Friday, June 14, 2013

Bubur beras pulut hitam

Bahan-bahannya:
1 cawan pulut hitam
200 ml santan pekat
1 senduk manisan (gula melaka)
garam secukup rasa
200ml air

Cara membuatnya:
1. Rendam beras pulut hitam dengan air suam selama sejam atau lebih. Kemudian salin airnya. Masukkan air tapis dan masak di dalam kuali bersama beras pulut hitam tadi

2. Tambahkan garam. Biarkan didih sekejap

3. Sementara itu bancuh gula melaka

4. Tuang gula melaka ke dalam kuali

5. Masukkan santan. Gaul rata dan biarkan didih. Tunggu hingga masak.
Nak tahu masak, bila beras lembut atau bila beras putih tersembul keluar dari beras hitam.

6. Siap sudah pencuci mulut pantai timur kita :)
SELAMAT MENCUBA

1 comment:

  1. wahh..sng rupanya nak buat ye..
    kalau camni nk try la..tq fren..:-)

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya