Wednesday, June 19, 2013

Resepi Kuah Lodeh Nasi Himpit (Lontong Johor)

Masakan sayuran yang menjadi tradisi johor iaitu Kuah Lodeh yang dimakan bersama nasi himpit atau makanan ini dipanggil lontong basah. Cuma hari ini nak fokus pada cara buat kuah lodeh

Bahan-bahannya
Digiling
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
10 batang cili kering dididihkan dulu (guna cili boh pun boleh, 3 sudu)
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk kunyit (atau 1 inci kunyit hidup)
2 sudu ikan bilis
2 sudu udang geragau (udang kering pun boleh)

DiTumis
-Minyak zaitun (kelapa sawit pun hebat ape)
-Bahan yang digiling
-Garam dan ajinomoto
-1cm belacan
-1 batang serai dititik
-10 ketul ayam yang dipotong kecil
-1 cawan santau pekat yang dicairkan menjadi 3 cawan

Sayuran
1 mangkuk suun
8 batang kacang buncis
2 batang sawi
1 biji tomato
1 batang terung
tempe

Cara memasaknya:
1. Ini bahan-bahannya yang nak kena blend dulu, lengkuas, kunyit, bawang dan serai. Potong la dulu nanti pisau blender tumpul

2. Masukkan serbuk kunyit, kalau tak ada serbuk kunyit, masukkan kunyit hidup

3. Masukkan pula jintan putih

4. Masukkan cili kering beserta air rebusannya lebih kurang 1 cawan. Terus blend dulu

5. Buka blender, Masukkan udang geragau dan....

6. Masukkan ikan bilis. Blend sampai lumat

7. Masukkan bahan yang digiling ke dalam minyak untuk menumis. Tumis sampai hidung jadi menyengat

8. Masukkan ayam. Kacau sekejap

9. Masukkan belacan. Kacau sekejap

10. Kemudian masukkan serai yang dititik
Dan kacau dengan api sederhana sampai naik minyak. Gerenti dapur kotor kejap hehehe

10. Dah pecah minyak tu, masukkan santan cair dan kacau rata sampai didih

11. Nampak tak sayur ni? potonglah dulu ya

12. Tuang sayur yang bersifat keras (kacang buncis, sawi, terung, tempe) ke dalam kuah kita tu

13. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Kita bubuh satu sudu 'cukup rasa' dan 2 sudu kecil garam. Tunggu kejap

14. Lepas itu masukkan suun

15. Akhir sekali tomato

16. Dah siap... nampak best... bolehlah hadap dengan nasi :)

17. Lagi best di makan bersama nasi himpit yang mana resepi sambal dan bagi semalam (http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/06/resepi-kuah-kacang-dan-sambal-kelapa.html). Jadilah lontong johor :)

SELAMAT MENCUBA
best yum yum yum


No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya