Wednesday, May 22, 2013

Resepi Bubur Gandum atau Bubur Barli atau Bubur Talbinah

Semalam petang minum teh dengan puding karamel macam resepi semalam di sini.
Nak cerita... Satu hari ceria resepi pernah makan makanan ransom tentera iaitu Bubur Gandum dari seorang abang askar yang bagi. Rasanya memang sedap tapi rasa macam ada pengawet.
Tiba-tiba pagi ni rasa nak buat saje.. cuma nak lebihkan barli. Penyediaan ini untuk seorang makan, kalau nak makan berdua, lebihkan susu/santan sebab barli memang sarat :)
Orang arab panggil makanan ini - Bubur Talbinah. Ini merupakan makanan sunnah

Bahan-bahan
~ satu sudu besar barli (boleh ganti tepung terigu tapi barli lebih sunnah!!)
~ satu sudu besar gula
~ secubit garam
~ 1/2 cawan susu segar/santan
~ 2 cawan air tapis
~ 2 sudu besar tepung gandum

Bahan sampingan:
~ 2 sudu besar
~ kuali

Cara-cara:
1. Rebus barli dengan dua cawan air sampai barli jadi lembut dalam 10-15 minit

2. Masukkan gula dan garam. Kacau sikit

3. Masukkan susu segar atau alternative boleh buh santan

4. Masukkan dua sudu tepung gandum

5. Kacau slow2

6. Pecah-pecahkan tepung gandum tu ya dengan 2 sudu..

7. Nah ini sarapan pagiku, likat lagi best dari yang cair... selamat mencuba, best tau

Hadis Bubur Talbinah
Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh untuk memasak seperiuk bubur Talbinah (bubur tepung), kemudian dibuat pula Tharid (sejenis makanan yang diperbuat dari campuran roti dan daging), lalu disiram dengan bubur Talbinah tersebut, kemudian beliau berkata: Makanlah! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bubur Talbinah itu boleh menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian dari kesedihan.” (Diriwayatkan sahih oleh Muslim dan Bukhairi)

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya