Saturday, March 16, 2013

Dorayaki

Ingat cerita doraemon? Ingat kuih apa yang dimakan Doraemon? Dorayaki!!!!!!!!!

Bahan-bahan ( 10 biji )
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Inti:1½ cawan kacang merah yg manis


Cara-cara
1.Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
2.Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3.Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur.
Kacau adunan secara kaup balik.
Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
4.Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil,
masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
5.Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang,
masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak.
Ulang sampai habis (20 keping).
6.Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake,
tutup dgn satu keping pan-cake.
Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya