Tuesday, June 18, 2013

Resepi Kuah Kacang, Nasi kapit dan Sambal Kelapa Kelantan

Resepi Kuah Kacang dan Sambal Kelapa Kelantan untuk buat nasi kapit atau nasi himpit Kelantan. Sambal kacang juga enak dimakan dengan sate. Kalau malas buat nasi kapit (nasi himpit), bolehlah guna beras ketupat segera. Eh sama ke beras ketupat dengan nasi kapit? Nope!!! lain... nasi himpit (nasi kapit) di himpit semalaman. Beras ketupat (ketupat nasi) pula boleh makan selalu (segera). Ingat tu.. jangan malukan bahasa Melayu hehehe

Bahan-bahannya:

Kuah Kacang:
5 biji buah keras
segenggam cili kering siap direbus
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai dititik
1 cawan gula melaka (nisse)
2 cawan kacang tanah
sekeping asam keping (asam gelugur)
garam secukup rasa
air tapis secukupnya

Sambal Kelapa (sambal nyiur)
2 ekor ikan selayang (ikan kembung lagi best ape)
dua genggam kelapa parut
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
2 sudu gula
garam secukup rasa

Nasi Kapit (Nasi himpit/nasi impit)
Boleh guna beras ketupat apa-apa jenama, ini dipanggil ketupat nasi. Kalau nak buat nasi kapit, bahannya:
1 gelas beras
5 gelas air tapis
1 sudu garam
p/s: kalau tanak nasi, nisbah beras dan air 1:1.5, kalau buat nasi kapit pula nisbahnya 1:5
Tanak beras seperti biasa, kemudian bila nasi hampir, kacau sambil lecek nasi itu dan masukkan air lagi. Ulangi proses ini sebanyak tiga kali setiap 10 minit sehingga air 3 gelas setengah tu habis. Proses menanaknya ialah 1 jam dengan api sederhana, kalau guna periuk nasi elektrik dalam sejam setengah. Setelah siap dan lembut, masukkan nasi dalam bekas yang siap diminyak. Tekan nasi supaya mampat dan padat dan tindihkan atas nasi itu dengan benda berat (alas plastik) dan biarkan semalaman lebih kurang 6 jam. Orang zaman dulu tak guna bekas, diaorang guna kain batik je pastu kapit dengan batu besar.

Cara menyediakan Kuah Kacang:
1. Bakar kacang tanah sampai masak (bila makan tak rasa mentah)

2. Blender kacang yang telah dimasak dan dibuang kulit. Kalau rajin, tumbuklah kacang tu

3. Sediakan bahan ini iaitu buah keras, lengkuas, halia, cili kering, bawang putih dan bawang merah 

4. Masukkan dalam blender dan giling dengan 1/2 cawan air sampai lumat

5. Panaskan minyak dalam kuali dan tuang bahan tumis yang telah digiling ke dalam minyak panas

6. Campakkan serai dan gaul

7. Masukkan nisse (gula melaka) dan asam gelugur. Didihkan sampai pecah minyak

8. Tuangkan kacang yang telah dihancurkan. Didihkan lagi dengan api kecil sambil kacau selama 30 minit

9. Siaplah kuah kacang kita

Cara menyediakan Sambal Kelapa (sambal nyiur):

1. Rebus ikan untuk diambil isinya sahaja. Kalau nak bakar pun ok juga, tapi kita suka yang direbus walaupun tak tahan lama dan cepat basi :)

2. Kemudian masak kelapa parut hingga kekuningan rata. Kena gaul dengan api yang sederhana. Kalau jenis tenaga lemah lembut dan selalu berangan, kacau kelapa parut mesti dengan api kecil

3. Isi ikan digaul bersama bawang merah, bawang putih, serai dan halia yang telah dihiris kecil

4. Tuangkan semua bahan ke dalam kelapa parut dan perasakan dengan gula dan garam, Kalau tak nak guna gula, boleh gantikan dengan serbuk nisse. atau gula merah

5. Inilah hasilnya.. wah sedap dan wangi

SELAMAT MENCUBA. 
Best tau.. makan dengan nasi kapit. Kalau malas buat nasi himpit, gunalah ketupat nasi iaitu dari paket beras ketupat jenama nona atau adabi.
Gambar bersama nasi kapit 

8 comments:

  1. perghhh, layan...sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan. tq share sambal nyor tu, sy teringin sgt nsk makan :). esok nk bt. hehe
    visit my blog; http://suplemenuntuksemua.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. tq for the recipe.. macam sedapp je.. mesti kene cuba ni.. thks again!

    ReplyDelete
  4. sedapp..tq for the recipe..

    kalau berminat leh tgk sini..it's free..tq
    http://jobandcash.com/?share=126773

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya