Saturday, December 1, 2012

Udang Masak Lemak Cili Api

Udang Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:
500gm udang (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2sm kunyit hidup
2sm halia
15 biji cili padi
½ biji kelapa (ambil santan)
1 batang serai (dititik)
asam keping (1 keping)
daun kesum
garam
serbuk perasa

Cara:
1. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, cili padi dimesin.
2. Masukkan perahan santan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang dimesin.
3. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang sederhana.
4. Masukkan serai, asam keping dan udang.
5. Tambah serbuk perasa dan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan daun kesum dan biarkan sedikit layu dan bolehlah dihidangkan.

Resipi Masak Lemak Cili Api Tempoyak Udang

1 kg udang dibuang kulit (resipi asal menggunakan daging salai)
1 helai daun kunyit, di hiris
100 gm bawang merah (dikisar halus)
50 gm bawang putih (dikisar halus)
40 gm kunyit hidup (dikisar halus)- boleh juga guna serbuk kunyit
60 gm cili padi (dikisar halus)
3 batang serai (dititik)
500 gm tempoyak
1 kg santan
250 ml air
Garam secukup rasa
Sedikit gula jika perlu

Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama air ke dalam periuk dan dimasak sehingga kering dan pekat.
Kemudian masukkan santan, serai yang dititik dan daun kunyit. Kacau supaya santan tidak pcah.
Masukkan tempoyak dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan mendidih. Tambah sedikit gula jika perlu.
Akhir sekali, masukkan udang tadi. Biarkan mendidih seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya