Friday, June 14, 2013

Kari Hijau Kelantan (Kelantan Green Curry)

Kari Hijau Kelantan (Kelantan Green Curry) bukan Kari Hijau Thai. Bezanya hanyalah kerana tiada daun selasih dan daun ketumbar. Rasanya lebih sedap dan kurang pahit. Resepi ini warisan ceria resepi. Tiada trade mark.. nak curi.. curilah :)

Bahan-bahan:

Bahan blender:
1 batang serai, 
2 biji bawang putih, 
6 biji bawang merah, 
sebiji bawang besar, 
1/2 inci kunyit, 
1 inci lengkuas, 
8 batang cili hijau

Bahan Rempah Rahsia:
1/2 kerek manisan (gula melaka) atau sesudu
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu lada putih
secawan air

Bahan memasak:
1 batang serai dititik
garam, ajinomoto secukup rasa
Sesudu Minyak zaitun (minyak sawit pun boleh)

Cara memasaknya:
1. Standby barangnya. Ada lagi satu tak letak, ayam sama santan. Tapi sebenarnya dah standby pun heheh

2. Ini kombinasi rempahnya, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar dan lada putih

3. Tuangkan serbuk ini ke dalam air gula melaka. Inilah dinamakan bahan rempah rahsia

4. Tuangkan bahan rempah rahsia ke atas ayam.

5. Percikkan cuka sebanyak sesudu dan peram 10 minit

6. Hiris kecil serai, bawang putih, bawang merah, bawang besar, kunyit, lengkuas, cili hijau 

7. Setelah itu masukkan ke dalam blender dan tuangkan 200ml santan pekat. Blend sampai lumat

8. Panaskan kuali dengan minyak. Tuangkan bahan peram tadi ke dalam kuali panas

9. Dengan api sederhana, masukkan serai yang dititik. Biarkan 5 minit. Kemudian balikkan ayam.

10. Kemudian tuang bahan dalam blender tadi, gaul rata hingga hampir mendidih, tutup kuali dan masak sehingga 10 minit

11. Buka penutup dan masukkan kacang buncis. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. Garam 2-3 sudu kecil. Biarkan seminit sambil kacau

12. Hidangan telah siap untuk dimakan bersama nasi putih. Best tau
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya