Thursday, June 20, 2013

Resepi Cek Mek Molek Ceria

Bahan-bahannya:
6 ketul ubi stelo (ubi keledek/ubi manis)
1 cawan tepung gandum (100 gram)
sesudu garam
6-10 sudu gula

Cara menyediakannya:
1. Rebus ubi stelo/ubi keledek sehingga lembut, bila dah siap rebus, toskan sekejap

2. Lecek ubi stelo dengan sudu ketika masih panas

3. Ini secawan tepung gandum

4. Masukkan tepung gandum dan sesudu garam ke dalam ubi stelo tadi

5. Gaul rata dengan sudu atau tangan

6. Dan kemudian uli sampai boleh dibentukkan. Kalau lembik sangat boleh tambah lagi tepung gandum

7. Bulatkan cenggini

8. Leperkan kemudian bubuh sesudu gula. Gulung dengan menutupkan adunan itu ke atas gula tadi

9. Inilah hasilnya dalam proses bubuh gula dan gulung. Jangan gulung lebih nanti jadi panjang pula macam satu gambar di atas. Tak comel

10. Goreng (deep fry) cek mek molek kita

11. Inilah bentuk setelah digoreng. Kalau guna ubi stelo putih, mesti warna keemasan.

12. Dihidang untuk minum petang atau sarapan pagi
SELAMAT MENCUBA
untuk buat kuih keria pula, tekan di sini: http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/06/resepi-kuih-keria.html

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya