Saturday, March 16, 2013

BAWAL KUKUS LEMON

Bahan-bahan:
semestinya seekor ikan bawal,siakap@kerapu saiz sederhana
1 batang serai*
1" halia*
cili padi (ikut citarasa pedas)*
1 tangkai cili hidup*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sk gula atau secukupnya
1/3 sk garam atau secukupnya
1 sk sos ikan
1 sk minyak bijan
1/2 sk serbuk lada putih
3 tangkai daun ketumbar
jus lemon secukupnya (ikut suka masam)
1/2 cawan air
1 sk tepung jagung dicampur sedikit air

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan,dan lumurkan dengan sedikit minyak bijan,garam dan serbuk lada putih.
2. Panaskan air kukusan, masukkan akar daun ketumbar.
3. Tumbuk halus semua bahan bertanda *. Masukkan ke dalam air periuk kukusan tadi.
4. Masukkan jus lemon, sos ikan, air, garam dan gula secukupnya.
5. Kukus ikan berasingan sehingga masak.
6. masukkan campuran air dan tepung jagung dan kacau cepat.
7. Keluarkan ikan dari kukusan dan curahkan sos air kukusan dari periuk tadi. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

1 comment:

  1. thanks a lot ea,i dh try resepi u..mjadi..tp i suka masam..so i xtrakan lg jus lemon tuh..tq2..

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya