Tuesday, June 25, 2013

Sayur Terung Campur Ceria

Sayur kalau pandai masak, mesti best.... ini resepi main campak dinamakan Sayur Terung Campur Ceria sebab bahan utamanya terung.

Bahan-bahannya:
1 ketul ayam (atau 1 kiub ayam)
1 gelas air tapis
2 biji terung
5 hiris lobak merah
5 hiris kubis bunga
1 biji cili hijau
1 helai daun sup
1 biji limau nipis
3 biji cili api
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu sos tiram
garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara menyediakannya:
1. Sediakan air stok ayam. Rebus ayam untuk dapat pati supnya. Asingkan airnya

3. Hiris kecil terung dan sayuran

3. Hiris bawang besar, bawang putih, halia dan cili api

4. Tumis halia, bawang dan halia tadi bersama ayam rebus yang dihiris

5. Apabila naik bau, tuangkan sup ayam

6. Masukkan sos tiram

7. Perasakan dengan ajinomoto dan garam. Kita guna cukup rasa satu sudu

8. Masukkan sayur-sayuran. Biarkan didih sehingga terung layu

9. Perahkan asam limau nipis

1-. Siap dihidang bersama nasi. Ratah pun best juga 
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya