Thursday, August 2, 2012

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan
1/2 kilo siput sedut
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit halia
sebatang serai
1 biji kelapa diparut
garam secukup rasa
sedikit kunyit
sedikit gula

Cara-cara
Perah santan dan dapatkan santan pekat. Santan yang cair diasingkan.
Cuci siput sedut sehingga bersih, gaul dengan hampas kelapa tadi dan dibiarkan beberapa jam. Ini membuatkan bau lumpur hilang dan siput sedut akan lebih sedap. Pastikan bekas ditutup kerana siput boleh merayap.
Bawang-bawang, cili api dan halia dikisar atau ditumbuk untuk dijadikan bahan tumis.
Bersihkan siput dan potong belakang (hujung)
Tumiskan bawang, cili api dan halia, masukkan santan cair dan masukkan siput sedut. Masukkan juga garam,gula dan kunyit serta batang serai yang dititik.
Apabila masak, masukkan santan pekat dan didihkan sebentar dan kemudian matikan api.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya