Monday, May 27, 2013

Resepi Nasi Lemak Manchester City

Bahan-bahan:
Resipi Nasi Lemak Kukus:
~ 2 cawan beras
~ 3 cawan santan atau alternatifnya susu
~ 1 camca kecil cukup rasa (atau satu sudu kecil garam dan secubit ajinomoto)
~ Hirisan sebiji bawang putih
~ Hirisan 1cm halia
~ 1 sudu makan halba

Resipi Sambal Nasi Lemak:
~ 2 sudu Cili boh (guna cili kering pun boleh, 5 batang) -blender
~ Sebiji bawang besar -blender
~ Sebiji bawang merah -blender
~ Dua biji bawang putih -blender
~ suku cawan air tapis -blender
~ 1 keping asam keping
~ 1 sudu cukup rasa
~ 1-2 senduk ikan bilis
~ 4 ketul ayam
~ 3 biji cili padi
~ 2 senduk minyak zaitun untuk menggoreng (minyak sawit pun best apa)

Hiasan:
~ Telur goreng
~ Kubis
~ Mentimun
dan apa sahaja yang boleh muat perut

Cara-cara Memasak Sambal Nasi Lemak:
1. Bawang putih, bawang besar dan bawang merah dihiris dulu.

2. Masukkan cili boh (atau lada kering) dan juga bawang-bawang tadi di dalam pengisar (blender)

3. Masukkan air tapis suku cawan. Lepas tu kisar sampai lumat. Siap..

4. Masukkan minyak zaitun dalam kuali, goreng ikan bilis kita sekejap. Kalau nak guna minyak sawit, pastikan guna yang second hand (minyak baki goreng cokodok/ikan/ayam) punya sebab kalau kita goreng ikan bilis ni, nak kena guna api besar. Kalau minyak baru, gerenti hangit. 

5. Lepas tu masukkan hirisan ayam. Goreng dalam 5 minit atau sampai ikan bilis keemasan

6. Tuangkan sambal blender kita tadi. Kacau sekejap

7. Masukkan asam keping. Kacau sekejap

8. Secukup rasa sesudu kecil (atau secubit garam dan secubit ajinomoto). Kacau sekejap

9. Masukkan cili api. Kacau sambal sehingga naik bau atau sehingga naik minyak lebih kurang 5 minit, atau sehingga kering (kalau suka sambal kering)

Resipi Nasi Lemak Kukus

1. Sediakan bahan-bahannya

2. Bersihkan beras, kemudian tuangkan santan

3. Masukkan daun pandan
4. Masukkan halba

6. Masukkan halia yang telah ditumbuk dan bawang

7. Perasakan dengan garam. Kukus dalam 1/3 jam dengan air yang mendidih atau masak nasi seperti biasa dengan dapur elektrik atau dapur arang kayu.

Cadangan hiasan. 
SELAMAT MENCUBA
Nampak simple tapi best, sebabnya inilah kombinasi sambal yang kita mahukan. Bukan main campak je :p

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya