Monday, May 27, 2013

Resepi Asam Pedas Ikan Merah (Malacca Style)

Bahan-bahan:
~ 1 biji bawang besar (kalau nak guna bawang merah, 5 biji ya) - blender
~ 2 ulas bawang putih - blender
~ 1 inci halia - blender
~ 1 inci lengkuas - blender
~ 5 batang cili api - blender
~ 1 batang serai (kecil halus) - blender
~ 1 sudu serbuk buah keras (dalam sebiji buah keras kalau nak blender)
~ 1 setengah sudu besar cili boh (guna cili kering pun boleh, dalam 5-7 batang)
~ 50ml air asam jawa pekat (dalam 5 biji asam jawa)
~1/2 inci belacan dilumat dalam air
~ 400ml air tapis
~ 2-3 ekor ikan, kita guna ikan merah. Ikan pari pun best
~ 3 sudu cukup rasa (atau dua cubit ajinomoto dan 3 cubit garam secukup rasa)
~ sehelai daun kunyit dan secekak daun kesum

Bahan hiasan
~ 3 batang bendi
~ 5 tangkai daun kesum
~ 1 biji terung
~ tomato

Cara-caranya:
1. Siat semua kulit bahan blender tadi ni dan potong halus sebab nak blend.

2. Standby barang ni sekali

3. Masukkan semua bahan yang nak blend ke dalam blender. Tuang 100ml air belacan

4. Masukkan 1 setengah sudu cili boh. Ape lagi, kita blend sampai lumat lah

5. Panaskan minyak, masukkan bahan dalam blender tadi. Tumis ala kadar dalam 2 minit.

6. Baki air (300ml) tadi digunakan untuk mencuci blender. Airnya dituang ke dalam periuk kita tadi.

7. Masukkan air asam jawa pula

8. Masukkan serbuk buah keras dan 3 sudu cukup rasa. Biarkan didih dengan api sederhana selama 3 minit.

9. Masukkan daun kunyit, daun kesum dan ikan. Kita didihkan ikan selama 8 minit. Bergantung jenis ikan, kalau ikan merah ni, 8 minit. Ikan pari tengok isi, isi tebal dalam 8 minit juga.

10. Dah siap dan boleh hidang untuk makan tengah hari atau tengah malam buta pun boleh
-serve hot-
SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya