Tuesday, June 18, 2013

Ikan Masak Tiga Rasa Ceria

Ikan siakap masak tiga rasa atau masak masam manis, sering menjadi pilihan. Alternatif bagi ikan siakap mungkin ikan kembung. Tetapi kali ini kita cuba ikan selayang (orang sabah sebut ikan basung)
Namun begitu, kita cuba buat 'from scratch' tanpa menggunakan sos. Tentu menarik kan?

Bahan-bahannya:
2 biji tomato
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
10 tangkai cili kering siap direbus
2 tangkai cili hijau
5 tangkai cili api siam
1 sudu asam jawa
1 sudu gula melaka/manisan (boleh guna gula merah atau gula)
1 sudu sos tiram
1 sudu cuka
sesudu serbuk jintan putih
garam 
1 cawan air tapis

Cara Menyediakannya:
1. Bahagikan tomato, bawang putih, bawang besar dan kunyit kepada dua bahagian

2. Satu bahagian tadi dimasukkan ke dalam blender bersama cili kering yang siap direbus dengan setengah cawan air

3. Bahagian yang kedua pula dihiris dadu bersama cili hijau dan cili padi siam

4. Taburkan jserbuk intan putih dan garam ke atas ikan selayang. Tak ada jintan putih, serbuk halia pun boleh. Gorenglah ikan itu terlebih dahulu

5. Sementara menantikan ikan masak, gaulkan gula melaka dan asam jawa bersama setengah cawan air panas.

6. Apabila ikan siap digoreng, buang minyaknya dan tinggalkan sedikit baki. Di atas kuali yang sama, tuangkan bahan yang telah di 'blend' tadi

7. Gaul sampai didih kemudian masukkan sos tiram

8. Masukkan bawang dan cili yang dihiris dadu tadi

9. Kemudian tuangkan air gula melaka dan asam jawa tadi. Biarkan mendidih lagi seminit dua

10. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Tunggu didih selama 2 minit

11. Renjiskan air cuka

12. Tuangkan adunan yang menyelerakan tadi di atas ikan goreng


No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya