Saturday, June 29, 2013

Resipi Roti Canai Ceria

Resipi Roti Canai Ceria adalah ilham bagi melembutkan roti, dibuat mengikut pengalaman hehehe.
Roti canai juga disebut roti prata di JB. Kalau kat negeri selain Johor, jangan sebut roti prata, nanti dia buat roti planta.

Bahan-bahannya:
150 gram tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat (pakai tepung penaik pun boleh)
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu susu pekat manis
1 sudu minyak zaitun (minyak sawit atau margerin atau mentega pun boleh)

p/s: sukatan ini untuk 2-3 biji roti canai. Kalau nak lebih, kena tambah air dalam 50ml bagi setiap 100 gram tepung dan 1 sudu susu pekat bagi setiap 200 gram tepung, 500 gram tepung bersamaan dua biji telur. Yang lain tu agak-agaklah sendiri ya :)

Cara Menyediakannya:
1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam tepung gandum dan gaul rata

2. Masukkan susu pekat ke dalam bekas yang berisi telur

3. Garam secukup rasa. Kemudian pukul sampai kembang

4. Tuangkan tepung ke dalam telur

5. Masukkan minyak zaitun (minyak masak/mentega/marjerin). Kacau adunan dengan sudu

6. Uli tepung dengan tangan. Tekan-tekan dan uli. Dalam 10 minit uli, lagi lama lagi bagus, sebab nanti tak adalah tepung tu berkematu masa nak canai nanti

7. Kemudian buat macam ni, tekan tekan

8. Lepas tu tekan dengan ibu jari, tolak adunan pelan-pelan

9. Jadilah sebiji bebola. Bagi setiap bebola, minyakkan dia dengan minyak atau mentega.

10. Nah.. dapat 3 biji. Tapi kecil ni. Sepatutnya dua biji je bagi 100 gram tepung gandum. Peram selama paling sekejap sejam. Kita peram 4 jam.

11. Minyakkan meja, kemudian penyek adunan macam ni. Biarkan semua bebola penyek macam ni seminit dua

12. Langkah satu tekan dengan tapak tangan, buat bulat. Tangan tu kenalah berminyak

13. Langkah dua, pegang macam ni, satu tapak tangan hala ke atas, satu tapak tangan hala ke bawah. Hanya ibu jari kepit satu bahagian, 4 jari lagi bahagian lain serentak.

14. Langkah tiga, Apa lagi.. lenggang kangkung la. Tebar macam ni kemudian letak macam.... di bawah ni

15. Macam ni nak campak dia. Alihkan posisi sudut berlainan setiap kali tebar.. Ingat pegang hanya dihujung adunan je. Tebar sampai adunan jadi nipis

16. Langkah empat. Lepas dah tebar, tarik hujungnya yang masih tebal. Standard la kalau terkoyak, jangan frust.. 

17. Langkah lima, nah percikkan minyak. Masa ni nak bubuh bawang ke, sardin ke, planta ke, ikut suka la.. tapi kita nak buat roti bulat

18. Langkah enam, angkat hujungnya tinggi sikit kemudian...

19. Langkah tujuh, pusing macam ni

20. Langkah lapan, selit hujungnya yang kita pegang tadi ke bawah dan tolak dia kat tengah naik atas. Kalau tak faham, buat roti petak je la. Kemudian goreng. Nak goreng berminyak ke, kurang minyak ke, ikut selera la.

21. Nah dah siap.. nampak best. Lembut walaupun dah sejuk tau. Boleh dimakan bersama gula, susu pekat atau kari
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya