Wednesday, May 29, 2013

Resepi Puding Roti Pisang Ceria (Kukus)

Kali ni resepi pakai balun je. Untuk minum petang sebab boring tak tahu nak masak apa, so kita buat yang nampak pelik sikit la. Tengok kat dapur, ada la bahan ni. Jadi timbul idea nak buat puding roti untuk makan petang ni.
Bahan-bahan
~ 8 biji pisang emas (pisang apa pun boleh)
~ 5 sudu breadcrumbs (guna 5 keping roti kering yang dihancurkan pun boleh)
~ 1 cawan susu segar (susu sejat pun boleh)
~ 2 biji telur ayam
~ 1 sudu gula
~ garam secubit
~ 2 sudu tepung gandum

Bahan sampingan
- pengukus
- 2 biji loyang bersalut minyak

Cara-cara:
1. Sediakan bahan. Potong pisang halus-halus. Standby didihkan air dalam pengukus.

2. Masukkan barang untuk dikisar iaitu telur, breadcrumbs, pisang, gula, garam dan susu segar

3. Tuangkan bahan dikisar dalam mangkuk. Masukkan dua sudu tepung gandum dan gaul sebati

4. Sapukan loyang dengan minyak/mentega. Tuang adunan ke dalam loyang. Kita guna dua loyang kecil

5. Tutup loyang dengan plastic wrap atau aluminium foil. Masukkan dalam pengukus yang sudah siap mendidih airnya

6. Kukus selama 20 minit. Bila dah masak, sejukkan dulu loyang

7. Telangkup adunan dalam pinggan. Sejukkan dalam peti ais atau terus makan

8. Ini tekstur dalamannya (klik untuk zoom). Boleh dimakan panas atau sejuk.
SELAMAT MENCUBA



Tuesday, May 28, 2013

Resepi Paprik Ayam (sayur Kubis)

Biasanya orang makan paprik sayurnya kubis bunga, kacang panjang, tomato. Tapi kali ini kita nak masak guna kubis sayur dan bukan kubis bunga. Best tak? Try dulu.. kalau tak minat, gunalah kubis bunga hehehe.

Bahan-bahan:
~ 4 ulas Bawang merah dihiris ->tumis
~ 2 ulas bawang putih dihiris dan ketuk ->tumis
~ 1 inci halia dihiris ->tumis
~ 1/2 biji bawang besar
~ 2 sudu sos tiram
~ 2 sudu sos cili
~ 2 sudu cili boh (chili paste)
~ 1 sudu kicap pekat
~ 2 sudu cukup rasa (atau 2 cubit garam dan 1 cubit ajinomoto secukup rasa)
~ 1 sudu gula (tak suka manis, jangan bubuh ya))
~ sayur-sayuran (biasa orang guna kubis bunga, lobak merah, bawang besar, kacang panjang, tomato, cendawan dan kubis sayur)
~ 400 gram ayam (ayam bandar, ayam hutan, ayam serama, ayam katik, ayam belanda semua boleh)
~ 1-2 helai daun limau purut

Cara-cara:
1. Standby barang tersebut

2. Tumis bawang yang kena tumis tu. Tumis sampai naik bau

3. Masukkan ayam dan goreng. Bukan goreng sampai keemasan, tapi goreng sampai masak.

4. Masukkan ramuan sos kita tadi (sos tiram, cili boh, sos cili, kicap pekat) dan gaul sampai rata

5. Masukkan cukup rasa dan gula

6. Masukkan sayur-sayuran dan daun limau purut. Gaul sampai didih

7. Dah siap untuk dihidangkan. Bolehlah makan.
Nampak simple sebab sayur kite bubuh kubis sayur dan bawang besar je.
Tapi best... walaupun sayur tak 'grand' hehehe
SELAMAT MENCUBA


Monday, May 27, 2013

Resepi Asam Pedas Ikan Merah (Malacca Style)

Bahan-bahan:
~ 1 biji bawang besar (kalau nak guna bawang merah, 5 biji ya) - blender
~ 2 ulas bawang putih - blender
~ 1 inci halia - blender
~ 1 inci lengkuas - blender
~ 5 batang cili api - blender
~ 1 batang serai (kecil halus) - blender
~ 1 sudu serbuk buah keras (dalam sebiji buah keras kalau nak blender)
~ 1 setengah sudu besar cili boh (guna cili kering pun boleh, dalam 5-7 batang)
~ 50ml air asam jawa pekat (dalam 5 biji asam jawa)
~1/2 inci belacan dilumat dalam air
~ 400ml air tapis
~ 2-3 ekor ikan, kita guna ikan merah. Ikan pari pun best
~ 3 sudu cukup rasa (atau dua cubit ajinomoto dan 3 cubit garam secukup rasa)
~ sehelai daun kunyit dan secekak daun kesum

Bahan hiasan
~ 3 batang bendi
~ 5 tangkai daun kesum
~ 1 biji terung
~ tomato

Cara-caranya:
1. Siat semua kulit bahan blender tadi ni dan potong halus sebab nak blend.

2. Standby barang ni sekali

3. Masukkan semua bahan yang nak blend ke dalam blender. Tuang 100ml air belacan

4. Masukkan 1 setengah sudu cili boh. Ape lagi, kita blend sampai lumat lah

5. Panaskan minyak, masukkan bahan dalam blender tadi. Tumis ala kadar dalam 2 minit.

6. Baki air (300ml) tadi digunakan untuk mencuci blender. Airnya dituang ke dalam periuk kita tadi.

7. Masukkan air asam jawa pula

8. Masukkan serbuk buah keras dan 3 sudu cukup rasa. Biarkan didih dengan api sederhana selama 3 minit.

9. Masukkan daun kunyit, daun kesum dan ikan. Kita didihkan ikan selama 8 minit. Bergantung jenis ikan, kalau ikan merah ni, 8 minit. Ikan pari tengok isi, isi tebal dalam 8 minit juga.

10. Dah siap dan boleh hidang untuk makan tengah hari atau tengah malam buta pun boleh
-serve hot-
SELAMAT MENCUBA..

Resepi Nasi Lemak Manchester City

Bahan-bahan:
Resipi Nasi Lemak Kukus:
~ 2 cawan beras
~ 3 cawan santan atau alternatifnya susu
~ 1 camca kecil cukup rasa (atau satu sudu kecil garam dan secubit ajinomoto)
~ Hirisan sebiji bawang putih
~ Hirisan 1cm halia
~ 1 sudu makan halba

Resipi Sambal Nasi Lemak:
~ 2 sudu Cili boh (guna cili kering pun boleh, 5 batang) -blender
~ Sebiji bawang besar -blender
~ Sebiji bawang merah -blender
~ Dua biji bawang putih -blender
~ suku cawan air tapis -blender
~ 1 keping asam keping
~ 1 sudu cukup rasa
~ 1-2 senduk ikan bilis
~ 4 ketul ayam
~ 3 biji cili padi
~ 2 senduk minyak zaitun untuk menggoreng (minyak sawit pun best apa)

Hiasan:
~ Telur goreng
~ Kubis
~ Mentimun
dan apa sahaja yang boleh muat perut

Cara-cara Memasak Sambal Nasi Lemak:
1. Bawang putih, bawang besar dan bawang merah dihiris dulu.

2. Masukkan cili boh (atau lada kering) dan juga bawang-bawang tadi di dalam pengisar (blender)

3. Masukkan air tapis suku cawan. Lepas tu kisar sampai lumat. Siap..

4. Masukkan minyak zaitun dalam kuali, goreng ikan bilis kita sekejap. Kalau nak guna minyak sawit, pastikan guna yang second hand (minyak baki goreng cokodok/ikan/ayam) punya sebab kalau kita goreng ikan bilis ni, nak kena guna api besar. Kalau minyak baru, gerenti hangit. 

5. Lepas tu masukkan hirisan ayam. Goreng dalam 5 minit atau sampai ikan bilis keemasan

6. Tuangkan sambal blender kita tadi. Kacau sekejap

7. Masukkan asam keping. Kacau sekejap

8. Secukup rasa sesudu kecil (atau secubit garam dan secubit ajinomoto). Kacau sekejap

9. Masukkan cili api. Kacau sambal sehingga naik bau atau sehingga naik minyak lebih kurang 5 minit, atau sehingga kering (kalau suka sambal kering)

Resipi Nasi Lemak Kukus

1. Sediakan bahan-bahannya

2. Bersihkan beras, kemudian tuangkan santan

3. Masukkan daun pandan
4. Masukkan halba

6. Masukkan halia yang telah ditumbuk dan bawang

7. Perasakan dengan garam. Kukus dalam 1/3 jam dengan air yang mendidih atau masak nasi seperti biasa dengan dapur elektrik atau dapur arang kayu.

Cadangan hiasan. 
SELAMAT MENCUBA
Nampak simple tapi best, sebabnya inilah kombinasi sambal yang kita mahukan. Bukan main campak je :p

Sunday, May 26, 2013

Resepi Bayam Goreng Basah

Bahan-bahan
~ Seikat bayam
~ Sejemput ikan bilis halus
~ 2 ulas Bawang putih
~ 1 ulas bawang merah
~ 2 biji cili api
~ sesudu Sos Tiram
~ sesudu secukup rasa (atau garam secubit, ajinomoto secubit)
~ 1/4 gelas air tapis

Cara-cara

1. Potong dadu bawang dan kerat cili padi

2. Bersihkan ikan bilis
3. Tumis bawang dan cili

4. Lepas tu goreng ikan bilis dengan api sederhana

5. Bila ikan bilis dah warna emas sikit, masukkan sos tiram

6. Masukkan sayur bayam kita

7. Tuang air

8. Alih sikit bayam, masukkan cukup rasa (atau garam secubit, ajinomoto secubit)

9. Gaul sayur kita macam ni..

10. Hidang panas bersama masak lemak cili api. Best!
SELAMAT MENCUBA


Resipi masakan singgah di sini selalu ya