Sunday, June 23, 2013

Resepi Kek Kuali Ceria (Pan Cake)

Bahan-bahan
1 biji telur
2 kecil sudu minyak sawit (ganti marjerin)
secubit garam
1 sudu kecil susu pekat manis dibancuh 50ml air
tepung gandum 200 gram
1 sudu kecil serbuk penaik

Cara menyediakannya
1. Pukul telur sampai kembang

2. Campurkan serbuk penaik ke dalam tepung dan kacau rata

3. Setelah itu masukkan tepung ke dalam telur. Gaul rata

4. Masukkan minyak dan gaul lagi

5. Masukkan susu dan kacau

6. Adunan mesti dikacau sampai tepung di tarik tak putus, tak melekat

7. Panaskan kuali dan ratakan minyak dengan tisu. Tuang adunan ke dalam kuali. Biarkan ia masak dengan api yang kecil. Nanti ada macam bubble naik

8. Balikkan kek kita itu dan masak sekejap. Lepas tu angkat

9. Inilah kek kuali ceria atau dalam bahasa orang putih, Resepi Pan cake
SELAMAT MENCUBA.
Best.. cadangan untuk makan: dengan jem buah atau susu pekat manis

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya