Tuesday, June 25, 2013

Roti Arab (Goreng)

Bahan-bahan
1 biji telur
3 titik perasa pandan
2 kecil sudu minyak sawit (ganti marjerin)
secubit garam
2 sudu kecil susu pekat manis
tepung gandum 200 gram
1 sudu kecil serbuk penaik (Guna yis pun ok)

Cara menyediakannya
1. Pukul telur sampai kembang dan masukkan perasa pandan

2. Campurkan serbuk penaik ke dalam tepung dan kacau rata

3. Setelah itu masukkan tepung ke dalam telur. Gaul rata

4. Masukkan minyak dan gaul lagi

5. Masukkan susu pekat dan kacau

6. Uli tepung dalam 5 minit. Perap selama 20 minit paling sekejap. Paling lama sejam

7. Bulat-bulatkan macam ini. Sepatutnya menjadi 6-7 adunan

8. canai tepung yang dah dibulatkan tadi sampai nipis. Dan perap 5 minit lagi. Tips: taburkan tepung bawah roti sebelum dibiarkan naik

9. Goreng deep fry dengan api kecil. Balikkan cepat-cepat bila roti mengembang

10. Bila dah balikkan, dalam 5 saat terus je angkat

11. Nah dah siap, boleh dimakan bersama kari, susu, kuah dal dan kambing panggang
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya