Saturday, March 16, 2013

Ayam Percik Madu

Bahan-bahan :

2 cawan santan pekat
3 sudu besar gula (boleh tambah kalau suka manis)
1 sudu teh halba
1 inci belacan
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

-peram-
1 ekor ayam di potong 12.
4 sudu madu
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Bahan untuk dikisar :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 sudu besar cili kisar (atau 15 batang cili kering)
1/2 cawan air


Cara-cara :

1. tumbuk bawang putih, bawang merah dan Lumur pada ayam dengan madu

2. Ini barang untuk dikisar, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai

3. Masukkan cili kering atau cili kisar 3 sudu, halba

5. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau

6. Masukkan asam gelugur dan tumis sehingga air kering dan kuah kental

7. Masukkan santan. Kita guna ayam brand yang warna biru, guna cuma 200ml je pastu bancuh dengan 100ml air

8. Masukkan belacan

9. Masukkan garam, ajonomoto dan gula 

10. Biarkan didih selama 20 minit dengan api kecil sehingga pecah minyak. Kacau setiap 5 minit, maknanya ada 4 kali kacau

11. Panggang ayam dengan suhu 180'C selama lebih kurang 45 minit. Selang 15 minit keluarkan ayam. Sapu dengan kuah. Ulang sebanyak 3 kali.

6. Agak-agak dah masak. Letakkan dalam bekas. Curahkan kuah percik. Sedia untuk dimakan.

1 comment:

Resipi masakan singgah di sini selalu ya