Thursday, June 13, 2013

Resipi Ayam Masak Sos Lada Hitam Ceria

Bahan-bahannya:
Bahan peram:
6 ketul ayam yang dipotong dan dibersihkan
2 sudu cuka (cuka buatan boleh, cuka buah pun lagi best)
2 sudu kicap pekat
3 sudu sos lada hitam
3 sudu sos tiram
1 sudu serbuk lada putih
1 sudu serbuk lada hitam
6 ulas bawang putih -> ditumbuk
1 batang serai -> ditumbuk
1 ulas bawang merah -> ditumbuk
1 inci hali -> ditumbuk lumat
1 batang cili hijau dihiris

Bahan Sos
Lebihan bahan peram
1 mangkuk air stok ayam (atau guna 1/2 potong kiub ayam)
1 sudu serbuk lada putih
2 sudu serbuk lada hitam

Cara Memasak:
1. Standby semua bahan peram. Ikutlah jenama apa, nak yang grand punya jenama pun boleh, nak yang murah cap ayam pun boleh :)

2. Semua sos dicampurkan termasuklah cuka, lada hitam dan lada putih

3. Masukkan barang yang ditumbuk dan lada hijau. Inilah dinamakan bahan peram.

4. Hempapkan ayam atas bawang tadi hehehe

5. Gaul rata, guna sudu la.. kalau guna tangan.. rugi sebab sos melekat kat tangan. Peram paling sekejap 1 jam. Kalau lama lagi bagus.

6. Keluarkan ayam dari sos peram.
Goreng ayam ke dalam minyak (deep fry) atau nak masuk oven pun boleh. Ikut suka.

7. Masukkan air rebusan ayam ke dalam lebihan sos peram tadi. Inilah dinamakan bahan sos

8. Keluarkan minyak goreng ayam tadi. Kemudian tuangkan sos yang dah dicampur dengan air rebusan ayam. Gaul dengan api sederhana.

9. Renjiskan dengan serbuk lada hitam dan putih hingga anda mendapat rasa yang diingini setanding ayam kenny rogers. Resepi ini tidak memerlukan garam/gula/ajinomoto.

10. Inilah hasilnya. Sedap tau. Tapi kalau nak nampak menarik, boleh bubuh lada benggala. Itu hanya hiasan je la.. 
SELAMAT MENCUBA


2 comments:

Resipi masakan singgah di sini selalu ya