Saturday, March 16, 2013

Resepi Kerabu Rumpai Laut (Resepi Kolagen)

Rumpai laut sangat glemer, tapi nak buat masker macam geli je. Jadi jom kita buat kerabu. Rumpai laut ada tiga gred, gred A kaler putih, gred AAA kaler purple dan gred AAAA kaler hijau. Gred 4A tu kurang hanyir.

KERABU RUMPAI LAUT
Penyediaan;
Semangkuk sedang rumpai laut (yang sudah direndam lembut)(dibersihkan dan dipotong kasar)
5 sudu besar kelapa parut putih (lumatkan)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar (dipotong halus)
1 sudu kecil lada hitam
5 sudu besar kelapa goreng (dijadikan mcm kerisik)
Cara-cara
Gaulkan semua bahan di atas bersekali dengan rumpai laut.
Boleh dihidangkan.

ULAM RUMPAI LAUT
Rumpai laut juga sedap dimakan dengan budu pecah dengan lada dan hirisan serai.
atau juga cicah dengan air asam jawa berlada

Selamat mencuba

2 comments:

  1. Salam jika berminat untuk membeli rumpai laut Gred AAA kaler ungu RM 10 100 Gram sila Call/sms sy ditalian 013-3189896
    Thanks admin

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya