Saturday, June 29, 2013

Resipi Roti Canai Ceria

Resipi Roti Canai Ceria adalah ilham bagi melembutkan roti, dibuat mengikut pengalaman hehehe.
Roti canai juga disebut roti prata di JB. Kalau kat negeri selain Johor, jangan sebut roti prata, nanti dia buat roti planta.

Bahan-bahannya:
150 gram tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat (pakai tepung penaik pun boleh)
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu susu pekat manis
1 sudu minyak zaitun (minyak sawit atau margerin atau mentega pun boleh)

p/s: sukatan ini untuk 2-3 biji roti canai. Kalau nak lebih, kena tambah air dalam 50ml bagi setiap 100 gram tepung dan 1 sudu susu pekat bagi setiap 200 gram tepung, 500 gram tepung bersamaan dua biji telur. Yang lain tu agak-agaklah sendiri ya :)

Cara Menyediakannya:
1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam tepung gandum dan gaul rata

2. Masukkan susu pekat ke dalam bekas yang berisi telur

3. Garam secukup rasa. Kemudian pukul sampai kembang

4. Tuangkan tepung ke dalam telur

5. Masukkan minyak zaitun (minyak masak/mentega/marjerin). Kacau adunan dengan sudu

6. Uli tepung dengan tangan. Tekan-tekan dan uli. Dalam 10 minit uli, lagi lama lagi bagus, sebab nanti tak adalah tepung tu berkematu masa nak canai nanti

7. Kemudian buat macam ni, tekan tekan

8. Lepas tu tekan dengan ibu jari, tolak adunan pelan-pelan

9. Jadilah sebiji bebola. Bagi setiap bebola, minyakkan dia dengan minyak atau mentega.

10. Nah.. dapat 3 biji. Tapi kecil ni. Sepatutnya dua biji je bagi 100 gram tepung gandum. Peram selama paling sekejap sejam. Kita peram 4 jam.

11. Minyakkan meja, kemudian penyek adunan macam ni. Biarkan semua bebola penyek macam ni seminit dua

12. Langkah satu tekan dengan tapak tangan, buat bulat. Tangan tu kenalah berminyak

13. Langkah dua, pegang macam ni, satu tapak tangan hala ke atas, satu tapak tangan hala ke bawah. Hanya ibu jari kepit satu bahagian, 4 jari lagi bahagian lain serentak.

14. Langkah tiga, Apa lagi.. lenggang kangkung la. Tebar macam ni kemudian letak macam.... di bawah ni

15. Macam ni nak campak dia. Alihkan posisi sudut berlainan setiap kali tebar.. Ingat pegang hanya dihujung adunan je. Tebar sampai adunan jadi nipis

16. Langkah empat. Lepas dah tebar, tarik hujungnya yang masih tebal. Standard la kalau terkoyak, jangan frust.. 

17. Langkah lima, nah percikkan minyak. Masa ni nak bubuh bawang ke, sardin ke, planta ke, ikut suka la.. tapi kita nak buat roti bulat

18. Langkah enam, angkat hujungnya tinggi sikit kemudian...

19. Langkah tujuh, pusing macam ni

20. Langkah lapan, selit hujungnya yang kita pegang tadi ke bawah dan tolak dia kat tengah naik atas. Kalau tak faham, buat roti petak je la. Kemudian goreng. Nak goreng berminyak ke, kurang minyak ke, ikut selera la.

21. Nah dah siap.. nampak best. Lembut walaupun dah sejuk tau. Boleh dimakan bersama gula, susu pekat atau kari
SELAMAT MENCUBA

Resipi Kek Kukus Tiga Lapis Ceria

Bahan-bahannya:
250 gram tepung gandum (1 cawan)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur ayam
5 sudu milo dilarut dengan 50ml air panas
50ml ekstrak air kopi (atau guna 2 sudu nescafe dilarut air panas)
50ml air panas
2 sudu serbuk penaik
1 sudu soda bikarbonat
4 sudu gula (kalau suka manis, boleh bubuh lebih)
setitik esen vanilla

Cara Menyediakannya:
1. Standby bahan berikut. Yang kotak tu santan, tersalah letak pula. Patutya letak susu pekat manis hehehe..

2. Pecahkan telur dan kacau

3. Masukkan gula

4. Lenguh pula tangan nak pukul telur. Masuk dalam blender je senang, tengok tu siap berbuih lagi hehehe. Pastu masuk minyak

5. Masukkan esen vanilla

6. Kemudian masukkan susu pekat. Pastu kisar lagi. (Tips: Gunakan cawan yang berminyak tadi, nanti tak lekat)

7. Masukkan serbuk penaik dan bikarbonat ke dalam tepung gandum. Gaul rata.

8. Tuangkan adunan telur yang dipukul dengan blender tadi. Kacaulah adunan tu.

9. Sementara tu siapkan kopi dan milo

10. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masuk air panas sahaja. Bahagian kedua campur dengan kopi.

11. Bahagian ketiga campur dengan milo

12. Inilah tiga bahagian tu..

13. Minyakkan loyang dengan tisu. sementara tu panaskan pengukus dengan api tinggi.

14. Tuang adunan pertama, kita masukkan yang putih dulu

15.  Letak loyang ke dalam pengukus yang siap menggelegak. Tutup loyang dengan plastik supaya wap air tak masuk ke dalam loyang

16. Tutup pengukus. Kita ni guna pengukus cap itik je, kuali besar dan penutup. Cara macam ni jimat gas dan air. Biarkan 10 minit.

17. Buka dan keluarkan loyang, tuangkan adunan kedua, kita bubuh kopi. Masuk dalam pengukus dan kukus lagi 10 minit. (Tips, masa keluarkan loyang masukkan segelas air dalam pengukus cap itik tadi)

18. Buka dan keluarkan loyang, tuangkan adunan ketiga, kita bubuh milo Masuk dalam pengukus semula dan kukus lagi 40 minit. (Tips, masa keluarkan loyang masukkan segelas air dalam pengukus cap itik tadi). Jaga air, takut kering sebab pengukus cap itik ni air cepat kering

19. Nah, sejam je kukus. Tak lama pun. Nak kena jaga yang 10 minit tu je

20. Keluarkan dan letak atas pinggan untuk disejukkan. (bukan dalam peti ais, tapi suhu bilik). Test dulu sedap tak makan panas-panas hehehe

21. Cadangan hiasan. Dimakan bersama ais krim. yum yum.. bestnya
SELAMAT MENCUBA

Resipi Udang Masak Mentega (Resepi Butter Prawn)

Hari tu makan butter prawn, punyalah gedabak mahal sampai RM20, udangnya sikit. Tak puas hati sebab anak pun minat juga butter prawn, maka kali ini kita balas dendam pula.
Banyak sikit dapat makan udang hehehe.. dua kali lunch makan butter prawn, puas hati. Nak tiru resepi ni, ambillah.. tak ada hak cipta sebab nanti jadi najis juga kan?? hehehe

Bahan-bahannya
15-20 ekor udang
3 biji telur
1 bungkus butter (guna marjerin pun boleh)
3 helai daun kari
1 batang daun sup
1 batang cili hijau
2 sudu kecil serbuk lada hitan
1 sudu kecil serbuk lada putih
garam dan ajinomoto

Cara membuatnya:
1. Asingkan telur yang kuning dan putih di dalam bekas yang berbeza.

2. Tuang putih telur ke atas udang

3. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Gaulkan

4. Masukkan cili hijau dan gaulkan

5. Masukkan sesudu lada putih dan sesudu lada hitam dan gaulkan

6. Masukkan daun sup dan daun kari. Gaul rata

7. Masukkan 1/4 buku butter ke dalam kuali. Goreng udang

8. Goreng udang sampai udang tukar kaler oren

9. Angkat dan toskan udang itu. Biar dia duduk dalam tos tu

10. Untuk kuning telur, masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa serta sesudu lada hitam. Pukul kuning telur sampai kembang

11. Masukkan baki butter tadi semua ke dalam kuali panas. Tunggu sampai butter panas, cair dan berbuih. Jangan kedekut mentega tau, nanti tak jadi. Biar dia banjir. Ni guna 3/4 buku mentega. 

12. Kemudian kita buat aksi macam teh tarik. Tarik kuning telur tinggi-tinggi kelapa bali. Sambil tu, putarkan sudip tu laju-laju (100km/j pun ok, tapi jangan sampai tumpah). Tuang sikit-sikit tapi jangan putus pula, macam teh tarik. Lebih kurang 30 saat juga aksi ni

13. Teruskan memutar telur dengan sudip walaupun telur dah habis ditarik. Oh lupa nak bagitau, api sederhana ni tau

14. Sampailah naik buih. Rileks dulu, putar lagi sampai kita nampak macam ada benda halus loncat-loncat.

15. Lepas itu angkat kuali dan tuangkan adunan tadi ke atas udang

16. Toskan dan biar minyak tu disejat ke bawah. 

17. Jadilah udang masak mentega. Best tau
SELAMAT MENCUBA

Resipi masakan singgah di sini selalu ya