Thursday, June 20, 2013

Resepi Ikan Singge (Ikan Singgang)

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan selayang@ikan kembung@ikan tenggiri@ikan aya (ikan tongkol/@ikan kayu)
2 cawan air (200ml)
2 inci lengkuas
1 inci halia
sebiji bawang besar
3 biji bawang putih
3 biji cabai hijau
garam dan ajinomoto secukup rasa

kalau nak tambah asam keping, cili padi, bawang merah, suka hatilah.. kita guna bahan di atas. Jangan campur kunyit dengan serai, udah lerrr

Cara membuatnya:
1. Ini bahan yang dipotong. Bawang besar jangan potong halus semua ya, cili hijau pun tak yah potong

2. Panaskan air tapis ke dalam kuali dan masukkan bahan semua sekali yang siap dipotong

3. Masukkan garam dan ajinomoto. Kita guna sesudu cukup rasa dan sesudu garam je. Biarkan sampai didih dengan api sederhana. Kita nak ekstrak semua bauan bahan ini

4. Dah mendidih baru taruk ikan. Lay out cantik-cantik ikan tu, biar sampai mendidih dengan api sederhana

5. Nah, siaplah resepi simple tapi menyelerakan ini. Kuah dia banyak syok

7. Penyek ikan dalam budu, hirisan cili api, buah pauh (mempelam).. perghh terangkat
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya