan. Angkat dan sejukkan.

Penyediaan krim:
Campurkan krim NESTLÉ®, susu dan tepung jagung ke dalam periuk. Didihkan ia sehingga ia akan pekat, campurkan air mawar kemudian asingkan dari api untuk disejukkan.

Apabila sudah dingin, letakkan krim tersebut di atas kepingan qatayef.

Goreng sehingga warna keemasan. Apabila sudah masak, angkat dan taburkan gula. Jika hendak buatkan gula tersebut dalam bentuk sirap, maka kenalah didihkan gula menjadi air gula (sirap).

Hiaskan dengan kacang pistachios.

Selamat Menjamu Selera...


1 comment:

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya