Thursday, June 20, 2013

Resepi Kuih Keria

Bahan-bahannya:
6 ketul ubi stelo (ubi keledek/ubi manis)
1 cawan tepung gandum (100 gram)
sesudu garam
6-10 sudu gula

Cara menyediakannya:
1. Rebus ubi stelo/ubi keledek sehingga lembut, bila dah siap rebus, toskan sekejap

2. Lecek ubi stelo dengan sudu ketika masih panas

3. Ini secawan tepung gandum

4. Masukkan tepung gandum dan sesudu garam ke dalam ubi stelo tadi

5. Gaul rata dengan sudu atau tangan

6. Dan kemudian uli sampai boleh dibentukkan. Kalau lembik sangat boleh tambah lagi tepung gandum

7. Bentukkan adunan seperti gelang

8. Goreng deep fry adunan yang telah dibentuk kita ini

9. Angkat dan Sejat dengan tisu

10. Proses kedua, bubuh gula 4 sudu dalam sedikit air ke dalam kuali

11. Kacau air gula hingga mendidih berbuih-buih

12. Masukkan kuih ke dalam kuali dan golek atas air gula. Tutup api

13. Angkat satu persatu kuih yang telah digolek dengan air gula tadi. Sejukkan setengah jam

14. Inilah kuih keria ceria.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya