Monday, June 24, 2013

Ayam Percik Merah Ceria

Bahan-bahannya:
Untuk peram ayam
6 ketul ayam (berapa ketul pun ikut suka tapi resepi ni bukan untuk lebih seekor ayam)
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 batang serai
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar

Untuk kuah percik
-kisar-
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 sudu besar cili kisar (atau 15 batang cili kering)
1/2 cawan air

-masak-
1 cawan santan pekat + 1 cawan air
1 sudu besar gula (boleh tambah kalau suka manis, saya tak tambah)
1 keping asam gelugur (asam keping)
2 cm belacan
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:
1. tumbuk bawang putih, bawang merah dan serai. Lumur pada ayam

2. Masukkan jintan putih dan serbuk ketumbar dan gaul. Peram dalam 20 minit

3. Ini barang untuk dikisar, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai

4. Masukkan cili kering atau cili kisar 3 sudu

5. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau

6. Masukkan asam gelugur dan tumis sehingga air kering dan kuah kental

7. Masukkan santan. Kita guna ayam brand yang warna biru, guna cuma 200ml je pastu bancuh dengan 100ml air

8. Masukkan 2 cm belacan

9. Masukkan garam, ajonomoto dan gula (opsyenal, kita tak bubuh sebab tak suka manis sangat)

10. Biarkan didih selama 20 minit dengan api kecil sehingga pecah minyak. Kacau setiap 5 minit, maknanya ada 4 kali kacau

11. Sementara tu goreng ayam yang telah diperam tadi dengan api kecil. Kalau tak nak goreng, bakar pun boleh :)

12. Disebabkan kita goreng, maka kita kena sejatkan ayam tu dengan tisu sampai minyak kering

13. Dah siap. Tuangkan kuah ke atas ayam tadi
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya