Wednesday, June 19, 2013

Resepi Rendang Ayam Kampung Ceria

Resepi Rendang Ayam Kampung dengan resepi kerisek kelapa, semuanya 'from scratch', tapi kalau malas boleh guna rempah segera je dan kerisek segera. Tapi posyen adabi dan baba mesti tak sama dengan kemahuan kita. Kerisek pun tak macam yang kita nak. Jadi... jom kita try buat macam nak menyambut hari raya zaman dulu. Best juga sesekali sekala.
Ayam yang disarankan ialah ayam kampung dan ayam hutan. Ini kerana, ia mempunyai isi yang liat, sesuai dengan tempoh masakan yang mencecah 30 minit.

Bahan-bahannya:

Resepi Kerisik Kelapa
dua genggam kelapa parut
kuali, blender dan lesung
Cara menyediakannya:
1. Goreng tanpa minyak kelapa parut

2. Sampailah coklat rata

3. Keluarkan dari kuali dan kisar dengan blender

4. Tumbuk dengan lesung sampai keluar minyak

5. Inilah kerisek kelapa original yang sebenar yang asli lagi puri, tak terjual di mana-mana pun, kena buat sendiri.

Resepi Rendang Ayam Kampung
1/2 ekor ayam kampung
4 sudu kerisek
2 keping asam gelugur
1 keping nisse (gula melaka)
rempah tumis 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih)
1 cawan santan pekat
2 batang serai dititik

Bahan Dikisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
8 tangkai cili padi
3 batang serai
2 biji buah keras
sehelai daun kunyit
2 helai daun limau purut
15 tangkai cili kering siap di rebus

Cara Memasaknya
1. Ini bahan untuk dikisar (bawang, lengkuas, cili padi, daun kunyit, daun limau purut dan serai)
 kita tak kisar cili kering sekali. Kisar asing-asing. Yang gambar asam keping tu, tak dikisar, entah macam mana boleh termasuk dalam gambar ni :p

2. Inilah bahannya, ayam kampung, bahan dikisar, cili kering dikisar, santan pekat secawan, kerisek, serai dititik, asam gelugur, nisse (gula melaka) dan garam serta ajinomoto secukup rasa.

3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana, masukkan rempah 4 sekawan. Jangan panas sangat api, nanti terpercik minyak kat perut

4. Masukkan bahan yang telah dikisar, gaul rata.

5. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Kacau sampai rata

6. Kemudian masukkan ayam. Kalau nak masukkan daging, jadilah rendang daging. Gaul sampai sebati

7. Masukkan serai yang dititik, gaul sebati

8. Masukkan nisse dan asam gelugur. Gaul sampai mendidih dan diyakini nissen hancur sepenuhnya. Nampak seakan-akan dah pecah minyak sikit

9. Tuang santan pekat. Santan cair tak mau ya.. Biarkan didih

10. Masukkan kerisek 4 sudu. Kacau sampai sebati

11. Masukkan ajinomoto dan garam. Kita guna dua sudu kecil 'cukup rasa' dan 1 sudu kecil garam. Masak sehingga 30 minit. Kalau guna ayam bandar, tak boleh masak lama, nanti ayam rapuh, 15 minit dah ok.

12. Inilah rendang ayam kampung ceria. Sedapnya..

Makan malam bersama lontong, resepi tengah hari tadi Kuah Lodeh (http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/06/resepi-kuah-lodeh-nasi-himpit-lontong.html) dan resepi sarapan pagi nasi kapit kuah kacang (http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/06/resepi-kuah-kacang-dan-sambal-kelapa.html). Macam hari raya la pula :)

SELAMAT MENCUBA

3 comments:

  1. bestnya...nak try lah nnty..selamat hari raya^_^!!

    ReplyDelete
  2. waaahhh mantap.... mau coba-coba buat sendiri di rumah ahh... terima kasih atas resepnya ya..

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya