Thursday, June 13, 2013

Resipi Kerutub Ayam Kampung dari Machang Kelantan

Kerutuk atau disebut juga kerutup atau kerutub ialah makanan pantai timur. Selain daging, ayam juga boleh digunakan tetapi ayam yang paling sesuai ialah Ayam Kampung atau boleh juga guna ayam hutan, itik atau itik serati. Ini kerana, dagingnya liat dan tidak mudah pecah bila dimasak lama. Makanan ini glemer di pantai timur, siapa orang pantai timur especially Kelantan yang tidak pernah makan kerutuk ayam kampung, bermakna dia Kelantan murtad hehehe..

Resepi kerutuk ayam kampung ini dari Kampung Joh, Machang Kelantan sewaktu pulang bercuti baru-baru ini.

BAHAN-BAHAN:
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm buah pelaga
1kg ayam kampung/ayam hutan/itik serati
2 biji bawang besar   -> ditumbuk
6 biji bawang merah   -> ditumbuk
3 biji bawang putih      -> ditumbuk
10gm halia                   -> ditumbuk
50gm lengkuas             -> ditumbuk
2 senduk rempah kerutub dari Machang Kelantan.
Air Asam Jawa secukupnya
5 batang serai dititik
Daun pandan secukupnya
50gm kerisik
500ml santan
Garam secukup rasa
Gula
Ajinomoto
Minyak masak untuk menumis secukupnya
sudu/daun nangka

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga sehingga wangi.

2. Tumbuk bahan yang ditumbuk dengan batu lesung. Guna blender pun ok je
2. Tumis bawang tersebut 

3. Tumis bawang hingga kekuningan emas gitu

4. Standby rempah kerutuk. Rempah kerutuk yang best mestilah dari Machang Kelantan. Kalau guna rempah kerutuk jenama lain, kena tambah serbuk ketumbar dalam dua sudu.

5. Bersihkan ayam hutan/ayam kampung/itik serati

6. Selepas itu masukkan rempah kerutuk dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.

7. Kemudian masukkan ayam kampung/ayam hutan/itik/itik serati ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati dalam seminit dua.

8. Masukkan air asam jawa bersama serai. Gaulkan sekejap hingga rata.  Kalau guna ayam bandar, step kat sini je ayam dah empuk.
Tips: Orang Kelantan masak kerutuk tidak guna asam keping (gelugur), guna asam jawa

9. Tuang santan dan teruskan gaul. Ada orang masukkan nisse (gula melaka) tetapi resepi ni tak ada nisse, kita guna gula sahaja.
Tips: Masukkan daun nangka atau sudu ke dalam masakan ini bagi tujuan melembutkan ayam terutama sekali ayam hutan atau ayam kampung kacuk ayam hutan.

10. Akhir sekali masukkan kerisik bersama daun pandan. Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa hingga ada rasa masam, masin, manis
Masak sehingga kuah pekat. Saya dapati nenek tak gunakan cili kering, saya rasa inilah rahsia rempah kerutuk machang kelantan. Tak perlu cili kering, tak perlu gula melaka dan tak perlu serbuk ketumbar :)

11. Siap untuk dihidangkan

2 comments:

Resipi masakan singgah di sini selalu ya